THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, August 8, 2009

BAHAYA PERKAUMAN

Terdapat banyak faktor yang boleh membawa kepada kekacauan masyarakat, antaranya ialah ketidakstabilan politik, kekacauan juga mungkin disebabkan oleh sikap sesetengah golongan yang suka untuk melemparkan hasutan terhadap orang lain.

Kini, terdapat sesetengah golongan yang melaungkan slogan "perpaduan demi menjaga kepentingan bangsa", maka kita harus berhati-hati dengan motif mereka supaya tidak jatuh ke dalam permainan perkauman mereka. Permainan mereka yang menggunakan isu perkauman untuk mencapai cita-cita mereka.

Jangan kita mengambil ringan terhadap kebolehan golongan itu, bak kata pepatah orang cina, 'kapal lama masih mempunyai paku' (pepatah cina yang bermaksud, jangan pandang rendah terhadap mereka yang dianggap tidak guna, kerana mereka masih mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu).

Demokrasi dan hak asasi manusia harus menjangkaui batasan kaum dan agama. Sekiranya tidak, ia akan membawa kepada kepadahan. Demokrasi dan hak asasi manusia yang menjangkaui kaum dan agama penting terutamanya di negara yang berbilang kaum.

Memang tidak dapat dinafikan, semangat perkauman telah memainkan peranan yang penting pada zaman dahulu untuk kita bersatu untuk menentang penjajah, tetapi apabila semangat perkauman ini disalahgunakan, ia akan membawa kepada padah.

Rakyat Jerman (sebelum Perang Dunia Pertama) yang bangga dengan kaum mereka , menyangkah kaum mereka paling unggul di dunia dan tidak dapat ditandingi, malangnya, semangat perkauman ini telah menjadikan Bangsa Jerman dipergunakan oleh Hitler untuk mencapai cita-cita politiknya untuk menakluki benua Eropah. Selain itu, Hilter juga mempergunakan mereka untuk melakukan pembunuhan kejam terhadap orang Yahudi pada masa itu.


Mereka ini tahu dengan mempermainkan semangat perkauman ini mudah untuk mereka mencari populariti kaum mereka masing-masing untuk mencapai cita-cita mereka, namum mereka inilah yang akan bertukar menjadi orang yang menghasut kaum mereka menentang kaum lain. Caranya mudah, mereka akan memperbesarkan betapa bahayanya kaum penentang mereka dan mengambarkan hak kaum sendiri akan dicabuli sehinggakan mencipta pembohongan bahawa hak politik mereka juga akan hilang tidak lama lagi.

Mereka ini boleh bermainkan isu perkauman di mana saja, walaupun di negara yang hanya mempunyai satu kaum. Mereka akan membahagikan bangsa mereka mengikut daerah, negeri, fahaman, puak dan sebagainya supaya permainan ini dapat diteruskan (seperti yang berlaku di banyak negara di rantau Arab).

Kita tidak dapat menentukan apakah bangsa kita apabila sebelum kita hadir ke bumi ini kerana tuhan yang menentukan tapi kita mempunyai satu identiti sama ialah kita adalah anak bangsa Malaysia. Inilah fakta yang tidak dapat dinafikan.

Di Malaysia, kita mempunyai manfaat berbanding dengan negara lain kerana kita mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, budaya, bahasa dan sebagainya. Sekiranya kita berpadu dan menggunakan manfaat dengan baik, maka kita dapat mengalahkan negara lain. Sebaliknya apabila perpaduan kaum ini hanya melibatkan sesuatu kaum sahaja, ia akan membawa padah kepada negara kita, sistem demokrasi, hak asasi akan terpengaruh, moral dan kebenaran akan semakin menjauhi kita kerana kita saling mengesyaki antara satu sama lain dan tidak percaya dengan orang lain. (Contohnya sekiranya perkara itu melibatkan satu kaum, kaum lain tidak akan mengambil kisah dan menganggapnya isu perkauman maka inilah yang menyebabkan moral dan kebenaran akan semakin menjauhi kita).

Bekas Perdana Menteri (Che Det) kita kini pandai memainkan isu perkauman di dalam blognya. Saya melihat matanya, lalu mengingatkan saya sendiri bahawa saya harus bertenang supaya tidak jatuh ke permainannya.

Ling Ming Hua
Kolumis Sin Chew Daily

0 comments: