THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, July 24, 2009

LARANGAN DARI NOH OMAR

Kenyataan Dato' Noh Omar, Menteri Pertanian yang melarang kakitangan dan pegawai agensi-agensi di bawah kementerian itu untuk menghadiri program-program yang dianjurkan oleh kerajaan atau agensi negeri di bawah Pakatan Rakyat telah disanggah oleh Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS hari ini. Kenyataan tersebut telah disiarkan oleh Utusan Malaysia di muka surat 3, pada 22 Julai lalu. Blog ini juga telah menyiarkannya pada 21 Julai 2009.

Dato' Mahfuz berkata, "Kita minta agar beliau benar-benar memahami bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat termasuklah kementerian.” Ujar beliau lagi, "Keputusan yang dibuat menteri ke atas pegawai agensi dan Kementerian Pertanian supaya tidak hadir ke program anjuran kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu keputusan yang tidak demokratik dan tidak munasabah,"

Beliau juga menegaskan bahawa sumber yang dimiliki oleh kerajaan negeri adalah terhad jika dibandingkan dengan kerajaan pusat. Alasan yang diberikan oleh Noh iaitu “kegagalan kerajaan negeri memberikan dana dan sumbangan kepada jabatan serta kementerian merupakan kenyataan seorang pemimpin yang tidak bersekolah.

Menurut Dato' Mahfuz lagi, "Jika dilihat kepada negeri selain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, adakah mereka memberikan sumbangan yang lebih kepada kementerian tersebut berbanding negeri Pakatan Rakyat? Sebaliknya, kerajaan negeri telah memberikan sumbangan yang bermakna kepada kerajaan pusat khususnya berkaitan hal ehwal tanah . Mereka kena terima hakikat bahawa mereka memerlukan sumbangan kerajaan pembangkang kerana tanpa kerjasama kerajaan negeri yang memberikan tanah, sudah tentu kementerian tidak boleh menjalankan sebarang pembanguann pertanian."

0 comments: