THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, November 2, 2009

DR. ASRI DITANGKAP

Sepasukan anggota dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis telah menahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin kira-kira jam 12.00 malam tadi. Dr. Asri ditahan di Taman Sri Ukay, sebaik saja beliau selesai menyampaikan kuliahnya.
.
Tangkapan itu dilakukan dipercayai berikutan dakwaan beliau mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim). Terdapat juga berita penangkap itu yang mengaitkan Dr. Asri dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.
.
Semasa tangkapan, terdapat lebih 300 orang hadir mengikuti kuliah tersebut. Turut berada di tempat kejadian bagi mengikuti kuliah tersebut adalah Ahli Parlimen Ampang, YB Hjh Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, YB Hj Shaari Sungib. Suasana agak tegang apabila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis yang ramai yang mengepung pekarangan rumah tersebut. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ampang, YB Hjh Zuraida berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ untuk bertenang.
.
Adalah dipercayai Dr Asri telah dibebaskan dengan jaminan polis pada awal pagi tadi.

0 comments: