THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 25, 2009

DATUK S.S SUBRAMANIAM SERTAI PKR

Minggu lepas bekas naib presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng menyertai PKR. Hari ini bekas naib presiden MIC, Datuk S.S Subramaniam pula menyertai PKR. Beliau merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.

Pengumuman penyertaan Subramaniam dilakukan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini. Beliau juga turut mengumumkan pembubaran 12 cawangan MIC di Petaling Jaya dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai. Ia membabitkan kira-kira 2,500 ahli MIC yang melompat menyertai PKR.

Dalam majlis itu Subramaniam berkata, "Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama tetapi baru sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut."

Mula dari UMNO (Datuk Zaid Ibrahim), kemudian diikuti dari MCA (Datuk Chua Jui Meng) dan kini MIC (Datuk S.S Subramaniam). Macam mana yang lain?. Kebangkitan rakyat kini dirasai di mana-mana. Kini UMNO B-end telah merasakan bahang dan tekanan. Parti komponen B-end lain bila lagi??. Ku Li bila lagi???. Sampai bila nak fikir????

0 comments: