Bicara politik di kejauhan ini, Lahad Datu hanyalah sebuah daerah yang jauh dan banyak tertinggal dalam banyak aspek. Melihat kepada keadaan fizikal pertumbuhan pembangunan infrastruktur, sudah menggambarkan betapa daerah ini mungkin tertinggal 20 tahun dari pembangunan di negeri negeri di Semenanjung Malaysia. Begitulah jua dengan pemahaman politik disini.
Aku sering mencabar rakan sebaya malah lebih muda, bawakan aku seorang yang sebaya dengan aku dan pastikan dia pro UMNO. Tolong jelaskan pada aku apa yang UMNO sudah lakukan untuk kebaikan masyarakat serta graduan menganggur di seluruh negeri Sabah. Aku yakin, jawapannya adalah… tiada. Aku juga bicara tentang politik dengan orang yang jauh lebih dulu mengenal politik dari apa yang aku tahu, hampir kesemua generasi lama menyatakan “zaman Mahathir lebih baik."Jawapan ini cukup jelas membuktikan kejayaan Dr M selama 22 tahun memerintah Malaysia dan menanam semangat UMNO di dada masyarakat Sabah yang lebih dulu menyelami arena politik Malaysia, khususnya Sabah. Sebenarnya, bukan ingin berdebat namun sekadar sedikit pelik dengan pemikiran masyarakat Sabah. Kenapa mereka menerima UMNO sedangkan UMNO bukanlah pembela kepentingan masyarakat Sabah dan bukanlah pembela kepentingan politik masyarakat Sabah keseluruhan.
Orang kata, apa ada pada nama. Hakikat yang ada pada nama sangat besar, nyatakan pada aku kenapa 99 nama Allah begitu mulia dan tiada satu dari kesemua nama itu yang menggambarkan bahawa Yang Maha Kuasa itu lemah dan punya kekurangan.
Demikianlah UMNO, dibalik nama ini terdapat nama bangsa yang diperjuangkan iaitu Melayu. Hakikat yang pasti di Sabah, tiada seorang pun di negeri Sabah ini yang berbangsa Bisaya (seperti Dato Lajim Ukin) akan mengaku beliau itu Melayu. Dan tidak seorang pun yang akan menjawab soalan “Apa bangsa kau?” di daerah Beaufort akan menjawab “Melayu!”. Yang ada pasti akan menjawab “Kedayan”, atau “Bisaya”.
Cuba tanyakan orang di Semporna soalan yang sama, atau tanyakan soalan kepada Dato' Shafie Apdal yang merupakan anak jati Semporna. Dia juga tidak akan menjawab “Melayu.” Dia pasti menjawab “Bajau bah aku ni!. Bajau Sampolna bah! Naa kau!”. Juga tanyakan kepada orang dari masyarakat Ketua Menteri Sabah (Dato Musa Aman), mereka akan menjawab Pakistan.
Hmmm… dimana akan ditemui Bangsa Melayu di Sabah. Jawapannya… Tiada.
Fakta yang pasti diguna pakai adalah, bajau, bisaya, kadazan, dusun, pakistan, murut, kedayan adalah serumpun. Dan dari satu suku iaitu Melayu. Satu jawapan yang baik (bagi politik). Berbalik kepada persoalan nama, Bajau tidak sama dengan Melayu. Bisaya tidak sama dengan Murut. Kedayan tidak sama dengan Kadazan. Demikian juga semua bangsa yang ada di Sabah tidak sama dengan Melayu.
Oleh itu, UMNO tidak memperjuangkan hak orang Sabah dan Umno sebenarnya tidak diperlukan di Sabah. Kenapa? Sebabnya, mudah. Apa yang UMNO mahu hanyalah kekayaan hasil bumi. UMNO telah merosakkan istilah politik dan pemikiran masyarakat Sabah, namun kepada pakcik saya Dato Lajim Ukin, saya memohon kembalilah kepada perjuangan sebenar demi kepentingan anak watan Sabah, Dato' Shapie Apdal, kembali lah, Dato Musa Aman. Semua orang mempunyai kekurangan, kami anak Sabah memaafkan segala kekurangan dahulu, dan kita harus bersama menuju kebenaran dan keadilan demi kepentingan anak Sabah.
Demikian juga kepada Dato' Ghapur Salleh, serta Dato' Anifah Aman. Apa pun perjuangan yang dicita citakan, ketepikanlah kepentingan peribadi. Kekayaan yang ada di bumi Sabah ini, sudah dijanjikan oleh Allah didalam Al-Quran hanya akan diwarisi oleh hambaNya yang soleh.
Saya mengharap, kita bersama bersihkan hati dan betulkan niat demi kebaikan warga Sabah serta kestabilan politik Malaysia dan Sabah khususnya.
IRWAN IDRIS.
DARI TRANUNGKITE ONLINE
0 comments:
Post a Comment