THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, July 24, 2009

SHAHRIZAT KESAL

Sebuah Mahkamah Tinggi Shariah di Pahang telah memerintahkan hukuman 6 kali sebatan dan denda sebanyak RM5,000.00 ke atas seorang model, berusia 32 yang kerana didapati bersalah (mengaku bersalah) kerana meminum minuman keras di sebuah kelab malam. Menurut Hakim Abdul Rahman Yunus hukuman ini "bertujuan supaya yang dituduh bertaubat dan sebagai pengajaran kepada umat islam yang lain".

Bagaimanapun Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia @ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyuarakan sangat merasa kesal dan terperanjat ke atas perkara yang berlaku. Menurut Shahrizat, "I am extremely shocked and feel very strongly about this new development. Though it is wrong in Syariah to consume alcohol, the punishment must be fair and just. What is wrong is wrong but the implementation of the Syariah must be fair and just to everyone, including women". Menurut beliau lagi, Undang-undang Sivil tidak mempunyai peruntukan supaya kaum wanita disebat.

0 comments: