Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Pakatan Pembangkang telah merancang dan telah mengumumkan demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjurannya pada 1 Ogos 2009 (Sabtu) di Sogo, Pasar Seni dan Masjed Jamek. Perhimpunan MANSUH akan bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorundum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pada masa yang sama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu juga akan berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA. Perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun. Pewaris juga bercadang hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong.
GMI meminta semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan manakala Pewaris mengarahkan penyokong mereka berpakaian putih.
Tindakan Pewaris dijangka akan mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan yang menentang ISA. Bagaimanapun, Rahimuddin berkata, "mereka tidak berniat mencetuskan perkara itu". "Kalau (mereka) kata kebebasan bersuara, kami pun nak guna juga. Kita tidak ada niat pun nak bertembung dengan sesiapa," . Beliau menyifatkan pemilihan tarikh itu "cuma kebetulan sahaja".
Sama-samalah kita fikirkan. Siapakah yang cuba megagalkan atau mencetuskan ketidaktenteraman?
Wednesday, July 22, 2009
ANTI DAN PRO ISA
Posted by pondokmaya at 8:26:00 AM
Labels: politics
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment