THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, September 19, 2009

NAK MAKAN

Ketika menjadi orang biasa, seorang ahli wanita Umno di cawangan bangun pada pagi hari dan bertanya kepada suaminya, "Abang hari ini kita nak makan apa?"

Begitulah kedudukan ahli-ahli Umno di peringkat cawangan yang tidak mewah dan tidak mampu berbelanja malahan untuk membiaya anak-anak ke sekolah mengharap ’Ehsan’ dari kerajaan.

Kemudian, apabila wanita Umno itu terus bergiat dan sedikit cergas, beliau pun dilantik menjadi anggota wanita Umno di peringkat Bahagian.

Maka, pada suatu pagi, ketika bangun dari tidurnya, dia bertanya kepada suaminya, "Abang hari ini nak makan di mana?", menunjukkan status sosialnya yang sudah sedikit meningkat.

Mungkin kerana menjadi anggota wanita Bahagian, maka pendapatannya bertambah, dicampur sedikit peluang untuk mendapat ’indent’ atau kerja-kerja pembekalan makanan ataupun apa-apa jua bisnes yang biasanya semakain ’terbuka luas’ peluangnya.

Dengan sedikit ’pangkat dan wang’ yang ada, maka wanita Umno itu pun bergerak cergas, terus mengintai-intai peluang bagi mendapatkan status yang lebih tinggi dalam politik. Dan akhirnya dengan sokongan kepada tokoh tertentu, beliau dipilih menjadi anggota wanita Umno peringkat negeri. Saat itu, wanita Umno itu turut mengenali dan dikenali oleh ’tokoh-tokoh’ di peringkat Pusat, bagi melobi dan dilobi sekiranya Perhimpunan Agong Umno menjelang tiba.

Maka, sutu pagi, ketika bangun dari tidurnya, dia bertanya kepada suaminya, "Abang, hari ini kita nak makan siapa?"........

Tak tahu dari mana asal-usulnya cerita ini, tapi ada kebenaran pada hakikatnya.

SELANJUTNYA LAWAT http://apakhabarganu.blogspot.com/

0 comments: