THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, July 21, 2009

MENGAPA BLOG????

Rakan, anak dan adik beradik saya ramai yang mempunyai blog masing-masing. Semuanya mempunyai tujuan dan cara mereka sendiri dalam mewujudkan blog. Ada yang menggunakan blog untuk perniagaan, diari dan sebagainya.

Kesedaran saya terbit apabila melihat masyarakat sekarang dah berubah arah dengan tumpuan diberikan pada internet. Kesan blog yang wujud dari internet amat mendalam malah boleh mempengaruhi minda masyarakat pada hari ini.

Pada peringkat awal ini saya akan tumpukan pada berita-berita politik yang saya fikir mempunyai implikasi kepada masyarakat di peringkat nasional. Bagaimanapun aktiviti dan perkara-perkara yang mempunyai kaitan di dalam kawasan Setiawangsa, Kuala Lumpur akan dititikberatkan.

Blog ini diharap akan menjadi media alternatif yang membenarkan masyarakat menggunakan akal fikiran untuk menilai baik buruk sesuatu perkara untuk dikongsi bersama.

0 comments: