Hari ini (27 September) isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah menghadiri satu majlis anjuran Wanita UMNO Teluk Kemang. Rosmah Mansor amat prihatin terhadap rakyat khasnya di Teluk Kemang (sekurang-kurangnya pada ketika ini). Bagaimanapun isteri PM ini telah lama melupakan ibu saudara, sepupu dan saudara maranya yang lain yang masih menetap di Kampung Mertang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kehidupan ibu saudara Rosmah yang daif tidak pernah diberi perhatian atau usaha untuk membantu dari beliau malah Rosmah seolah-olah tidak mengenali lagi ibu saudara dan saudara maranya yang menetap di kampong itu.
Sebelum ini satu klip video telah disiarkan melalui laman web yang melahirkan rasa tidak senang dengan sikap Rosmah iaitu wanita pertama negara oleh anggota keluarga dekatnya. Rosmah hingga kini tidak lagi mengunjungi mereka dan kampung asalnya itu.
Inilah sikap Rosmah Mansor, isteri PM yang mementingkan kuasa hingga sanggup mengabaikan ibu saudara, sepupu dan saudara mara. Rakyat telah tertipu dengan kepura-puraan isteri PM ini. Demi undi untuk dapatkan kekuasaan, beliau sanggup bermuka-muka dihadapan rakyat. Setelah mendapat apa yang dihajati, saudara marapun dilupakan.

0 comments:
Post a Comment