THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 24, 2011

ANAK SELEPAS BAPA


Seperti biasa setiap pagi minggu saya akan ke warong berhampiran untuk menikmati roti canai atau nasi lemak. Seperti biasa juga saya akan membeli dan membaca The Star sambil minum pagi. Pada pagi ini saya hanya berseorangan kerana isteri menghadiri jamuan minum pagi persatuan penduduk. Oleh kerana berseorangan, seorang lelaki (juga berseorangan) yang hampir seusia duduk di sebelah saya sambil membaca Mingguan Malaysia (akhbar yang jarang sekali saya baca).

Sambil kami minum dan membaca akhbar masing-masing, saya terlihat satu rencana bertajuk "Mahu jadi wanita tercantik di dunia" yang ditulis oleh Johardy Ibrahim. Apa yang menarik perhatian saya bukanlah pada tajuknya tetapi pada gambar yang disiarkan untuk rencana tersebut. Terdapat satu gambar Jennifer Lopez dan satu lagi ialah gambar "Puteri Reformasi" yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu Nurul Izzah. Saya mengambil kesempatan meminjam akhbar dari 'rakan' yang duduk disebelah saya ini untuk membacanya.

Setelah membaca secara rambang (kerana cara penulisannya juga tidak menarik dan membosankan) saya dapati penulisan terhadap YB Nurul Izzah ini terlalu pendek tetapi mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Bergantung kepada tafsiran masing-masing. Antara yang dinayatakan oleh penulis itu (yang berkaitan dengan YB Nurul Izzah) adalah seperti berikut:
"Tetapi apakah seksi itu tertutup pada definisi menampakkan bentuk badan semata-mata? Ketahuilah bahawa seksi itu boleh meliputi wanita yang bertudung yang kemas pemakaiannya yang dilengkapi pakej perwatakan tertentu. Lihat Ahli Parlimen Nurul Izzah. Antara aura yang menarik minat orang terhadap dirinya adalah kejelitaannya dan cara dia berpakaian.Tetapi Nurul Izzah adalah manifestasi bagaimana seorang wanita Melayu bertudung yang memenuhi definisi seksi yang sopan, moden, memiliki kerjaya dan sudah bersuami."

Walaupun penulis ada menyatakan "Ini bukan propaganda politik. Tidak dalam ruangan saya ini." namun saya berasa was-was kerana pertama rencana ini disiarkan oleh 'utusan' dan kedua penulis tidak perlu menggunakan YB Nurul Izzah sebagai contoh penulisan ini kerana banyak lagi contoh yang boleh digunakan. Hanya tuhan saja yang tahu niat sebenar penulis ini.

Persoalan yang bermain di kepala saya kini ialah apakah rencana ini akan menjadi permulaan atau 'hint' bagi penulis-penulis pencacai B-End untuk membunuh karektor YB Nurul Izzah pula setelah usaha membunuh karektor Dato' Seri Anwar Ibrahim seolah-olah gagal. Berhati-hatilah YB Nurul Izzah. Mungkin anak menjadi mangsa selepas bapa.

Wallahualam

0 comments: