THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 25, 2009

KEMPEN ANTI ISA


Himpuanan ISA pada 1 Ogos 2009 mulai jam 2.00 petang akan berjalan seperti dirancangkan walaupun terdapat pihak tertentu yang cuba mengagalkannya atau cuba mencetuskan huru hara. Tempat berkumpul adalah di SOGO, Pasar Seni, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Dewan Pemuda PAS bersama beberapa pemimpin PAS telah merangka jadual kempen bagi memobilasi perhimpunan ISA seperti dirancang.

25 Julai 2009 (Sabtu) mulai jam 5.00 petang, Pemuda PAS Wilayah dan Pemuda PAS Pusat akan mengedarkan risalah MANSUHKAN ISA dari Masjid India ke SOGO.

Pada 26 Julai 2009 (Ahad) mulai jam 3.00 petang pula, Pemuda PAS Wilayah dan Lajnah Penerangan PAS Pusat akan mengadakan program yang sama di hadapan kolam air terjun KLCC.

Kehadiran semua media adalah dialu-alukan. Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan telefon di 019-2168557.

0 comments: