THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, September 3, 2009

UMNO B-END DENGAN WANG HARAM

Elegant Advisory Sdn Bhd yang membekalkan bahan-bahan kempen seperti poster, banting, bendera, cenderahati, air mineral dan kos pengangkutan kepada UMNO B-end dalam kempen pilihan raya umum 2004 dibenarkan menukar defenden dari Abdul Azim Mohd Zabidi, bekas Bendahari UMNO kepada Ishak Abdul Rahman, bekas Setiausaha Pentadbiran dan Kewangan UMNO.

Pembekal bahan kempen ini menuntut hutang berjumlah RM218,013,475. Saman dibuat pada Jun 2008 apabila UMNO B-end gagal menjelaskan tuntutan itu. Mahkamah juga menetapkan 10 September ini bagi mendengar permohonan UMNO B-end untuk mengenepikan saman tersebut.

Sebelum ini 4 syarikat yang membuat tuntutan iaitu Art Printing Works Sdn Bhd, NHK Transport & Warehouse Sdn Bhd, Percetakan Rina Sdn Bhd dan Setia Kawan Printers Sdn Bhd telah membuat penyelesaian di luar mahkamah.

Walaupun barang-barang yang ditempah berlogokan B-end namum pihak yang menempahnya adalah dari UMNO. Barangan ini juga telah diterima dan digunakan oleh UMNO B-end pada pilihanraya tersebut. Apapun alasan, UMNO sepatutnya bertanggungjawab untuk membayar apa saja yang ditempah dan digunakan. Adalah menjijikkan dan keji apabila berhutang tetapi tidak mahu atau gagal membayarnya. Sudahlah harta rakyat dibuat macam harta sendiri malah wang rakyat dibuat macam duit sendiri, beli barangpun nak diculaskan bayarannya. Itulah sikap pemimpin, ahli dan organisasi UMNO itu sendiri.

Perlukah kita percaya manusia bersifat syaitan seperti ini? Mereka hanya tahu untuk dapatkan untung sendiri sahaja. Setelah menikmati apa yang telah dibekalkan, UMNO B-end cuba menafikan hak pembekal. Nilai RM218 juta bukannya nilai yang sedikit bagi sesebuah syarikat menjalankan perniagaan.

Semua pihak perlu lebih berhati-hati dengan UMNO B-end ini. Patutlah kilang-kilang meminta UMNO B-end buat bayaran tunai bagi bekalan yang dibuat dalam pilihanraya umum 2008. Mereka dah hilang kepercayaan pada UMNO B-end ini. Sudah sepatutnya UMNO B-end tidak boleh dipercayai pada masa kini dan selamanya. Halal atau haram tiada memberi makna pada mereka. Mereka hanya nampak duit, duit, duit dan selama-lamanya duit. Nak buat projek sebab nak duit. Nak jadi pemimpin sebab nak duit. Minda mereka hanya nampak duit.

0 comments: