THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 25, 2011

SKIM MESRA USIA EMAS NEGERI SELANGOR


Masih ramai rakyat Selangor yang menetap di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak sedar bahawa mereka layak menjadi ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang diwujudkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Warga Emas yang cukup syarat bolehlah mengisi borang permohonan menyertai Skim Mesra Usia Emas / OKU. Semua permohonan hendaklah mematuhi prosedur dan garis panduan permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Negeri Selangor.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON:

1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorangWARGANEGARA MALAYSIA berumur 60 tahun dan ke atas;

1.1 - Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU

1.2 - Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; ATAU

1.3 - Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

2. Bagi OKU yang lahir di Negeri Selangor, tiada had umur ditetapkan. Bagi OKU kelahiran di luar Negeri Selangor mestilah juga telah menetap di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun. Hanya OKU yang memiliki Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja layak untuk mendaftar.

3. Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2,500 kepada Penama Warga Emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar. RM1,000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan pengesahan telah dibuat. Baki RM1,500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas penyerahan bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.

4. Hanya ahli yang telah berdaftar dan meninggal dunia sahaja yang layak menerima sumbangan di bawah Skim Mesra Usia Emas. Bagaimanapun, pendaftaran ahli selepas warga emas meninggal dunia adalah dibenarkan, sehinggalah dinyatakan sebaliknya.

Bagi rakyat negeri Selangor yang menetap di Parlimen Setiawangsa, boleh menghubungi - Sdr. Jasmani melalui no. telefon 106-2600098 untuk maklumat lanjut atau untuk menjadi ahli ataupun untuk tujuan tuntutan.

Sila lawati laman web http://e-mesra.org.my/ untuk maklumat lanjut.

0 comments: