THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 24, 2011

NAIB CANSELOR UUM HINA MB KEDAH

Siapakah dia Naib Canselor (NC) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak jika dibandingkan dengan Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak jika hendak memperlekeh pemimpin kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Kenyataannya yang disiar dalam sebuah akhbar tempatan sebagai berkata ‘MB Kedah hanya layak urus sekolah pondok’ tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bergelar Profesor apa lagi memegang jawatan NC sebuah institusi pengajian tinggi awan (IPTA).

Berikutan itu Setiausaha Politik kepada MB Kedah, Encik Muhamad Sanusi Md Nor menggesa beliau memohon maaf kepada MB Kedah kerana kenyataannya yang dianggap tidak menghormati pemimpin tertinggi.

Muhamad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri berhak menerima atau menolak pemohonan rebat cukai, tidak terkecuali mana-mana tuan tanah sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Lagipun tiada pihak lain yang merungut kecuali UUM mungkin kerana mereka faham tanggungjawab sebagai pemilik tanah.

Mengulas kenyataan Prof Dr Dato’ Mohamed Mustafa yang mempertikai keupayaan mentadbir UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi mencecah RM300 juta setahun untuk menguruskan15,000 pelajarnya, Mohamad Sanusi berkata Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduknya hanya dengan pendapatan RM500 juta

“Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan dan IPTA sebelum ini tidak pernah mempersoalkan pembayaran cukai terbabit,” katanya.

Menurutrnya Mohamad Sanusi, Dato’ Seri Ustaz Azizan mempunyai pengalaman 21 tahun dalam bidang pengajian tinggi. Beliau pernah menjadi ketua jabatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebagai antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina.

Selain MB Kedah juga yang mempelbagaikan program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh kepada 42 program. Malah kini membina kampus induk Insaniah di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat. Apabila siap nanti Insaniah mampu menampung lebih 10,000 pelajar.

Katanya, pihak-pihak tertentu juga tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok kerana pentadbiran pondok sekarang lebih baik dari apa yang disangka.

0 comments: