Sebagaimana yang telah disahkan oleh YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Negeri, Dato' Ngeh Khoo Ham bahawa semua 28 orang ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Haram, Ganesan. Dengan ini saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengesahkan semua ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan dengan alasan seperti berikut :-
1. Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang, malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas. Semua sudah maklum, beliau dilantik dalam keadaan Dewan belum dirasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak. Dengan kata lain, dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V. Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.
2. Sehubungan dengan itu saya ingin tegaskan tidak ada Speaker yang lain yang sah di Perak melainkan V. Sivakumar. Seterusnya tidak ada panggilan sidang yang sah melainkan oleh beliau dan saya tegaskan Persidangan DUN yang dilakukan di bawah pokok pada 3 Mac, sidang dalam Dewan pada 7 Mei dan sidang di hotel pada 2 September, semuanya sah dan dihadiri oleh ADUN pakatan Rakyat kerana dipanggil oleh Speaker yang sah.
3. Ganesan adalah "perasit" baru yang menambah kusutkan masalah di Perak. Sebenarnya beliau perlu sedar bahawa dia diperkudakan demi mencapai hasrat BN walaupun ianya jelas melanggar undang-undang yang sedia ada. Jauh sekali dari menunjukkan taring tumpulnya untuk memaksa kami hadir dalam sidang yang akan dipanggilnya.
4. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN :-
Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1. Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.
Sivakumar cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker, dan saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah.
2. Berarti secara kenyataannya Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosidur yang ada.
Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei iaitu sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka.
3. Dengan itu saya membantah kenyataan Ganesan yang disiarkan dalam Sinar Harian bahawa dia adalah Speaker Perak yang sah.
4. Saya mempersoalkan kenapakah Ganesan sangat takut dengan kenyataan ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang sehingga mengugut kami untuk diambil tindakan,. Yang jelas Ganesan faham bahawa panggilannya tidak sah dan ugutannya tidak berarti kerana dia bukannya Speaker Perak yang sah.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak PR./
Ketua Penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong
0 comments:
Post a Comment