THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, May 8, 2011

UMNO -BN CUBA WUJUDKAN KETEGANGAN KAUM

Banyak pihak dari Pakatan Rakyat termasuk Ahli Parlimen, Jeff Ooi sendiri telah menafikan tuduhan bahawa terdapat perhimpunan oleh paderi-paderi yang mahu menukar agama rasmi negara dari agama Islam ke agama Kristian. Ianya bermula dari tuduhan yang dibuat dari blog pro UMNO-BN. Ia kemudiannya disiarkan oleh Utusan Malaysia. Pada malamnya pula, TV telah menyiarkan ulasan-ulasan dari pemimpin-pemimpin NGO serta parti politik UMNO-BN (termasuk menteri) yang seolah-olah mengiakan kejadian tersebut walaupun telah dinafikan oleh Jeff Ooi. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati orang melayu khususnya dan rakyat amnya. Ia juga boleh menyebabkan ketegangangan kaum. Oleh kerana berita yang dikeluarkan dan ulusan-ulasan dari media dan pemimpin tertentu boleh menimbulkan keadaan huru hara maka saya fikir media dan pemimpin yang terlibat mesti diambil tindakan mengikut undang-undang. Polis perlu juga menyiasat media atau orang yang mengeluarkan berita atau kenyataan yang tidak betul ini walaupun seorang menteri.

Dari Malaysiakini

Ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi membuat laporan polis ke atas akhbar Utusan Malaysia dan seorang penulis blog berhubung dakwaan “berniat jahat” melalui laporan yang mendakwa bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menukar agama rasmi negara.

Ooi yang juga anggota jawatankuasa pusat DAP mahu polis menyiasat Utusan Malaysia atas laporan bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?' yang menjadi tajuk utama akhbar berkenaan semalam.

Selain itu, laporan berkenaan juga dibuat berhubung laporan akhbar itu di halaman lima, bertajuk 'Dua halaman blog dedah ikrar paderi seluruh negara' dan 'Jeff Ooi nafi anjur majlis'.

Ooi berkata, tulisan tersebut membayangkan bahawa beliau telah menghadiri satu pertemuan bersama pemimpin agama Kristian pada Jumaat lalu di mana kumpulan berkenaan telah berdoa supaya Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri.

Laporan dalam Utusan Malaysia itu adalah berdasarkan tulisan di satu blog pro-Umno, Zakir Mohammed bertajuk 'Making Christianity the official religion' yang turut mendakwa bahawa Ooi telah menganjurkan pertemuan berkenaan.

Zakir dan seorang penulis blog yang tidak dikenali turut menyiarkan satu foto yang menunjukkan sekumpulan penganut agama sedang berdoa.

Bercakap dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini, Ooi menggesa Zakir dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf kepada semua penganut Krisitan dalam tempoh 24 jam atas dakwaan yang dilemparkan itu.

Ooi berkata, Utusan Malaysia juga telah menyimpulkan dalam laporan berkenaan bahawa DAP terlibat dalam satu tindakan berbahaya dan mendakwa parti itu membawa strategi politik cauvinis Cina ke tahap yang tinggi dan sensitif.

Ooi juga berkata, penulis blog berkenaan juga cuba untuk menimbulkan sentimen anti-Cina di kalangan orang Melayu walaupun tidak kesemua masyarakat Cina merupakan penganut Kristian.

0 comments: