THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, August 8, 2009

LAWAK DAN STANDARD RAJA NONG CHIK

Ahli koporat UMNO yang dilantik oleh Najib menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bukan sahaja buat lawak tetapi tidak mempunyai standard berfikiran sebagai seorang menteri.

Sehari selepas perhimpunan Mansuhkan ISA (2 Ogos 2009), Raja Nong Chik membuat dakwaan bahawa peniaga-peniaga di Kuala Lumpur kerugian sebanyak antara RM100 hingga RM200 juta. Bagaimanapun apabila memberi kenyataan kepada media semalam (6 Ogos 2009), beliau menyatakan telah berjumpa dengan persatuan peniaga yang menghantar memorundum kepadanya dan dirasakan kerugian ditaksirkan mencecah RM20 juta.

Bagaimanapun menurut beliau lagi, kerugian keseluruhan mencecah antara RM100 hingga RM200 juta atas alasan pelancong dan pelabur tidak mahu datang. Standard mengira kerugian ini hampir sama dengan pengalaman saya semasa bertugas di pendalaman Sabah satu ketika dulu. (Maaf orang-orang Sabah kerana bukan tujuan saya menghina tetapi ada sebahagian masyarakat di Sabah pada masa lalu. Sekarang saya tidak tahu apakah mereka masih berfikiran begini).

Ceritanya macam ini. Jika kita terlanggar seekor anak ayam yang nilai pasarannya mungkin RM2 atau RM3 saja tetapi pemiliknya akan meminta kita membayar RM200 atau RM300 atas alasan apabila anak ayam yang dilanggar itu besar nanti, ia akan bertelur. Selepas bertelur, ia akan melahirkan beberapa ekor anak ayam. Dan kemudiannya anak-anak ayam yang baru ini akan membesar dan bertelur serta dapat lagi anak. Dan lagi, dan lagi, dan lagi. Jika anak mereka dilanggar pula dan ditakdirkan patah tangan, mereka akan menuntut dengan perkiraan suatu hari nanti apabila besar mereka akan jadi doktor atau menteri. Mungkin macam Raja Nong Chik ini.

0 comments: