Semalam saya menyiarkan berita mengenai Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd yang disiasat oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Rupa-rupanya selain dari Asia Ceramic Marketing itu BNM juga telah memulakan siasatan terhadap Genneva Sdn Bhd dan Etika Emas Estet Sdn Bhd kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram yang melanggar Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Serbuan terhadap Genneva Sdn Bhd dan Etika Emas Estet Sdn Bhd telah dibuat di premis-premis syarikat di sekitar Lembah Klang berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.
Seharusnya kita berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Biasanya syarikat-syarikat ini berdaftar dengan SSM secara sah tetapi menjalankan aktiviti yang melanggar peraturan. Seperti rakan saya di SC maklumkan kepada saya suatu ketika dulu, kereta yang dibeli memang sah didaftar dengan JPJ tetapi pemiliknya menggunakan kenderaan yang didaftar untuk tujuan yang salah dari segi undang-undang seperti guna untuk merompak, bawa dadah dan sebagainya.
Saturday, July 25, 2009
HATI-HATI PADA SKIM CEPAT KAYA
Posted by pondokmaya at 1:08:00 PM
Labels: crime
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment