Saya jarang sekali menonton TV atau wayang. Tetapi isteri saya gemar menontonnya. Drama Nur Kasih menjadi bualan isteri saya bersama ahli keluarga yang lain semasa di pertemuan Hari Raya Eidul Adha baru-baru ini. Perbincangan di media juga telah menarik perhatian saya. Mungkin jika ianya di ulang tayang, saya akan mencuri sedikit masa untuk menontonnya.
Di bawah ini disiarkan petikan pandangan yang telah disiarkan oleh seorang pelajar UIA untuk kita renungkan.
Nur Kasih merupakan antara drama melayu yang terbaik pernah saya saksikan. Walaupun masih ada juga orang yang tak peduli pasal drama ini, tapi dengan jalan cerita yang menarik, pasti ramai juga meminati rancangan ini. Saya yakin ramai juga pelajar UIA yang layan cerita ni.
Saya ingin berkongsi serba sedikit berkaitan Nur Kasih dan realiti kehidupan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Setelah belajar di UIA selama 5 tahun, ini merupakan antara reviu saya berdasarkan pengalaman di sana.
1. Squatting / duduk di hostel (Mahallah) secara haram
2. Mengorat isteri orang
3. Kesatuan Pelajar UIAM
4. Valedictory Speech
5. Majlis Konvokesyen
6. Arkitek dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)
7. Lokasi penggambaran
- bangunan IRKHS
- Nescafe
- depan Library Darul Hikmah
- perkarangan Cultural Activity Centre (CAC)
- Hostel / Mahallah sisters
- Studio KAED
- Pejabat pentadbiran KAED (tempat Nur dan Adam bekerja sebagai arkitek)
- Musolla KAED (Aidil solat ketika program di UIA)
- Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (Masjid di Kaherah, Mesir)
Rasanya itu sahaja maklumat untuk dikongsi bersama semua. Semoga lebih banyak penerbit drama akan memilih UIA untuk drama mereka. Rasa seronok tengok UIA dalam drama TV. Bosan kalau tengok drama yang selalu memilih universiti dan kolej swasta.
Akhirul kalam, syabas buat penerbit dan krew drama Nur Kasih. Semoga lebih banyak drama-drama yang berkualiti akan diterbitkan pada masa hadapan, InsyaAllah.
SUMBER http://iiumbloggers.com/
0 comments:
Post a Comment