THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, October 3, 2009

ISA VS ZULKEFLY

Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan pertandingan 2 penjuru melibatkan 2 parti iaitu B-end dan PAS (PR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bagan Pinang (N.31). B-end diwakili oleh Tan Sri Isa Samad manakala PAS ( PR) oleh Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar. PRK Bagan Pinang akan diadakan pada 11 Oktober ini. Undi pos pula akan dijalankan lebih awal iaitu pada 8 dan 9 Oktober.

Seorang calon bebas yang merupakan AJK Bahagian PKR, Shahruddin Abdul Hamid telah memasuki pusat penamaan calon di Pejabat Perbandaran Port Dickson untuk menyerahkan pencalonannya tetapi telah keluar tidak lama kemudian selepas mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang. Beliau tidak muncul lagi selepas itu sehingga tempoh penamaan calon ditutup dan tempoh bantahan tamat.

Shahruddin yang mengisytihar keluar parti (Parti Keadilan Rakyat) beberapa hari lalu kerana tidak mahu mematuhi arahan parti untuk tidak bertanding. Sebelum menyertai PKR, beliau sangat aktif dalam UMNO tetapi telah meninggalkannya kerana tidak mahu bersekongkol dengan parti yang giat dalam mengamalkan kroni dan rasuah.

Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar, 45 merupakan seorang ahli perniagaan. Beliau berkelulusan Master (Sc.) dari Universiti Putra Malaysia dan Ijazah dari Universiti Teknologi MARA dalam bidang komunikasi.

Beliau beristerikan Puan Saeiah Tarmizi dan telah memperolehi 6 orang anak. Beliau banyak pengalaman telah menyandang alam politik dan telah memegang beberapa jawatan seperti berikut:
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan selama 2 penggal (2007 - hingga sekarang)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan selama 1 penggal (2005 - 2007)
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2001-2005)
Exco Pemuda PAS Pusat (2001 - 2005)
Pemangku Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004 - 2005)
Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001 - 2004)
Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1999 - 2001)
Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1997 - 1999)

Sebelum bergiat dalam bidang perniagaan beliau pernah berkhidmat di beberapa syarikat termasuk GLC sebagai Pengarah Urusan, L & R Enterprise S.dn Bhd; Pengurus Kanan, IS Technologies Telecomunication Sdn Bhd; Perancang Pemasaran, Pusat Zakat Selangor; Pegawai Perhubungan, Koperasi CELCOM Bhd; dan Pegawai Perhubungan, Biro Angkasa.

Isa Samad pula adalah mantan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Naib Pengerusi UMNO. Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. Pada masa ini beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang. Beliau pernah digantung sebagai ahli UMNO selama 3 tahun kerana disabitkan dengan kesalahan rasuah politik pada tahun 2005 dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 2004.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyifatkan UMNO sudah kehabisan gas oksigen untuk bernafas kerana mencalonkan Isa Samad. Ia juga menggambarkan UMNO B-end sudah kehilangan orang yang berwibawa dan calon yang bersih dari segi moral dan rasuah.

0 comments: