THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, November 7, 2009

PENJAJAH TIPU KITA

Oleh amanlegend




Malaysia adalah projek kolonial. Benar, seperti buku ini yang terbit pada September 1937 ini.







Projek penjajahan bentuk baru, empayar baru dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yang kununnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S utk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dengan niat jahat, menjajahnya dlm bentuk baru.




Kemudiannya, projek kolonial A.S mendapat akal jahat, angan-angan paling bodoh bergelar teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara2 di Asia Tenggara akan menjadi negara komunis. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya "Meniti lautan gelora."
.
Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia; melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya; menggulingkan presiden Sukarno; menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yang anti penjajahan - bentuk baru dan lama - dari kuasa kolonial barat. Hari ini kita dapat melihat fakta-fakta ini secara terperinci dengan terbitnya dokumen2 rahsia CIA seperti ini (sila klik Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines. Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001).
.
Mujur A.S punya akta kebebasan maklumat sekarang, jadi kita semua boleh menyelidik dokumen-dokumen yang dianggap sulit dan rahsia dulunya hanya pada capaian internet.
.
Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia -yang dipercayai disabotaj Jenderal Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenalpasti bocor rahsianya atau kecekapan risikan tentera Malaysia? Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jenderal Suharto, yang didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S.
.
Nama Malaysia telah ada dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatat dalam peta Sepanyol kurun ke 16. Lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul buku Malaysia: A study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S, Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempada kekuasaan negara. Buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937. Tahun-tahun orang-orang di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, Tahun-tahun orang-orang di sini belum lagi mengerti atau peduli pada makna dari kata Malaysia. Tahun-tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja-rajanya. Tahun-tahun Inggeris masih lagi penjajah ke atas wilayah dengan nama - Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu, Negeri-negeri Selat, Borneo-Sabah, Sarawak dan Brunei.
.
Gagasan A.S tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal di bawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984, manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.
.
Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu. Tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh-Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia.
.
Sekarang kita mesti belajar menjadi Malaysia yang baru, dari semua kegagalannya. Apakah akan datang kita akan terus mengadap pengajaran dari kegagalan masakini, atau kejayaannya, untuk aku, usah dipedulikan. Kita hanya perlu mencuba, kalau tak cuba, kita tak tahu.

Malaysia:telah wujud pd. September 1937

SUMBER http://www.tranungkite.net/v10/

0 comments: