THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Saturday, October 10, 2009

ISU RM3 BILION

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia disiasat berhubung dakwaan mempunyai simpanan sebanyak RM3 bilion seperti mana didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid beberapa tahun lalu.

Anwar yang juga Ketua UMUM Pakatan Rakyat (PR) berkata, beliau tidak gentar dengan dakwaan itu, tetapi mahu siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki ‘kekayaan melampau’

“Sila siasat, saya tidak takut, saya juga minta diwujudkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat kesemua harta yang hilang secara bebas termasuklah siasatan terhadap diri Khairy (Ketua Pemuda UMNO) sendiri terutamanya.

“Fitnah ini dibuat sejak 1998 lagi tetapi sehingga sekarang mereka tidak boleh membuktikan apa-apa pun,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri program bersama masyarakat India di Estet Sua Betong di sini, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menolak dakwaan Khairy bahawa beliau memiliki simpanan dalam beberapa ‘master accounts’ dan pernah disiasat Badan Pencegahan Rasuah (BPR) tetapi tidak menemui sebarang bukti.

“Selama 11 tahun dakwaan seperti ini dibuat, saya tidak takut kerana saya tidak bersalah, yang perlu berasa takut adalah Khairy sebab beliau mampu mengumpul kekayaan sehingga beratus-ratus juta, di mana beliau dapat kekayaan tersebut?” katanya.

Khairy sebelum ini meminta polis menyiasat Anwar susulan kenyataan Datuk S Nallakarupan yang mendakwa Anwar mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan Abdul Murad Khalid dalam kenyataan pada tahun 1999.

Diminta mengulas peluang calon Pas, Zulkefly Mohd Omar memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Anwar yakin dapat menembusi kubu kuat BN kerana sokongan yang ditunjukkan pengundi di situ amat baik sekali.

SUMBER http://anwaribrahimblog.com/

KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG

Salam kepada semua pengungi Bagan Pinang,

Saya merayu kepada semua pengundi Bagan Pinang untuk membuat satu perubahan yang cukup bermakna dalam diri anda sekalian.

Jika anda menolak Isa Samad ini menunjukkan anda semua benci kepada orang yang melakukan rasuah namun berjaya dibersihkan oleh undang - undang parti sahaja bukannya undang - undang SPRM.

Jika anda memilih ISA Samad, bererti anda semua membenarkan kerjaya rasuah akan menjadi kerjaya wajib dalam diri anak - anak kalian. Jika mereka menjadi perasuah jangan dimarahi mereka, kerana anda semua yang membenarkan pemimpin yang rasuah menjadi wakil rakyat anda. Percayalah suatu hari nanti jika anda semua memarahi anak anda yang menjadi perasuah pasti mereka akan menyalahi anda kerana tidak mengajar mereka bahawa rasuah itu salah.

Saya merayu sebagai anak muda yang bebas dari mana - mana parti politik, merayu agar ISA Samad ditolak dan dicampak ke Laut China Selatan. Saya tidak mahu generasi akan datang melihat kerjaya perasuah dianggap bersih dan halal.

Undi ditangan anda semua, anda penentu masa depan politik Malaysia dan akhlak generasi yang akan datang.

UNDI PAS

Friday, October 9, 2009

SELEKOH AKHIR

Kempen pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang malam ini, memasuki pusingan terakhir dalam selekoh merbahaya. (Kalau GP di-Batu 3 Shah Alam dulu, kira Rothmans Corner laa... sebelum "chequered flag")

Seorang sahabat gurkah politik yang bekerja untuk UMNO sebentar tadi telah memberitahu dari Bagan Pinang, kedudukan sekarang masih lagi 50-50, (Ahaa..! kami sudah paham benar, kalau dia ini bagitahu 50-50 'something on their side is wrong')

Yang menarik ialah bila dia berkata..."nampak macam Bagan Pinang ini akan menjadikan teori R.A.H.M.A.N yang dicipta oleh orang-orang UMNO itu sendiri akan menjadi kenyataan. Najib 'will be the last PM', Bagan Pinang adalah permulaan penolakan secara terang-terangan rakyat terhadap BN.

Perkiraan ini berdasarkan kepada PR/PAS tiba-tiba sahaja, telah mendapat tempat dihati orang-orang melayu yang terdiri daripada sebahagian 13,664 pengundi berdaftar pada hari-hari terakhir kempen, tetapi secara diam-diam (silent supporter).

Undi melayu mewakili 8,577 atau 62.8% dari keseluruhan undi,india 2,834(20.7%), cina 1,498(10.9%) dan lain-lain 755(5.5%).

Berdasarkan kepada statistik pilihanraya DUN Bagan Pinang ini, 80% daripada undi india dan 65% daripada undi cina telah menyokong PR/PAS pada pilihanraya umum lepas, manakala hanya 15% undi dari melayu.

Jika benar maklumat dari sahabat gurkah ini, ini bermakna 'calon kitar semula' BN/UMNO Isa Samad, telah menambah jumlah pengundi melayu yang telah hilang kepercayaan terhadap BN/UMNO.

Harapan tinggi menggunong BN/UMNO bila meletakan Isa Samad sebagai 'calon recycle', bekas menteri besar yang cuba membuat 'comeback', agar dapat menambat semula hati pengundi-pengundi DUN Bagan Pinang untuk menjadi penyelamat kepada kekalahan ke lapan pusingan PRK tidak mungkin menjadi kenyataan.

Biarpun jentera pilihanraya MIC dan MCA bekerja 24 jam 'round the clock' untuk cuba mendapatkan semula penyokong-penyokong mereka yang telah lari kepada PR pada PRU lepas, namun 'message'nya jelas mengatakan 'No to Isa'.

SUMBER http://dollahyankee.blogspot.com

TOLAK ISA

Ketua Jabatan saya merupakan orang kuat UMNO. Setiap kali perhimpunan agong beliau mewakili Bahagiannya dalam perhimpunan agong UMNO. Dua hari yang lepas saya terdengar perbualan telefon antara beliau dengan rakannya. Antara yang disebut ialah 'mengapa aku nak pergi bantu di Bagan Pinang. Kata nak hapuskan rasuah. Habis apasal letak calon rasuah'.

Petang tadi pula saya bertemu dengan seorang rakan yang akan balik esok (Sabtu) ke kampongnya di Port Dickson. Dia ini seorang pengundi di Bagan Pinang (N31). Dia merupakan ahli UMNO di kampongnya. Menurutnya, emak dan bapanya juga merupakan ahli UMNO. Dia nak balik pada hari Sabtu sebab nak jumpa emak dan bapanya dulu. Bila bercakap tentang politik, dia akan mempertahankan UMNO B-end. Tapi untuk mengundi di Bagan Pinang dia kata nak pangkah (undi) PAS. Dia kata, nak jumpa keluarganya dulu supaya boleh kempen undi PAS. Saya rasa pelik dan tanya kenapa berubah. Dia kata, 'aku masih sokong UMNO tapi tidak mahu perasuah'.

Habis kalau orang-orang yang aku kenal dari UMNOpun tidak mahu ISA, siapa yang undi UMNO B-end nanti. Tun Mahathirpun tak hendak ISA. Khairypun tak nak ISA. Ramai tak nak ISA.

Jadi kalau tak nak ISA jangan pulak tak keluar mengundi. Pakat ramai-ramai undi PAS yang mana calonnya Zulkefly. Kalau tak undi PAS, orang Bagan Pinang akan dapat ISA juga. Orang Bagan Pinang akan dapat apa yang mereka tak nak. Jadi, orang Bagan Pinang kena pakat keluar mengundi PAS. TOLAK UMNO B-END pada 11 Oktober ni.

PANTUN BAGAN PINANG

Pantun N.31 Bagan Pinang

Oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

Beruk tenggiling mati terkangkang
Kembar biawak di pohon celagi,
Azeez Baling buka gelanggang
Lakunan pelawak di ulang lagi.

Turun ke sungai mencari lokan
Lungguk lokan di simpang jalan,
Ketua Putra UM no menipu sakan
Bohong sedunia kena pukulan.

Bisa keris bengkak bernanah
Bengkak pecah nanah berlinang,
Retorit Najib PM berkecai punah
Sah meledak di Bagan Pinang.

Dayung sampan ombak beralun
Sampan terterap jatuh terlentang,
SATU Malaysia SATUlah calun
UM no tunduk di Bagan Pinang.

Subuh hari keluar mendulang
Memusing dulang kiri dan kanan,
Calon kitaran diusung dijulang
Setelah berjaya lakukan tekanan.

Bela lembu di Pekan Changlun
Lembu di bela secara pawah
Isa Samad dikitar dicalun
Untuk langsai pesaka rasuah.

Buat baik berpada-pada
Kerat bersabit peruak luka,
Modal Isa cerita lagenda
Ugut Najib rahsia nak buka.

Kemelut bangsa bohjan bohsia
Berkembang rosak jadi masalah,
Isa dan Najib menyimpan rahsia
Sama bermadah sama berhelah.

Beli santan di markit Kangar
Santan di masak di buat wajib,
Amaran Tun Dir, Najib tak dengar
Calun balas budi pilihan Najib.

Lemah gemalai canggung di tari
Berpusing bergolek di atas jerami,
Pengundi Bagan Pinang bijak bistari
Calun rasuah UM no sungkur kebumi.

Bersepatu kayu mengelilingi desa
Berbatu kelikir raga rotan mano
SATU MALAYSIA, SATU UNDI X ISA
SATU MALAYSIA, SATU UNDI X UM no.

Bersejarah berjasa Masjid Zahir
Gema azan berkumandang beralun,
Pesan Tok Guru pesan Tun Mahathir
Jangan undi UM no, ISA rasuah dicalun.

Tanam pinang membajak padi
Pohon mentalun patah dahan,
Pengundi Bagan Pinang bijak mengundi
Calun PAS Zulkifly MO menjadi pilihan.

SAMSENG BERMAHARAJALELA DI BAGAN PINANG

Perkhabaran terbaru di Bagan Pinang membuktikan bahawa puak-puak UMNO dan BN kini semakin ganas untuk mengganyang petugas Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS. Banyak insiden tidak diingini terus berlaku, yang menunjukkan sikap sebenar mereka mutakhir ini.

Biarpun tidak mendapat arahan daripada pucuk pimpinan parti, namun anehnya pihak polis dilihat gagal membendung perlakuan "durjana" mereka ini. Polis yang begitu ramai berkampung di Bagan Pinang telah gagal melaksanakan tugas untuk menjaga keselamatan semua pihak. Malah, polis dilihat lebih seronok menjaga kepentingan puak-puak UMNO BN semata-mata.

Semalam, banyak laporan diterima tentang kejadian memecahkan cermin tingkap kenderaan milik petugas Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan ramai petugas gusar dan takut keselamatan mereka terancam. malah mereka terpaksa mencari tempat yang selamat bagi menggelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Apa sudah jadi dengan Bagan Pinang?.

Kemaruk untuk mengekalkan kuasa dan menjaga maruan menyebabkan puak-puak UMNO BN kini semakin berani bertindak diluar batasan demokrasi yang sebenarnya. Sesuatu perlu dilakukan demi keharmonian dan keselamatan petugas Pakatan Rakyat. SPR tidak harus berdiam diri dalam hal ini, jika tidak mereka sekali lagi akan menjadi bahan kutukan rakyat!

SUMBER http://pahangdaily.blogspot.com/

AZEEZ DAN HISHAMUDIN DITANGKAP

Polis mesti menyiasat dan menangkap Pengerusi Putera Umno yang juga Ahli Majlis Teringgi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kerana membuat laporan palsu berkaitan dakwaan beliau ditumbuk oleh lebih 9 orang penyokong PAS.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamudin Husein pula dalam kenyataan media sehari selepas itu mendakwa terdapat gambar dan video yang menunjukkan kejadian tersebut. Gambar dan video yang dimaksudkan dimaklumkan oleh Hishamudin telah berada ditangan pihak polis.

Pada ketika ini terdapat tayangan video sepanjang 45 saat telah dimasukkan ke dalam laman video Youtube yang memaparkan Azeez bersama Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ismail Sabri dan beberapa lagi penyokong Umno berjalan ditengah penyokong Pakatan Rakyat (PAS) sambil disorak dan dihambur dengan laungan 'rasuah'. Tiada imej yang menunjukan Azeez ditumbuk.

Berdasarkan laporan Azeez, pihak polis perlu mengadakan siasatan segera dan menangkap orang atau orang-orang yang bertindak menumbuk Azeez. Kerja siasatan ini boleh dilakukan dengan mudah kerana menurut Hishamudin pihak polis ada gambar dan video kejadian.

Jika laporan itu tidak benar, maka polis perlu mendakwa Azeez kerana membuat laporan palsu dan Hishamudin kerana berbohong melalui media.
Pembohongan Hishamudin pula menyebabkan keadaan tidak tenteram antara penyokong dan orang ramai.

FITNAH LAMAN PRO UMNO B-END

Salah satu media pencacai UM-no tahap longkang menyiarkan satu berita yang kononnya Ketua Pemuda PAS Pusat menyebarkan SMS kepada ahli-ahli pemuda untuk ajak pemuda turun ke Bagan Pinang untuk berperang dan bertempur dengan pemuda UM-no.

Ternyata artikel itu berniat jahat dan cuba menyebarkan fitnah bagi mengambarkan kononnya PAS adalah sebuah parti yang extreme dan suka kepada keganasan.

Inilah gambaran sikap 'celaka' puak-puak sangat 'celaka', cuba memutar belitkan fakta dan cuba mengambil kesempatan dari kehangatan yang ditimbulkan oleh puak-puak mereka sendiri.

PAS tidak pernah suka kepada keganasan, malah PAS mengutuk sebarang keganasan, tetapi sikap puak-puak sangat celaka di dalam UM-no yang cuba memprovok dan menimbulkan suasana tidak tenteram benar-benar patut ditolak oleh rakyat.

Sikap ganas puak-puak ini jelas mengambarkan keadaan amat terdesak puak UM-no kerana merasakan parti itu bakal terbenam didalam PRK Bagan Pinang.

PAS hanya mengajak pemuda turun untuk mengawal markas-markas PAS dan juga keselamatan pimpinan PAS daripada gangguan keganasan puak-puak sangat celaka yang nampaknya sengaja dirancang dengan teliti untuk menimbulkan suasana tidak tenteram dan rasa takut dikalangan petugas PAS.

Apakah seruan untuk mengawal keselamatan itu dikira sebagai seruan untuk berperang? PAS tidak akan menyerang fizikal lawan tetapi PAS akan mempertahankan keselamatan markas-markas, pimpinan dan petugasnya.

Apakah Agenda Daily berniat untuk menyebarkan fitnah supaya puak-puak UM-no akan membuat serangan lagi dengan alasan kononnya PAS telah isytihar perang dan UM-no boleh bertindak balas?

Inilah gambaran betapa pencacai tahap longkang ini tidak pernah memikirkan keselamatan orang ramai hanya kerana ingin memperkecilkan PAS.

SUMBER http://cucutokayah.blogspot.com/

Thursday, October 8, 2009

UMNO BAKA RASUAH

UMNO B-end jelas mempunyai baka rasuah. Dari moyang, datuk nenek, mak bapak UMNO semuanya rasuah. Ketua-ketua UMNO rasuah sehingga anak dan cucu cicit UMNOpun diajar rasuah. Lihat sahaja calon UMNO di Bagan Pinang (N31) juga dipilih seorang Perasuah.

Majlis sambutan Aidilfitri, di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin juga mereka jadikan tempat merasuah. Dana mana digunakan untuk menjayakan majlis tersebut belum diketahui tetapi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menggunakan majlis tersebut untuk kempen UMNO B-end. Zahid merasuah anggota tentera dan keluarga mereka dengan berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN. Manakala Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan (yang diperintah oleh UMNO B-end) untuk memperbaiki kemudahan tentera dan kebajikan mereka. Jika terdapat keperluan bagi membantu anak-anak anggota tentera, bukankah itu tanggungjawab kerajaan yang memerintah dan menguasai dana negara. Tidakkah menteri-menteri yang ada memikirkan keperluan dan kebajikan tentera dan rakyat umumnya apabila memerlukan masjid, surau, jalanraya, hospital dan sebagainya. Apakah menteri-menteri UMNO B-end hanya memikirkan keperluan dan kebajikan rakyat apabila tiba pilihanraya?

Nampak gayanya menteri-menteri UMNO B-end sering menampakkan 'ketololan' mereka. Keegoan juga semakin meningkat dan menjadi-jadi. Kuasa yang diberikan digunakan untuk kepentingan diri sendiri, kroni-kroni dan parti masing-masing sedangkan keperluan rakyat bukan keutamaan. Apakah anak-anak anggota tentera tidak perlu bantuan pendidikan atau surau yang selesa jika UMNO B-end kalah?

Jika beginilah cara UMNO B-end berfikir, adalah baik rakyat Bagan Pinang menolak UMNO secara total agar lebih mudah rakyat Malaysia seluruhnya menolak UMNO B-end dalam PRU 13.

PEMBELA KECAM UMNO

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) mengecam tindakan ganas petugas Umno/Bn yang dilaporkan oleh beberapa media online memukul dan menetak lebih enam orang petugas Pas di Bagan Pinang semasa kempen pilihanraya kecil memasuki fasa-fasa terakhir.

Menurut Setiausaha Agung Pembela, Basir Hj Ismail bahawa insiden tindakan ganas petugas Umno/Bn sehingga menyebabkan kecederaan ke atas petugas Pas tersebut amat dikesali, sekaligus menyerlahkan kepada seluruh rakyat di negara ini bahawa parti mereka berkenaan semakin tersepit berdepan dengan Pas dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang.

Katanya, tindakan ganas petugas Umno/Bn di Bagan Pinang adalah bukti jelas bahawa mereka semakin tersepit dan hilang arah sama sekali… mereka yang sebelumnya begitu yakin akan mempertahan kerusi Dun Bagan Pinang semakin sedar bahawa pengundi di situ semakin terbuka menyokong calon Pas, bahkan dijangka akan mengugat calon kesayangan mereka yang dipilih dari seorang yang didapati rasuah”.

Katanya, jika sebelum ini (hari penamaan calon) pemimpin mereka yang juga Ketua Putera Umno Malaysia, juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Azeez Abdul Rahim mendakwa ia dipukul oleh sekurang-kurangnya sembilan orang penyokong Pas sehingga dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara, tetapi kejadian yang berlaku petang dan malam kelmarin jelas menunjukkan mereka (Umno/Bn) lah parti ganas yang suka melakukan kekacauan”.

Oleh itu, Pembela minta Datuk Azeez yang mendakwa di tumbuk oleh petugas Pas memberi komen tentang insiden petugas Umno/Bn yang memukul dan menetak petugas Pas pada petang dan malam kelmarin.

“ Sekiranya dia tak sudi beri komen…ini bermakna dakwaannya adalah bersifat provokasi untuk menaikkan sentimen petugas Umno/Bn bertindak ganas terhadap Pas di situ, katanya lagi.

Basir menambah, Umno/Bn sepatutnya semakin sedar dan belajar atas kesilapan masa lalu apabila mereka yang telah diberi kuasa oleh rakyat lebih 50 tahun di negara ini hanya mementingkan diri sendiri, bukannya untuk membela rakyat yang susah”.

Sehubungan itu, Pembela kagum dengan petugas Pas yang matang menghadapi suasana dan provokasi petugas Umno/Bn yang umpama manusia yang tidak bertamadun serta tidak memahami sistem demokrasi dalam pilihanraya.

“Dah sampai masanya Umno/Bn mengajar petugasnya supaya lebih rasional dan berakhlak tinggi apabila menyertai sesuati pihanraya kecil maupun pilihanraya… rakyat kini dah cerdik dan boleh berfikir yang masa satu baik dan buruk, katanya.

SUMBER http://www.detikdaily.net/


Wednesday, October 7, 2009

13 BOM TANGAN

1. Isa pemerintah N9 yang paling lama iaitu bermula pada tahun 1982-2004. Selama 22 tahun menjadi MB, tiada satu Universiti pun didirikan di N9. Isa tidak mendesak kerajaan pusat untuk membawa satu universiti di N9.

2. Di zaman Isa, Isa telah merancang bandar-bandar baru di N9. Jika tidak silap ada 4 bandar baru yang dirancang. Hampir kesemua bandar-bandar baru itu gagal dibangunkan seperti yang di'planning'. Kita sendiri boleh lihat apa jadi di Bandar Baru Serting.

3. Dalam banyak bandar-bandar baru yang dirancang Isa, hanya Bandar Baru Nilai yang menjadi sikit. Itu pun kerana faktor ia terletak di tengah KL dan Seremban. Ia juga pengaruh faktor KLIA dan Nilai itu adalah kawasan industri. Pecaya atau tidak, setelah semua dibangunkan, Isa lupa nak buat masjid untuk BBN (Bandar Baru Nilai). Setelah ditegur barulah Isa bina masjid. Tapi masjid yang dibina itu jauh dari penempatan dan tidak mempunyai tanah wakaf kubur. Jika tidak kerana student USIM dan student Matrikulasi UIAM, Masjid BBN tidak meriah.

4. Dalam kempen Isa di Bagan Pinang, Isa kutuk Kelantan. Isa tidak tahu ramai orang N9 kutuk Isa kerana Melaka lagi hebat dan maju dari Melaka. Sedangkan N9 mempunyai banyak advantage dari Melaka. Antaranya, N9 lebih dekat dengan Lembah Klang. Kepesatan di Lembah Klang sepatutnya melimpah ke N9 bukan ke Melaka. N9 ada rel keretapi tapi tidak untuk Melaka. Isa memang gagal bersaing dengan Melaka. Bagaimana negeri yang tidak ada keretapi seperti Melaka boleh lagi maju dari N9 ?? Poning den..

5. Bila bercakap pasal sesebuah negeri, orang akan lihat ibu negeri negeri itu. Ibunegeri bagi N9 ialah Seremban. Maleh den nak cito. Terus terang Seremban dipanggil pekan mati. Tiada bangunan-bangunan tinggi, sempit dan kelihatan tidak tersusun. Penulis berani mengatakan bandar Kota Bharu di Kelantan lebih maju dan besar dari Seremban. Sejak Mat Hasan jadi MB, barulah Seremban ni cergas sikit. Barulah orang Seremban merasa jalan bertingkat dan jalan berterowong.

6. Isa bila jadi MB N9, agak lembap mencari pelabur luar. Tiada inisiatif sendiri. Hanya mengharapkan kerajaan pusat membantu N9. Komitmen Isa kurang dalam perihal perekonomian. Isa memang dilihat tidak kreatif dalam menjana ekonomi N9.

7. Secara keseluruhannya, Isa gagal menyeimbangkan kemajuan antara N9 barat dan N9 timur.
N9 barat lebih maju sedikit dari N9 timur kerana adanya kemudahan Lebuhraya Utara Selatan atau PLUS Highway. Kawasan timur N9 seperti Gemas, Gemenceh, Rompin, Kuala Pilah, Jelebu, Palong memang mundur jika nak dibandingkan dengan kawasan barat N9 seperti Nilai, Rembau dan Tampin. Tidak banyak pembangunan yang dibawa Isa ke timur N9. Itu sebab kita dah boleh agak mengapa penduduk N9 timur lebih dahsyat mencarut lebih dari saudara-saudaranya di barat N9.

8. Dari kalangan ahli Umno veteran N9, Isa dilihat banyak playsafe dalam percaturan politiknya.
Akibatnya, Isa tidak kuat melobi dalam pentadbiran Tun Mahathir supaya lapangan terbang antarabangsa, KLIA dibina di N9. Konon nak jaga hati Tun Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jika Isa berani dan pandai melobi, tentulah KLIA tidak terletak di Sepang tetapi di N9. Tun Mahathir ketika itu berminat dengan Padang Besar, Selangor, tetapi tahu N9 tiada lapangan terbang. Tetapi Isa langsung tidak menyakinkan Tun bahawa lapangan terbang baru amat sesuai didirikan di N9. Adakah Isa tidak mahu menyinggung perasaan Tun kerana menjaga kedudukannya dlam Umno lalu mengenepi kepentingan negeri dan rakyat N9?

9. Di Nilai, sudah menjadi rahsia umum bahawa Isa mempunyai hubungan yang istimewa dengan Dato' Gan. Dato' Gan adalah pemilik dan pemaju BBN (Bandar Baru Nilai). Nilai College dan Inti College juga milik Dato' Gan. Alamat Nilai College bermula dengan nombor 1. Dipercayai rumah Isa di Nilai Spring adalah dihadiahkan oleh Dato' Gan. Sangat besar rumah itu. Semasa di zaman kegemilangan Isa, lebih 50 orang yang akan ikut Isa main golf. Tetapi setelah Isa didapati bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana terlibat dengan politik wang (baca:rasuah) dan digantung keahlian Umno selama 3 tahun, hanya Dato' Gan seorang yang ikut Isa main golf.
Semangat setiakwan mereka berdua tidak dapat dipertikaikan. Patutlah Dato' Gan banyak dapat projek di N9 terutamanya di Nilai.

10. Isa dan penduduk Sendayan. Harapan 500 penduduk Sendayan mahu jadi jutawan seperti saudara-saudara mereka di Felda LB Johnson, Labu hanya tinggal harapan semasa Isa menjadi MB N9. Dipercayai Isa mahu menukar status tanah peneroka Sendayan agar harga tanah di situ semakin tinggi. Isa, ekau nak jadi broker ko?

11. Isa dan Mufti. Isa tidak mempunyai hubungan yang baik dengan mufti N9 iaitu Sheikh Murtadza. Sudah beberapa kali Isa cuba menamatkan kontrak mufti ini tapi dihalang oleh Yang diPertuan Besar N9. Ini menyebabkan Isa juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Yang diPertuan Besar N9. Sudah ada percubaan supaya Isa tidak dilantik menjadi MB N9 oleh Yang dipertuan Besar N9, tetapi Isa diselamatkan oleh Tun Mahathir. Penulis mendengar sendiri luahan Isa ini.

12. Info bonus. Isa tidak dilahirkan di N9. Isa lahir di negeri Melaka.

13. Info trivia. Sebelum menjadi ahli politik, Isa adalah seorang guru.

Semua point-point di atas adalah berkaitan dengan Isa semasa dia menjadi Menteri Besar N9.

SUMBER http://kerabubersuara.blogspot.com/

11 BUTIR PELURU

Sebuah laman blog milik UMNO telah menyiarkan beberapa fakta menarik yang didakwa laman tersebut, perlu diberi perhatian oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. Fakta- Fakta tersebut adalah sebagaimana disenaraikan dibawah;

1. 13 peniaga di Port Dickson dikatakan kecewa diarahkan keluar kerana gerai perniagaan mereka akan dirobohkan oleh MPPD untuk dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan baru bagi keselesaan pelancongan.

2. 16 buah pantai di Port Dickson yang menganjur dari km 3 hingga km 21, terutama Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana dan Pantai Blue Lagoon dikatakan terhad untuk orang awam. Dilaporkan bahawa ketiadaan laluan dan papan tanda ke pantai berkenaan disebabkan kawasan pantai tersebut dipagari oleh banglo-banglo persendirian dan swasta serta rangkaian hotel yang seolah-olah menjadi hak milik persendirian walaupun pantai telah diiktiraf sebagai harta awam di bawah undang-undang.

3. Pantai Port Dickson dikatakan kotor yang menyebabkan para pelancong dan orang tempatan geli geleman hendak ke pantai. Dikhabarkan juga banyak saluran paip kumbahan tidak terawat disalurkan terus ke pantai.

4. Kerajaan dikatakan tidak menghargai jasa tentera kerana penyerahan tugas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru tidak dilakukan mengikut kebiasaan tradisi ATM. Tiada acara perpisahan rasmi untuk bekas Panglima Angkatan Tentera tersebut.

5. Dilaporkan pihak tentera harus perkudakan UMNO dan PAS untuk kepentingan ATM demi pertahanan negara dan nasib para perajurit.

6. Lebuhraya Seremban-Port Dickson dikatakan tidak berdaya maju serta R&R di laluan berkenaan dikatakan terbiar dan secara tidak langsung telah memberikan imej buruk kepada Port Dickson.

7. Isu perumahan terbengkalai di Bagan Pinang yang melibatkan:-

Taman Crystal Bersatu, Port Dickson
Pemaju : Maju Properties Sdn. Bhd.

Taman Anggerik, Pekan Si Rusa , Port Dickson
Pemaju : Smart Project Sdn. Bhd.

Green View Resort Homes, Port Dickson
Pemaju : Eurodec Development Const. Sdn. Bhd.


8. Projek menaik taraf jalan Port Dickson ke Pasir Panjang dikatakan telah lama terbiar dan terbengkalai.

9. Turut dilaporkan ada keluarga yang melarat di Bagan Pinang dengan pendapatan hanya RM20 sehari.

10. Elaun RM500 untuk guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Sembilan dikatakan terlalu sedikit.

11. Dilaporkan penduduk Negeri Sembilan sering terputus bekalan air terutama semasa musim perayaan disebabkan kelemahan pengurusan pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

SUMBER http://zulmamakpng.blogspot.com/

HARGA GAMBAR AZEEZ MENINGKAT KEPADA RM6,500.00

Sebelum ini Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah menawarkan harga sejumlah RM 1,000.00 bagi sesiapa yang dapat menyerahkan gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mendakwa ditumbuk dan diterajang pada hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada 3 Oktober lalu. Bagaimanapun nilai tawaran telah dinaikkan kepada RM6,500.00. Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid hari ini.

Ini adalah kerana orang ramai untuk mengetahui tentang kedudukan tawaran tersebut ingin turut menyumbang wang sebagai tambahan tawaran kepada harga asal. Katanya, setelah di buat penjumlahan wang yang bakal disumbang oleh orang ramai, Pembela mendapati jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 6,500.00.

Sebenarnya bukan setakat gambar tetapi video boleh diperolehi dari Menteri Dalam Negeri, Hishammudin. Pembela boleh menyerahkan hadiah wang tersebut kepada Hishammudin atau polis kerana gambar dan video kejadian ada pada mereka. Gambar telah diperolehi dari orang ramai dan pihak media manakala rakaman video telah dibuat oleh polis. Perkara ini telah diumumkan oleh Hishammudin pada 4 Oktober, sehari selepas kejadian di IPD, Port Dickson.

Bagaimanapun tawaran membeli gambar tersebut hanya berlaku semasa kempen pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang sedang berlangsung iaitu selewat-lewatnya pada jam 12 malam 10 Oktober. Ini adalah disebabkan gambar itu boleh digunakan untuk kempen pilihan raya dan bukannya untuk membantu Azeez mendapatkan keadilan dengan menangkap 'pelaku kesalahan'.

Tuesday, October 6, 2009

ADA NEGERI BAWAH BN LEBIH TERUK

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membandingkan jumlah banglo Melayu di Kuala Krai dan di Pagoh terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan kononnya Kelantan adalah negeri yang mundur, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Saya percaya Muhyiddin sebelum ini berulang alik ke Kuala Krai untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Manek Urai.

"Saya harap dia ada mata untuk melihat berapakah jumlah banglo Melayu di sekitar pekan Kuala Krai dan sebagai wakil rakyat Pagoh, cuba kira berapa banyak pula banglo Melayu di sekitar pekan Pagoh. Saya tidak mahu sebut Pasir Mas kerana bimbang tidak padan dengan Pagoh."

"Selepas itu, baru bercakap tentang soal pembangunan di Kelantan," kata beliau.

Idris juga menjemput Muhyiddin dan juga calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang turut memperkecilkan pembangunan di Kelantan melawat negeri itu.

"Tak perlu susah-susah buat kajian sana-sini. Muhyiddin dan Isa bawa payung dan kerusi, selepas itu duduk depan Tesco di Kota Bharu untuk melihat sendiri kuasa beli rakyat di negeri itu."

"Setiap hari minggu Tesco Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari sehingga ia bercadang hendak menambahkan cawangannya di Kelantan sedangkan Tesco di Kuantan, di negeri perdana menteri sendiri, telah ditutup akibat masalah ekonomi setempat.

"Kalau Kelantan mundur seperti yang digambarkan oleh Muhyiddin dan Isa, rakyatnya tidak akan mempunyai kuasa beli sedemikian rupa," kata beliau.

Menurut Idris, beliau sengaja tidak mahu mengemukakan statistik untuk menyedarkan Muhyiddin kerana beliau tidak yakin Timbalan Presiden Umno itu sanggup mendedahkan statistik tentang kadar kemiskinan di negara ini.

"Jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat pada 3 September 2007 menunjukkan dengan jelas bahawa bilangan isi rumah dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak ternyata lebih besar berbanding negeri Kelantan."

"Muhyiddin buat apa ketika statistik itu dinyatakan di Dewan Rakyat? Tidak datang ke dewan? Tidur?" beliau mempersoalkan.

Berdasarkan jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat itu, Sabah mempunyai bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar yang tertinggi iaitu 32,297, diikuti Terengganu (8,300), Perak (5,730), Sarawak (5,243) Kedah (4,938) dan Kelantan (3,550).

"Ketika perdana menteri memberikan statistik itu, Terengganu, Perak dan Kedah semuanya berada di bawah pemerintahan BN.

"Lebih buruk lagi, statistik itu juga menunjukkan BN sengaja membiarkan Sabah dan Sarawak mundur sedangkan rakyat Sabah dan Sarawaklah yang paling setia dengan BN," kata Idris.

Beliau walau bagaimanapun yakin rakyat di Bagan Pinang tidak akan terpengaruh dengan sikap bodoh sombong kedua-dua pemimpin itu.

SUMBER http://loveperak.blogspot.com/

MUHYIDDIN TARAK BACA

Semasa memandu ke tempat kerja pagi tadi, saya sempat mendengar berita radio jam 7.00 pagi. Yang menarik perhatian adalah berkaitan kenyataan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang berkempen di Bagan Pinang. Muhyiddin menasihatkan pengundi Bagan Pinang (N31) supaya tidak mengundi PAS (PR). Muhyiddin tidak mahu rakyat di Bagan Pinang jadi seperti rakyat Kelantan yang mana merupakan negeri termiskin di negara ini.

Muhyiddin yang telah banyak menipu rakyat negeri Johor semasa menjadi Menteri Besar kini cuba menipu rakyat Malaysia setelah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Mustahil sebagai TPM, beliau tidak pernah membaca laporan yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPU). Kalau buta hurufpun, beliau sebagai TPM sepatutnya mendapatkan maklumat dari pegawai-pegawai yang bertanggungjawab. Bukannya cakap ikut sedap mulutnya sahaja. Kalau jadi Perdana Menteri Malaysia lagi huru hara jadinya.

Ni nak bagitau Muhyiddin. Mengikut laporan UPU, kadar kemiskinan di Sabah ialah 23.0%, Terengganu 15.4% manakala di Kelantan ialah 10.6%. Muhyiddin juga kena tahu bahawa adalah menjadi kewajiban Kerajaan Persekutuan (yang pada ketika ini ditadbir oleh UMNO B-end) untuk membantu negeri-negeri di bawah Persekutuan Malaysia bagi membasmi kemiskinan dan membangunkan rakyat dan negerinya tanpa mengambilkira parti mana yang memerintah negeri-negeri berkenaan.

Jika Muhyiddin yang memegang jawatan TPM atau mana-mana pak menteri yang tidak mahu melaksanakan tanggungjawab menjaga rakyat atau negeri dalam Persekutuan Malaysia, sila maklumkan kepada rakyat supaya rakyat boleh buat keputusan yang betul.

Wahai Muhyiddin, kalau tak tahu baca, jangan pula menipu sebab mula-mula menipu lepas tu mencuri.