THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, November 1, 2009

KEADILAN UNTUK TIAN CHUA

Angkatan Muda PKR melancarkan kempen Keadilan Untuk Tian Chua hari ini.

Kempen ini sebagai tanda sokongan kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang kini berdepan dengan hukuman penjara selama enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada 22 Oktober lalu selepas didapati bersalah mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya dua tahun lalu dalam satu perhimpunan di Bangunan Parlimen.

Beliau akan kehilangan jawatan sebagai ahli Parlimen memandangkan dalam Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli Parlimen yang dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda melebihi RM2,000 akan digugurkan dari jawatannya. Bagaimanapun peguambela yang mewakili Tian Chua, Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad telah memohon penangguhan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Orang ramai boleh menyertai kelab penyokong Tian Chua di http://wwww.justice4tian.co.cc/
dan memakai lencana 'Keadilan Untuk Tian Chua'.

0 comments: