THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, August 5, 2009

SPRM KENA PANTAU PRK N.11

Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pasir akan diadakan dalam masa terdekat. Pada ketika ini, kita sedang menunggu pengumuman dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang akan mengumumkan selewat-lewatnya hari Rabu (12 Ogos 2009).

Seperti biasa bila musim berkempen terdapat tawaran-tawaran dibuat oleh calon atau wakilnya. Dari pemerhatian yang lepas, berbagai projek dan imbuhan ditawarkan untuk diberikan kepada pengundi. Bagaimanapun terdapat rungutan-rungutan dari pihak yang tidak berpuas hati dengan perkara ini kerana dianggap sebagai rasuah. Walaupun banyak aduan yang dibuat tetapi tiada tindakan diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya amanah, tegas dan tidak pilih bulu.

Inilah masanya SPRM bertindak secara amanah, tegas, bijaksana, benar dan telus tanpa mementingkan keuntungan peribadi seperti yang dinyatakan dalam kod etikanya. SPRM perlu lebih proaktif untuk mengesan dan menyiasat ‘apa-apa percubaan yang disyaki’ atau ‘apa-apa kesalahan yang disyaki’ untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM. “Jangan abiskan beras jer”.

Pegawai dan kakitangan SPRM kena pergi melawat, tengok dan siasat sendiri jika ada percubaan atau kesalahan yang berlaku. Jangan tunggu aduan sebab bila perkara dah berlaku, siasatan akan menjadi lebih sukar. Depan matapun boleh lepas sebab “tiada bukti” inikan pula perkara yang dah lepas.

Perkara yang biasa didengar ialah pemberian wang kepada pengundi oleh calon atau wakilnya supaya pengundi mengundi calon (parti) tertentu. Alasan memberikan “duit minyak” kepada pengundi-pengundi perlu diteliti dan dihalusi oleh SPRM.

Selain itu terdapat juga wakil-wakil calon yang menggunakan harta dan dana awam untuk memancing undi. Ini termasuklah majlis-majlis yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan digunakan untuk kempen calon tertentu. Tidak cukup dengan itu, bangunan-bangunan agensi kerajaan digunakan untuk beroperasi.

Kemudian terdapat juga janji-janji untuk memberikan sesuatu projek jika menang dengan menggunakan dana atau harta awam. Sebagai contoh janji membina jambatan atau menjadikan kawasan pilihanraya sebagai agropolitan atau lain-lain pembangunan kerana janji parti tersebut akan dilakukan dengan menggunakan dana awam. Perlu diingat, dana atau duit kerajaan bukan duit parti.

SPRM mesti pastikan tiada orang “meminta/menerima” dan “menawar/memberi” RASUAH. Disamping itu, SPRM juga mesti pastikan tiada kakitangan atau pegawai awam yang "menyalahgunakan jawatan/kedudukan”.

Membuktikan kejadian rasuah sememangnya sukar tapi kalau susah sangat nak kesan, lakukan secara “undercover”. Jangan duduk di pejabat saja. Gunakan semua teknologi yang SPRM ada untuk dapatkan bukti. Jangan pulak dera orang yang disyaki atau saksi. Kerja secara telus dan profesional.

0 comments: