THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, May 10, 2011

2020 = 20 SEN 20 SEN

Beberapa hari selepas minyak RON97 dinaikkan, maka Kerajaan UMNO BN sekali lagi "mendahulukan rakyat" apabila mengumumkan harga gula akan dinaikkan sebanyak 20 sen mulai hari ini. Ini bermakna harga baru gula sekilogram dipasaran menjadi RM2.30 berkuatkuasa 10 Mei 2011.

Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh kerajaan kenaikan itu akan menyebabkan kerajaan dapat berjimat sebanyak RM116.6 juta. Malah, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. "Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Paling mendukacitakan, seperti biasa apabila isu kenaikan harga barangan berbunyi maka jawapan yang sama akan diumumkan. Jika minyak naik, harga minyak di negara kita lebih murah dari negara luar. Jika harga gas naik, ia lebih murah dari negara luar. Begitulah juga bila harga gula naik, sama juga jawapannya adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Itulah perbandingan yang dibuat oleh Kerajaan UMNO-BN sejak sekian lama. Alasan yang sama dimainkan oleh mereka untuk mengaburi mata rakyat. Apakah mereka fikir rakyat terlalu bodoh untuk dipermainkan sedemikian rupa?. Maka itulah, rakyat perlu bangkit berjuang untuk meneruskan agenda perubahan. Kerajaan BN @ Barang Naik ini perlu diturunkan segera secara terhormat pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Pastikan perubahan ini jika tidak mahu mereka terus diperkotak-katikkan.

0 comments: