Polis mesti menyiasat dan menangkap Pengerusi Putera Umno yang juga Ahli Majlis Teringgi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kerana membuat laporan palsu berkaitan dakwaan beliau ditumbuk oleh lebih 9 orang penyokong PAS.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamudin Husein pula dalam kenyataan media sehari selepas itu mendakwa terdapat gambar dan video yang menunjukkan kejadian tersebut. Gambar dan video yang dimaksudkan dimaklumkan oleh Hishamudin telah berada ditangan pihak polis.
Pada ketika ini terdapat tayangan video sepanjang 45 saat telah dimasukkan ke dalam laman video Youtube yang memaparkan Azeez bersama Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ismail Sabri dan beberapa lagi penyokong Umno berjalan ditengah penyokong Pakatan Rakyat (PAS) sambil disorak dan dihambur dengan laungan 'rasuah'. Tiada imej yang menunjukan Azeez ditumbuk.
Berdasarkan laporan Azeez, pihak polis perlu mengadakan siasatan segera dan menangkap orang atau orang-orang yang bertindak menumbuk Azeez. Kerja siasatan ini boleh dilakukan dengan mudah kerana menurut Hishamudin pihak polis ada gambar dan video kejadian.
Jika laporan itu tidak benar, maka polis perlu mendakwa Azeez kerana membuat laporan palsu dan Hishamudin kerana berbohong melalui media. Pembohongan Hishamudin pula menyebabkan keadaan tidak tenteram antara penyokong dan orang ramai.

0 comments:
Post a Comment