UMNO Johor kini bagai cacing kepanasan kerana terdapat berita mengatakan terdapat Ahli Parlimen dari komponen B-end yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Lihat 'posting' dari http://umnojohor.blogspot.com seperti berikut:
Ahli Parlimen Johor Masuk PKR?
Ahli Parlimen Johor Masuk PKR?
Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.
Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN.
Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR?
Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.
Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!
Disebabkan kekalutan yang berlaku dalam MCA sekarang iaitu salah satu komponen B-end maka banyak pihak menjangkakan Ahli-ahli Parlimen yang akan melompat adalah dari parti berkenaan.
Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen B-end dari MCA di Johor. Mereka adalah YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang). Jika ianya benar terjadi, siapakah antara mereka yang akan menyertai PKR?

0 comments:
Post a Comment