THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, March 13, 2010

SUMPAH EZAM DI HULU KELANG

KALI ini di Hulu Kelang, Ahad lepas maka bergema lagi `sumpah' mamat Ezam raja sesumpah @ raja kotak. Sumpahnya kali ini pelik sedikit, beliau bersumpah serta mohon maaf kerana dahulu beliau tidak tahu perangai DS Anwar, sebab itu beliau mati-matian sokong DS Anwar apabila DS Anwar difitnah liwat kali pertama. Melucukan kata-kata mamat Ezam raja sesumpah ini, kadangkala dia berkata dia lah yang lebih kenal rapat DS Anwar kerana bekerja lama dengan Ketua Pembangkang itu, tiba-tiba kali ini dia minta maaf pula tidak tahu perangai DS Anwar.

Putar belit, sumpah termasuk sumpah seranah memang kerja si mamat raja kotak ini semenjak berada dalam kotak Umno. Sebelum itu seorang lagi bekas orang kuat DS Anwar di dalam ceramahnya pada malam yang sama bercerita pula pasal katil YB Azmin Ali. Kununnya katil YB Azmin terlalu mahal dan beliau mempunyai resit harga katil tersebut. Itulah standard hujah kedua-dua pencacai Umno yang telah ditolak oleh rakyat itu. Semuanya bercerita tanpa seorang pun berani tampil membuat laporan Polis sekiranya DS Anwar atau Azmin pernah melakukan rasuah atau kaya raya hasil dari penyelewengan. Cuma sebut ada resit, buat apa simpan saja? Kenapa tidak tunjuk saja resit beli katil oleh YB Azmin itu kepada SPRM? Tidak berani bukan? Kenapa tidak berani?
.
Begitu jugalah dengan mamat Ezam yang suatu ketika dahulu pernah bercerita pasal pasu bunga rumah Najib yang terlalu mahal. Mamat ini juga pernah bertanya," Cuba tunjukkan pada saya siapa yang masuk Umno kerana ikhlas? " Mamat ini juga pernah berjanji (sumpah?) tidak akan sertai Umno sewaktu beliau berada di dalam Gerak. Cuba lihat klip video yang saya sentiasa kekalkan di dalam blog saya ini. Seperti kebiasaan, Ezam membuat tuduhan kepada DS Anwar dan DS Wan Azizah kemudian minta kedua-dua orang yang dituduhnya itu menyamannya. Ezam raja sesumpah ini sangka DS Anwar dan DS Wan Azizah ini bodoh sangat hendak melayan mamat pencacai sepertinya? Bukan standard DS Anwar atau DS Wan Azizah untuk melayan mamat kotak ini. Jika Ezam betul-betul ada bukti, buat apa tunggu mereka saman kamu, lebih baik kamu buat laporan Polis atau SPRM sahaja. Bukan mamat kotak ini tidak biasa berkunjung ke Balai Polis. Mamat Ezam boleh lah cari kotak baru yang lain untuk kumpul segala bukti salah laku DS Anwar dan DS Wan Azizah. Apa masalah?

Setelah puas mengata DS Anwar, di dalam ceramah malam itu juga mamat Ezam ini mempertikaikan Tok Guru Nik Aziz kerana menyokong DS Anwar. Adakah Ezam mahu Tok Guru sokong Saiful yang telah menahan berak dua hari itu? Jangan letakkan maruah Tok Guru seperti kamu wahai Ezam. Maruah kamu jauh di bawah tapak kaki kami yang sentiasa berjuang untuk keadilan dan kebenaran bukan kerana kesenangan dunia yang sementara ini. Ezam kotak bertanya adakah Tok Guru tahu DS Anwar tidak bersalah? Kita juga ingin bertanya adakah Ezam juga tahu Saiful yang mohon biasiswa kepada Najib itu betul? Oleh kerana masing-masing tidak tahu siapa betul atau salah, maka Islam mengajar kes liwat ini sepatutnya di bawa ke mahkamah Syariah mengikut Hukum Islam. Siapa sekarang yang bawa kes ini ke Mahkamah Syariah? Mengapa kes Qazaf masih tertangguh? Siapa yang bawa kes ini ke mahkamah sivil? Parti mana yang tolak hukum Islam dilaksanakan? Parti Tok Guru Nik Aziz kah atau parti yang baru Ezam sembah itu?

Mamat raja sesumpah ini juga mengungkit bahawa Pak Lah sebenarnya berjasa membebaskan DS Anwar. Berjasa apa ? Setelah kita zalimi dia dengan lebam-lebam biji mata, penjarakan dia kemudian kita bebaskan dia, kita kata kita berjasa? Yang berjasa sebenarnya adalah rakyat yang menyokong keadilan termasuklah yang sentiasa menyokong dan membantu isteri Ezam sewaktu Ezam dipenjarakan. Tidak terfikirkah Ezam semua itu? Betapa hati telah buta akibat memandang kemewahan dunia. Ezam berkata beliau akan `round 1 Malaysia' untuk menentang DS Anwar. Apakah beliau ingat DS Anwar bimbang dengannya? Saya lagi bersyukur jika Ezam setiap saat berkempen untuk Umno kerana sejarah telah membuktikan apabila Ezam berkempen pasti akan membawa `bencana' pada Umno. Keputusan beberapa Pilihanraya Kecil sebelum ini telah membuktikannya.

Kisah Ezam raja sesumpah beserta beberapa orang pencacai yang menyembah Umno ini boleh lah kita jadikan pengajaran kepada pejuang-pejuang muda di dalam PR. Lihatlah betapa hinanya mereka kini setelah bermazhabkan Umno. Sekali lagi kita cabar Ezam atau sesiapa sahaja dari golongan pencacai ini yang punyai bukti atas apa jua salah laku pimpinan PR, tampil buat laporan ke pihak berkuasa bukan semata-mata berkata berdegar-degar. Jika setakat berkata itu dan ini, sama juga lah dengan mendengar berita dari TV 3 suku atau Utusan Meloya.

SUMBER http://www.mindarakyat.com/

0 comments: