THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 29, 2009

ISA CALON BN

Calon Barisan Nasional (B-end) bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang (N.31) terjawab apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkannya sebentar tadi. B-end meletakkan Tan Seri Mohd Isa Abdul Samad, mantan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga bekas Naib Presiden UMNO. Isa Samad adalah Ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang. Isa Samad telah digantung dari UMNO selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan UMNO 2004.

Sebelum itu terdapat kain rentang telah dinaikkan di beberapa tempat yang dipercayai dibuat sendiri oleh penyokong tegar Isa Samad. Kain rentang itu berbunyi "Kami mahu Isa. Kalau tak kami BOIKOT". (Gambar disebelah adalah antara beberapa kain rentang yang dipasang). Pada ketika ini masih kelihatan kain-kain rentang digantung di beberapa kawasan di Batu 6, Teluk Kemang walaupun Timbalan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang, Datuk Ismail Taib telah mengarahkan 'budak-budaknya' untuk menurunkan kain tersebut.

PAS pula dijangka akan mengumumkan calon parti itu di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Bagan Pinang, di Teluk Kemang, jam 9 malam ini. Ianya dijadualkan akan diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

0 comments: