THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, September 2, 2009

PERAK BERTAMBAH KALUT

Bilakah kekecohan dan kekalutan politik di Perak akan berakhir? Kekecohan dan kekalutan politik di negeri Perak bermula apabila berlaku rampasan kuasa yang dilakukan oleh B-end dari Pakatan Rakyat. Telah lapan bulan berlalu tetapi keadaan belum reda. Walaupun Zamry telah ditabalkan oleh Sultan untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan namun tuntutan di Mahkamah masih belum berakhir.

Pada jam 9.45 pagi ini ADUN-ADUN Perak yang terdiri dari ADUN Pakatan Rakyat dihalang oleh polis semasa berjalan beramai-ramai ke bangunan sekretariat untuk menghadiri sidang yang dipanggil oleh 'Speaker' V. Sivakumar. Dalam insiden ini seramai 3 orang ADUN telah ditangkap polis. Mereka ialah Pengerusi DAP Perak yang juga ADUN Setiawan, Ngeh Koo Ham, ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Beberapa orang lagi penyokong Pakatan Rakyat termasuk seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan juga ditangkap polis. Akhirnya sidang DUN Perak diadakan di Hotel Heritage.

Untuk menenangkan politik di Perak bukannya sesuatu yang mudah. Pihak yang tidak berpuas hati akan terus melakukan asakan dengan berbagai cara. Keputusan mahkamah juga dijangka tidak dapat merubah keadaan kerana masing-masing pihak akan terus cuba merebut kuasa dari satu antara lain. Bagi menyelesaikan masalah yang telah kusut ini, jalan terbaik adalah mendapatkan suara rakyat, dapatkan keputusan rakyat dan patuhi prinsip-prinsip demokrasi. Pemimpin-pemimpin yang ada mesti mendahulukan rakyat dan pemimpin harus dipilih oleh rakyat. Jangan tunggu sehingga keadaan parah.

0 comments: