Oleh ayiem
Media arus perdana telah menjalankan tugas-tugas mengampu dan membodek mereka dengan cukup cekap dan berkesan. Dimana sahaja ada kenyataan dari pihak Pakatan Rakyat cepat sahaja mereka melaporkannya dengan tokok tambah dan pindaan sesedap rasa.
Sekiranya tiada kenyataan dari pihak Pakatan Rakyat,mereka pula mencari jalan untuk menghubungi dan mencari pimpinan Pakatan Rakyat yang boleh mereka temubual dan dengan hasil temubual itu mereka mula mengolah dan memutar-belitkan seenak mereka kenyataan dari pimpinan Pakatan Rakyat supaya berita itu memberikan keuntungan kepada UM-no/be END.
Telah terlalu banyak kenyataan-kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat yang diputar belit oleh media arus perdana dan puak-puak pencacai bertauliah ini akan terus menerus melakukannya hanya kerana mengikut telunjuk dari orang-orang yang berkepentingan dikalangan pihak atasan mereka.
Puak pencacai bertauliah ini tidak pernah mengerti perkataan serik walaupun mereka diancam dengan saman oleh orang yang difitnah mereka kerana mereka sedar, ada pihak yang akan menolong mereka sekiranya mereka disaman oleh sebab kerja-kerja jahat yang mereka lakukan.
Kerja-kerja jahat ini akan lebih aktif apabila ada pilihanraya kecil (PRK) ataupun apabila mereka mahu membantu menjatuhkan imej pimpinan yang tidak sebulu dengan mereka.
Sebagai contohnya, pencacai bertauliah dari akhbar Utusan Meloya (Penyebar Fitnah Rakyat) telah beberapa kali menyiarkan kenyataan dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, yang diputar belit dengan cukup biadap sehingga menyebabkan ianya menjadi satu isu sensasi yang sangat merimaskan pimpinan Pakatan Rakyat dan laporan putar belit itu telah dijaja oleh pimpinan UM-no/be END dengan niat untuk merendahkan imej Tuan Guru Nik Aziz.
Bila diugut untuk disaman, puak-puak pencacai bertauliah ini akan memohon maaf tetapi tidak berapa lama kemudian mula mengulangi lagi kerja keji mereka seolah-olah tidak pernah melakukan kesalahan dan tidak pernah merasa menyesal dengan kerja keji dan jahat serta hina yang mereka lakukan.
SUMBER http://www.detikdaily.net/
0 comments:
Post a Comment