THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, August 2, 2009

TUGAS POLIS MEMBALON RAKYAT?

Ramai rakyat Malaysia telah turun di Bandaraya Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap GMI bagi menghapuskan ISA semalam, 1 Ogos 2009. Menurut Mingguan Malaysia hari ini (Ahad, 2 Ogos 2009) hanya 5,000 orang hadir diperhimpunan tersebut. Nampaknya wartawan dari Utusan ini memang gagal dalam matematiknya. Mereka ini tidak cerdik dalam metametik. Walaupun pelbagai angka yang dikeluarkan oleh banyak pihak tetapi di kawasan SOGO saja saya lihat lebih 20,000 yang hadir. Ini berdasarkan pemerhatian dan perbandingan yang saya lakukan berdasarkan pengalaman masa perhimpunan kanak-kanak sekolah semasa saya menjadi Pengerusi PIBG di sebuah sekolah dan perhimpunan bulanan yang diadakan oleh organisasi tempat saya bekerja sekarang. Mengikut DinBinjai, beliau sendiri nampak YB Zuraidah (Ahli Parlimen Ampang) bertemu dengan 5,000 mahasiswa dan mahasiswi di hadapan SOGO.Jumlah yang saya anggarkan ini tidak termasuk orang ramai yang berhimpun di Masjid Negara, Masjid Jamek dan Pasar Seni. Begitulah pembohongan yang dilakukan oleh akhbar perdana di Malaysia tercinta ini. Akhirnya akhbar ini hilang kredibiliti dan tidak boleh dipercayai lagi. Kalau hendak kepastian jumlah sebenar, lawatlah laman-laman reformasi lain yang banyak menunjukan gambar-gambar semasa perhimpunan. Perhimpunan yang sepatutnya aman bertukar menjadi huru hara apabila pihak polis mula menyerang rakyat yang sedang berhimpun dengan gas pemedih mata dan memancutkan meriam air. Pihak polis juga telah mengganasi dan menangkap rakyat yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman. Difahamkan lebih 500 orang telah ditangkap dan kemudian "dipermainkan" oleh pihak polis. Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat yang berhimpun dan mengawal lalu lintas yang dibanjiri orang ramai tetapi malangnya pada perhimpunan aman ini, polis masih terus dijadikan tunggangan UMNO B-end dengan menggunakan pendekatan sama iaitu menyembur gas pemedih mata, memancutkan meriam air dan melakukan kekasaran untuk menghalang rakyat dari menyatakan pandangan mereka.

Kini ramai yang telah ditahan kerana perhimpunan aman ini. Rakyat yang ditangkap hendaklah diberi peluang membela diri dan dilayan mengikut peraturan bukannya di"permainkan". Polis sepatutnya beretika dan bekerja mengikut prosidur yang telah ditetapkan. Ingatlah kepada sumpah memegang jawatan anda.

0 comments: