THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, July 26, 2009

MANSUHKAN ISA


GMI bersama 83 NGO yang ingin kerajaan MANSUHKAN ISA akan bergerak dari tiga lokasi iaitu kompleks membeli-belah SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara mulai 2.00 petang sebelum menuju ke Istana Negara. Penyokong undang-undang ISA bersama Pewaris dan lebih 10 NGO Melayu pula akan berkumpul di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok mulai 1.00 tengahari juga sebelum menuju ke Istana Negara. Penyokong pemansuhan ISA akan berarak beramai-ramai dengan pakaian Hitam atau Merah manakala penyokong kumpulan Pro-ISA akan hadir bersama PEWARIS dengan pakaian putih.

Tindakan Pewaris untuk berarak ke Istana Negara pada tarikh dan masa yang sama boleh menyebabkan huru haru dan mengancam keselamatan. Lebih-lebih lagi apabila Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) telah menyatakan keinginan untuk menyertai PEWARIS.

Berdasarkan senario yang berlaku, saya tidak pelik jika GMI mengadakan demonstrasi MEMANSUHKAN ISA kerana sememangnya menjadi kebiasaan bagi mana-mana pihak yang menentang sesuatu perkara "menunjukan perasaan"nya. Perkara ini dapat dilihat bukan sahaja oleh penyokong Pakatan Rakyat tetapi juga oleh penyokong kerajaan B-end apabila membuat bantahan terhadap apa-apa jua isu.

Malangnya di sini, kumpulan (Pewaris) yang menyokong perkara yang telah dan sedang dilaksanakan (undang-undang ISA) pula hendak berarak. Ditambah lagi Perkasa yang mahu menyertai Pewaris jika demonstrasi Mansuh ISA tidak dibatalkan atau pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap penyokong-penyokong Mansuh ISA dan GMI. Persoalannya ialah apakan niat sebenar Pewaris dan Perkasa?.

0 comments: