THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Monday, May 17, 2010

LOWER OR HIGHER VOTER TURNOUT

Most news reports are talking about a lower voter turnout in Sibu. But actually, the turnout was higher than 2008.

In 2008, the turnout was 67 per cent. But this time around, 70 percent (or more accurately 69 per cent) of voters cast their ballots.

The confusion arose when the Election Commission announced the turnout at 59.86 per cent soon after polling centres closed at 5.00pm. That caught me by surprise as I was expecting a 65-70 per cent turnout based on the estimated figures reported at around 3.00pm.

How could the Election Commission get it so wrong – they were out by an incredible 10 per cent! It was only a couple of hours later that they sent an SMS to Malaysiakini, correcting their earlier figure.

Again, that doesn’t help their credibility.

SUMBER http://anilnetto.com/

Sunday, May 9, 2010

OH MAGARAN DI MANA KAU?

Beberapa hari lepas kita telah menyaksikan sekurang-kurangnya seramai 20 ahli NGO yang menganggotai Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya, bagi membantah kenyataan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berhubung titah Sultan Selangor.

Mereka telah mendakwa Zaid seolah-olah memperleceh dan mempersendakan titah Sultan Selangor supaya rakyat tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik.

Mereka turut mendesak Zaid supaya meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

Penasihat undang-undang pertubuhan berkenaan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mengetuai perhimpunan selama 15 minit itu turut membaca kandungan memorandum itu sebelum menyerahkannya kepada seorang wakil PKR.

Mohd Khairul Azam juga mendakwa, Zaid tidak memahami perlembagaan kerana menyifatkan pendirian sultan itu sebagai pandangan peribadi.

Tegasnya, Jadual 8, Perkara 71 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa seseorang raja berhak bertindak mengikut budi bicara sendiri tanpa perlu merujuk kepada majlis agama atau majlis kerajaan negeri.

Kalau Zaid Ibrahim dituduh penderhaka kepada Sultan Selangor kerana didakwa oleh Magaran memperleceh dan mempersendakan titah Sultan Selangor bagimana pula dengan Rosmah yang jelas menderhaka kepada kepada DYMM Raja Permaisuri Agong dengan menggangap dirinya adalah Wanita Pertama Malaysia.

Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain.

Dengan menerima dan menggangap dirinya sebagai wanita Pertama Malaysia sebagaimana yang disiarkan di iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times.

Jika Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) telah melakukan demo kerana mendakwa Zaid adalah Penderhaka kepada Sultan Selangor kenapa takut pula untuk mengadakan demo mendesak Rosmah meminta maaf kepada DYMM Raja Permaisuri Agong..

Buktikan bahawa Magaran itu bukanlah Barua atau kuda tunggangan UMNO.


SUMBER http://darisungaiderhaka.blogspot.com/


PENGKHIANAT RAJA

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..


Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini.
* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

* Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan d...arurat dikurangkan

* Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.

* Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.

* Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

* Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda
sebagai "Binatang" diarak dalam demontrasi itu.

* Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.
SUMBER http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

SIBU - DAP (PR) 40 DAN BN (SUPP) 60

Pilihanraya kecil Sibu, Sarawak menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila calon bebas, Narawi Haron masuk gelanggang pertembungan antara calon SUPP-BN, Robert Lau Hui Yew dengan calon DAP-PR, Richard Wong Ho Leng. Sementara BN menyatakan tekadnya untuk melanjutkan kemenangan PRK Hulu Selangor ke Malaysia Timur, calon PR pula menonjolkan isu banteras rasuah sebagai agendanya, sekiranya diberi mandat untuk masuk ke Dewan Rakyat.

Ketua ahli parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini meramalkan peluang kemenangan DAP-PR dalam nisbah 4:6, berbanding BN. Beliau mengakui PRK Sibu adalah pertarungan yang sengit, namun tetap yakin bahawa pengundi Sibu akan memilih perubahan, lantas mencipta keajaiban setelah tujuh hari berkempen.

Malah, Lim Kit Siang menekankan bahawa PRK Sibu bakal membawa perubahan kepada Sibu, Sarawak dan kerajaan persekutuan. "Oleh sebab BN akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerusi ini. Jadi, sekiranya kemenangan memihak kepada DAP, maka dalam tempoh 12 hingga 18 bulan yang akan datang, kita akan menyaksikan perubahan yang tidak pernah berlaku."

Biarpun menyifatkan calon SUPP-BN, Robert Lau Hui Yew sebagai "gentleman" yang berhemah, namun Lim Kit Siang sempat mencuit calon BN ini sebagai "mangsa dasar BN", apabila menyindir Robert Lau tidak yakin dengan sekolah di bawah sistem kerajaan, kerana menghantar anaknya ke Sekolah Antarabangsa Sibu.

Rasuah, banjir, infrastruktur

Richard Wong Ho Leng yang bertanding di Sibu untuk kali keempat, jugalah ADUN Bukit Assek di dalam kawasan parlimen Lanang. Beliau enggan mengulas kemungkinan beliau tewas untuk kali keempat di Sibu, sambil menyatakan bahawa beliau yakin tuah akan memihak kepadanya kali ini.

Richard Wong Ho Leng mempertikaikan sejauh manakah BN menyelesaikan masalah banjir di Sibu, setelah 24 tahun memegang kerusi ini. "Banjir melanda setiap tahun. RM227 juta diperuntukkan kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir, tetapi berapakah yang benar-benar digunakan dalam menyelesaikan masalah banjir?"

Richard Wong Ho Leng berjanji bahawa isu rasuah akan dibawanya ke dalam Dewan Rakyat, seandainya diberi mandat oleh pengundi Sibu. Beliau menuding kepada masalah rasuah yang menyebabkan kemiskinan negeri Sarawak, sehingga infrastruktur yang terdapat di negeri keempat miskin ini masih ketinggalan. Keadaan jalan yang teruk, tiada bekalan air dan elektrik sehingga banyak rumah panjang yang menjana elektrik dengan genarator. "Kami minum sky juice yang sebenar," sindirnya apabila menggambarkan kehidupan sesetengah kampung orang asli yang masih bergantung kepada air hujan sebagai minuman.

Warisan mendiang Robert Lau Hoi Chew

66.7% daripada jumlah pengundi Sibu berketurunan Cina. PR menyasarkan sokongan 75% daripada masyarakat Cina untuk memenangi PRK ini. Namun, ia semestinya bukan tugas yang mudah apabila SUPP kini mengambil pendekatan "jadikan kemenangan BN sebagai penghargaan kepada mendiang Robert Lau Hoi Chew" untuk menarik undi komuniti Cina.

Mendiang Robert Lau Hoi Chew dikatakan meninggalkan kata-kata akhir agar Robert Lau Hui Yew mewarisi kerusinya di Sibu. Walaupun SUPP berjaya mempertahankan kerusi ini semasa PRU ke-12, tetapi kemenangan tersebut kurang manis apabila kehilangan sebahagian sokongan daripada masyarakat Cina.

Presiden SUPP George Chan Hong berharap agar BN mampu mengembalikan sokongan masyarakat Cina, dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia dalam PRK Sibu ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Yassin pula mengharapkan BN berjaya melanjutkan kemenangan dari Semenanjung Malaysia ke Sibu, untuk membuktikan bahawa semua kaum menyokong BN. Beliau mengakui bahawa setiap PRK penting kepada BN untuk menguji sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap polisi kerajaan.

500 PR vs 3000 BN

BN jelas menguasai gelanggang pada hari penamaan calon apabila berjaya mengerah kira-kira 3000 penyokong, berbanding dengan hampir 500 orang dari pihak PR. PRK ke-11 setelah PRU ke-12 ini diadakan apabila penyandangnya, Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia pada 9 April. Daripada 10 PRK yang berlangsung sebelum ini, BN memenangi 3 daripadanya, termasuk DUN Batang Ai (7 April 2009), DUN Bagan Pinang (11 Oktober 2009) dan parlimen Hulu Selangor (25 April 2010).

Terdapat 54,695 orang pengundi mendaftar, termasuk 2,537 pengundi pos di kawasan pengundian Sibu. 36,389 (66.7%) daripadanya adalah pengundi Cina, sementara Iban dan Melanau membawa jumlah 12,050 (22.1%), 5,740 (10.5%) orang Melayu, 54 orang India (0.01%) dan kaum yang lain, 289 orang (0.53%).

PRU ke-12 pada tahun 2008 menyaksikan pertandingan tiga penjuru, yang berakhir dengan kemenangan kepada Robert Lau Hoi Chew (19,138 undi), dengan majoriti 3,235 undi. Richard Wong Ho Leng dari DAP mendapat 15,903 undi dan Lim Chin Chuang dari PKR (812 undi). Kadar pengundian mencatat 67.77%, dengan 526 undi rosak.

SUMBER http://merdekareview.com/

ROSMAH DERHAKA LAGI

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka.

“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”.

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”.

Zuraidah berkata sikap Rosmah yang kerap mengganggap dirinya sebagai “The First Lady” bukan sahaja dilihat sesuatu yang tidak sopan tetapi menunjukan beliau seolah-olah cuba membelakangi Istitusi Diraja.

“Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.

“Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara,” katanya lagi.

Rosmah juga didesak supaya tidak lagi menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada.

SUMBER http://www.malaysiakini.com/

Saturday, May 8, 2010

IBAN AKAN HILANG HAK KE ATAS TANAH ADAT JIKA SOKONG BN

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Daniel Tajem memberi amaran kepada masyarakat Iban mereka akan kehilangan hak tanah adat jika mereka terus memilih calon gabungan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Ramai orang Iban di tempat lain di Sarawak telah kehilangan tanah mereka akan berterusan hilang jika BN terus memerintah Sarawak," kata Tajem yang kini Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Beliau berkata, “di Balai Ringin kita telah hilang tanah kita, apabila empat syarikat yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membina kilang minyak sawit.

“Sebanyak 741,000 hektar tanah adat telah digunakan", katanya sambil menambah pemilik tanah membantah tetapi tidak diendahkan," katanya.

Beliau dan pemilik tanah telah menulis surat kepada Umno supaya campur tangan dan menghentikan kerajaan negeri dari mengambil tanah rakyat.

Tajem berkata: “Hanya tanah aset kita. Dan jika kita hilang tanah, kita kehilangan semuanya. Kita akan menjadi orang yang tidak bertanah. Kita tidak tahu ke mana hendak pergi kecuali menjadi pelarian dan tidur di bawah jambatan.

“Orang tidak bertanah tidur di bawah jambatan pandangan biasa di negara lain. Dan apa akan terjadi kepada kita jika kita tidak menukar kerajaan negeri," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR bahagian Sri Aman, bulan lalu.

“Kita tidak mahu menukar Taib Mahmud, apa yang kita mesti tukar ialah kerajaan negeri. Jadi kita mesti bersatu dan bekerja kuat untuk menukar kerajaan dan hanya dengan itu kita boleh menyediakan program pembangunan baru," katanya.

Tajem berkata, Pakatan Rakyat mesti bercita-cita memenangi sekurang-kurangnya 36 kerusi dari 71 kerusi untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri.

“Meskipun menang kerajaan negeri sendirian, ia masih tidak mencukupi. Pakatan Rakyat juga mesti mengambilalih dan mengawal kerajaan persekutuan.

“Lihat bagaimana kerajaan persekutuan mengambil kerajaan negeri Perak dari Pakatan selepas parti memenangi pilihanraya.

“Sama seperti yang terjadi kepada kerajaan Stephen Kalong Ningkan pada akhir 1966, apabila beliau tidak setuju pegawai di Sarawak digantikan dengan pegawai dari Malaya.

“Apabila Ningkan enggan letak jawatan, kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di Sarawak. Kemudan kerajaan persekutuan meminda perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada gabenor untuk menyingkirkan Ningkan dari jawatan ketua menteri," kata Tajem.

“Ertinya, ia sangat penting kerajaan persekutuan dikawal oleh Pakatan Rakyat," tambahnya.

– The Broken Shield

Sumber http://freemalaysiatoday.com/

Thursday, May 6, 2010

ANWAR ANTI TAPI UMNO-BN PRO YAHUDI

Artikel ‘Anwar khianati kawan’ oleh Bernama disiarkan dibeberapa media milik BN dengan harapan dapat membongkar penglibatan Anwar dengan kumpulan pelobi Yahudi.

Namun selepas membaca artikel ini saya melihat misi media pro-BN gagal kerana dalam artikel berkenaan, mereka secara langsung membebaskan Anwar dari dakwaan pro-Yahudi dan kecaman hebat Rachel Motte dari akhbar Intenet The New Ledger telah melonjakan imej Anwar di dunia Islam kerana berjaya memperkudakan agen-agen Yahudi yang selama ini menganggap Anwar rakan mereka.

Anwar hanya mengunakan mereka untuk mencari maklumat tentang apa yang Kerajaan BN buat sekarang. Jelas kini, pembelaan akhbar ‘The New Ledger’ ini terhadap APCO telah menunjukan bahawa siapakah rakan Yahudi-Israel yang sebenarnya. BN bermati-matian mengaitkan hubungan Anwar dengan pelobi Yahudi-Wolfowitz dan Al-Gore, namun akhirnya mereka gigit jari kerana Anwar nekad untuk menyerang Yahudi balik termasuklah mereka yang bekerjasama dengan kumpulan Yahudi ini iaitu BN.

Isu Apco menjadikan Anwar sebagai musuh baru dunia Yahudi, dimana kerana isu ini identiti Anwar yang selama ini dianggap pro-Yahudi terbongkar.

Beliau hanya mengambil peluang dan mempermainkan kumpulan-kumpulan dan individu Yahudi yang berpengaruh ini. Barat begitu hebat mengecamnya kerana serang Kerajaan BN-APCO.

Nampaknya BN yang tidak dapat menjawab isu APCO terpaksa mengunakan artikel pelobi Yahudi Amerika ini untuk serang Anwar. Mereka guna Yahudi kedua pula. Yang pasti rakyat kena tahu sekarang, siapakah kawan sejati Yahudi kini.

Pelobi Yahudi sudah istihar Anwar sebagai musuh mereka dan BN sebagai kawan mereka. Itu sudah cukup untuk memberitahu kita siapa kawan sejati Yahudi di Malaysia… BN-UMNO-APCO-Yahudi… susah sangat ker nak faham.

Mungkin kena panggil Rachel Motte atau Benjamin Netanyahu untuk peluk Najib dan umumkan BN lah wakil mereka di Malaysia baru rakyat akan faham.

SUMDER http://kedahlanie.blogspot.com/

KOS MAJLIS DI PERAK BERNILAI RM1 JUTA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup bimbang dengan pendedahan yang di buat oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) berhubung laporan bahawa agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis setelah siasatan yang dijalankan tahun lepas oleh PAC baru-baru ini.

DPPN Pk amat menyokong penuh pendedah tersebut atas sifat menyelamatkan wang rakyat supaya ianya disalurkan bagi tujuan rakyat dan bukannya menguruskan perasmian majlis agensi atau jabatan kerajaan semata-mata. DPPN Pk tidak mengetahui motif sebenar pendedahan Datuk Seri Raja Ahmad yang banyak menimbulkan persoalan-persoalan setelah komen yang di buat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam.

DPPN Pk difahamkan bahawa semua majlis perasmian agensi atau jabatan kerajaan tersebut sudah semestinya yang di hadiri sendiri oleh Datuk Seri Zambry. Ini bermakna terlalu banyak perasmian majlis diadakan pada tahun lepas yang di hadiri oleh Datuk Seri Zambry yang menyebabkan kos majlis meningkat sepertimana yang didedahkan. Datuk Seri Raja Ahmad seolah-oleh memberikan gambaran buruk krebiliti Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini.

DPPN Pk menjangkakan bahawa Datuk Seri Raja Ahmad tidak mungkin akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri malah Pengerusi PAC mungkin akan ditukar. DPPN Pk bukan ingin mencampuri urusan Barisan Nasional (BN) tetapi jika Datuk Seri Raja Ahmad yang sanggup kehilangan jawatan-jawatan penting di atas mendedahkan pembaziran wang rakyat adalah seorang yang berintegriti walaupun Datuk Seri Zambry dan media memahami sikap sebenarnya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Saturday, April 24, 2010

BERSANDAR PADA PAKATAN RAKYAT

Biar apa pun yang terjadi, pengundi-pengundi Hulu Selangor diberi tanggungjawab untuk memilih wakil mereka di Parlimen Malaysia. Mereka dihadapkan dengan dua orang calon, iaitu Zaid Ibrahim dari PKR dan Kamalanathan (Kamal + Alan + Nathan = 1 Malaysia) dari BN.

Mereka juga telah mendengar kempen kedua-dua pihak. Calon BN datang dari sebuah parti perkauman yang ditolak dalam PRU Ke-12 kerana gagal membantu kaum India yang mereka wakili. Oleh sebab itu, Najib menaja parti orang India yang baru, iaitu Malaysia Makkal Sakthi Party (MMSP). Namun, parti baru ini pun berdepan dengan pelbagai masalah sejak ditubuhkan.

Calon BN bukanlah seorang yang berwibawa. Dia juga tiada pengalaman dan masih mentah dalam sepak terajang politik. Pengundi-pengundi perlu mengambil kira faktor ini supaya tidak salah pilih. Dengan memilih calon BN, anda akan turut menyokong parti yang mensabotaj keselamatan negara melalui persekongkolan mereka dengan Yahudi yang berpegang kepada ideologi Zionis. Ideologi ini meletakkan umat Islam setaraf dengan binatang yang boleh diperkotak-katikkan pada bila-bila masa.

Majoriti pengundi Hulu Selangor terdiri daripada orang Islam. Anda sudah diberitahu tentang sikap UMNO yang menolak Islam sebagai dasar perjuangan. Mereka melaksanakan Islam secara berpilih-pilih. Ketika kuasa berada dalam tangan mereka, mereka hanya mengkayakan dua tiga kerat kroni melalui dasar-dasar ekonomi yang kononnya untuk mensejahterakan orang Melayu.

Orang Melayu masih ketinggalan dalam serba-serbi. Kini mereka melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang memadamkan kuota kaum. Ini bermakna, orang Melayu tidak lagi diberi prioriti. Dalam ketempangan itu, orang Melayu terpaksa bersaing dengan kaum-kaum lain yang lebih ke hadapan dalam pelbagai bidang. Orang Melayu yang tinggi kadar kemiskinannya. Orang Melayu yang terus menghuni kawasan luar bandar yang tiada kemudahan canggih terpaksa berdepan dengan cabaran di gelanggang yang tidak rata.

Anda tentu dapat memikirkan apa yang akan berlaku dalam situasi itu. Mengapa mesti bersetuju dengannya jika kita ada pilihan lain. Pakatan Rakyat memperjuangkan kepentingan semua kaum di Malaysia. Mereka menolak sekeras-kerasnya unsur perkauman. Mereka mahu merakyatkan kemakmuran negara. Mereka mahu memberi hak kepada semua kaum di negara ini berteraskan apa-apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Tiada sesiapa di negara ini akan disisihkan menurut dasar tersebut.

Mereka mengemukakan wakil yang sudah lulus ujian. Dia seorang yang berprinsip. Dia seorang yang berhemah tinggi. Dia telah membuktikan kepada anda bahawa dia bukan seorang yang hipokrit. Inilah kualiti kepimpinan yang kita semua mahukan. Oleh sebab itu, pilihlah dia demi masa depan yang cerah.

Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.

Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.

Sehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.

Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.

Mursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.

Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi.

Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.

Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.

Keputusan kajian yang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan pula mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.

Ia akan menjadi menarik bagaimana keputusan malam terakhir hari ini sebelum pembuangan undi samada dapat memberi gambaran jelas siapa mendahului.

Zentrum yang diketuai pengasas dan presidennya Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.

Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah yang kini dikatan memberi kesan.

Zentrum berharap kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan corak pengundian pada masa depan.

Pemuda sokong Pakatan


Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

Namun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus.

Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.

Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.

Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.

Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.

Peranan media baru

Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:

• pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh,
• pengaruh media baru dan tradisional,
• pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,
• pengaruh budaya dalam isu agama.

Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka.

JANGAN MAKAN JANJI UMNO-BN

Pelbagai janji manis ditabur Barisan Nasional (BN) sejak bermulanya kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 17 April lalu tetapi belum tentu dapat dinikmati rakyat terutama pengundi di Hulu Selangor selepas mereka membuang undi esok.

Semuanya ibarat ‘menanam tebu di bibir mulut’ yang hanya bertujuan meraih undi dan memenangkan calon mereka.

Memang itulah sikap BN yang menjijik dan memuakkan rakyat seperti yang dilakukan pada setiap kali pilihan raya kecil.

BN dengan pelbagai jentera daripada agensi kerajaan menjanjikan beberapa projek termasuk pembinaan sekolah baru, tembatan banjir, perumahan kepada peneroka, bantuan baiki rumah, baik pulih masjid, bantuan kepada peneroka Felda yang ingin jadi usahawan dan peruntukan tambahan untuk baiki bumbung rumah pangsa.

Pakatan Rakyat hanya menawarkan apa yang mampu dilaksanakan seperti memberi bantuan pelajaran kepada anak keluarga miskin, hak milik tanah, pengecualian cukai pintu serta air percuma kepada penduduk.

Dalam masa dua tahun memrintah, rakyat Selangor sudah menikmati kemudahan dan bantuan disediakan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, termasuk elektrik percuma, air percuma dan bantuan khairat kematian RM2,500 kepada semua kaum dan lain-lain.

Ketika inilah kalau nak lihat muka bapak menteri dan pemimpin bertemu rakyat, selepas mereka menang atau kalah pilihan raya nanti, bayang mereka pun tidak nampak sampai ke pilihan raya akan datang.

Sekarang ini mereka ambil kesempatan buat sibuk meninjau pelbagai masalah rakyat dan melawat setiap ceruk rumah penduduk untuk menggambar mereka prihatin dengan masalah rakyat.

Kalaulah mereka benar-benar jujur untuk membela nasib rakyat, dalam masa berpuluh tahun memerintah takkan sampai sekarang nasib rakyat masih tidak terbela.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri sudah mengakui kesilapan BN sehingga parti itu dihukum rakyat pada pilihan raya umum lalu menyebabkan mereka negeri dikuasai Pakatan Rakyat.

Hishammuddin sekarang ini merayu kepada pengundi Hulu Selangor supaya sekali lagi memberi peluang kepada BN membaiki kesilapan lalu.

Takkanlah begitu mudah rakyat di Hulu Selangor boleh melupakan kesilapan lalu yang dilakukan BN.

Ada baiknya pengundi di Hulu Selangor memberi peluang kepada calon PKR yang mewakili Pakatan rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membela nasib mereka daripada mengharap BN seperti ‘menunggu buah tidak luruh’.

BN ini boleh dikatakan ‘cakap tidak serupa bikin’. Mereka sebenarnya menzalimi rakyat apabila menafikan hak royalti minyak kepada Kelantan dan sebelum ini Terengganu ketika diperintah PAS.

Bagi meyakinkan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kononnya menugaskan Datuk Seri Noh Omar mengawasi semua janji itu ditunaikan.

SUMBER http://www.harakahdaily.net/

Sunday, April 18, 2010

EN KAMAL AKAN JAGA KETUANAN MELAYU DI HULU SELANGOR

Seperti biasa, bila berlalunya suatu Pilihanraya Kecil atau Umum, dan UMNO tersungkur, kerana rakyat tidak lagi mengundi mereka, yakni UMNO/BN dan sewaktu dengannya kalah lagi ke tangan calon Pakatan Rakyat, dan InsyaAllah pula di P094, Hulu Selangor, kekalahan kian diambang, maka gendang tentang Ketuanan Melayu, Perpaduan Melayu, Melayu hilang kuasa politik dan sebagainya akan deras dipalu ke telinga rakyat khususnya melayu. Dan lumrahnya begitu.

Macamlah tanpa Umno, melayu akan pupus. Akan kental-lah fitnah, dan segala tohmahan sebagai pengkhianat bangsa dan negara dihamburkan tanpa sebarang asas dan bukti. Pakatan Rakyat digambarkan oleh media yang dikongkong seolah-seolah retak menunggu belah. Namun apa yang terjadi sebaliknya.

Merujuk kepada calon MIC yang diremotekan oleh UMNO di Hulu Selangor, kelangsungan memperlecehkan melayu Hulu Selangor diteruskan oleh tok-tok dalang wayang UMNO supaya memberi undi kepada En. Kamal, calon UMNO(MIC)/BN. Bukankah majoriti pengundi Hulu Selangor terdiri dari melayu ?

Maka orang-orang Melayu yang sekapal dengan pencacai-pencacai Umno yg wak anugerahkan anugerah 'jamban' tahun lalu, pasti keras dan terus 'piang' menjadi penyokong dan pendokong UMNO sejati atas kejahilan dan kedangkalan minda hasil dari proses pembodohan anjuran UMNO zaman berzaman. Percaya dan menyakini dengan kepercayaan ditahap bersungguh-sungguh bahawa Melayu hanya boleh terus hidup makmur dengan hidupnya UMNO. Jika jahanam UMNO maka jahanam jugalah bangsa Melayu dan begitulah sebaliknya. Itulah retorik Umno memperlecehkan pemikiran melayu.

Kerana itulah Umno sanggup memberi jawatan timbalan menteri dan senator kepada MIC, supaya calon 'remote'nya dapat dicalonkan, seterusnya membawa agenda Umno jika menang, itu jika menang...yang jelas..kalah itu dalam gengaman. Machaa..! Kita kunci mulut Samy, Palanivel juga yang sedap makan tosey hari-hari ! Mugilan..terus boleh sambung main guli lepas ni !

Selepas Pilihanraya ke-12 yang lalu, lihatlah betapa di setiap PRK yang diadakan, apa yang terjadi kepada Umno di Semananjung? Mereka gagal dan terus gagal memenangi hati pengundi untuk mengundi calon mereka. Prestasi mereka sudah memasuki tahap parah, separahnya Umno dijahanamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz tahun lalu.

Apabila Umno melihat prestasinya yang kian teruk, maka seperti biasa suara perkauman Melayu pun dimainkan oleh Umno. Isu ini akan dikumandangkan semula di Hulu Selangor yang majoritinya melayu. Soal ISA yg harus didokongi dan dipertahankan atas nama melayu di'juang' baik oleh mereka, kepada mereka yg menolak ISA minta dimansuhkan, otomatis dilabel sebagai 'pengkhianat'.

Itulah gula-gula Umno yang terus dikunyah oleh rakyat. Mungkin untuk menarik balik sokongan kepada 100% melayu kepada Umno dan mencari kemenangan kepada calon remote Umno (baca :En. Kamal, calon BN yang dikosmetikkan membawa wajah UMNO), maka tidak mustahil permulaan proses pembodohan Melayu anjuran Umno ini atas tajuk mengembalikan ketuanan, perpaduan dan politik Melayu akan dipekik lantang di PRK Hulu Selangor oleh gurkha-gurkha politik mereka. Jangan bimbang, melayu Hulu Selangor sudah ada ' Encik Kamal' yang pasti akan menjaga ketuanan melayu'. Gula-gula lagi. Bila mereka ber'drama', kandungannya telah dapat dihidu dan mudah di baca. Kepada gurkha-gurkha, tidak semua melayu boleh dilecehkan dan gemar kunyah 'gula-gula'.

Contoh termudah boleh kita dapati dan kita dengar dari dan pendirian ahli-ahli Umno atau individu non-partisan tetapi mengundi Umno/BN, dan apabila diutarakan pandangan umum tentang suasana politik dan ekonomi tempatan mahupun nasional, sikap dan pandangan mereka ini pada hakikatnya telah termaktub dalam silibus dan kurikulum bersepadu Umno ; warisan penjajah iaitu (divide and rule) yang berorientasikan kejahilan dan kebodohan sehingga menghasilkan spesis manusia bodoh sombong.

Jawapan mereka mudah dan dangkal, segala harta kerajaan diyakininya sebagia Umno yang punya. Kekayaan negara juga kekayaan Umno yang punya. Balai Raya Umno yang punya. Masjid dan surau Umno yang punya. Jalanraya Umno yang punya. Duit kerajaan Umno yang punya. Malaysia ini pun Umno yang punya, segala-galanya dari dunia sampailah akhirat jawapannya Umno yang punya. Mahukan pembangunan mesti dengan Umno. Mahukan kekayaan mesti melalui Umno. Mahu kemiskinan dihapuskan mesti dengan Umno. Mahukan keamanan mesti juga dengan Umno. Mahu kestabilan mesti dengan UMNO, yang baik dari UMNO dan yang buruk adalah datang dari selain UMNO. Tiada ada yang betul melainkan UMNO sahaja, yang lain tiada lain melainkan salah salah salah dan salah belaka. UMNO UMNO UMNO...sahaja melayu mesti pilih. Yeenadey !!

Seterusnya dengan beralasan bahawa yang memerintah penuh 'bagus' selama ini hanya UMNO sahaja, selain UMNO, jangan harap..tiada bukti akan dapat dicapai, sekiranya ada pihak lain membuat tawaran kebajikan yang lebih baik dan pembangunan yang lebih seimbang dari UMNO, maka UMNO akan mengeluarkan jawapan baru bahawa, pihak yang lain-lain itu hanya membuat janji kosong sahaja atau syok-syok sendiri saja.

Secara halusisasinya, (ada ker perkataan ni, belasah ajerlah..) UMNO membawa umat Melayu percaya bahawa kerajaan dan UMNO tiada boleh dipisahkan. Justeru kotak pemikiran graduan lulusan fakulti pengajian UMNO akan terus berpendapat bahawa barang siapa menentang UMNO sedang ia bekerja makan gaji dengan kerajaan, maka orang itu bolehlah disifatkan sebagai pengkhianat kepada kerajaan.

Seolah-olah pendapatan hasil dari pekerjaannya itu sebagai haram kerana duit gaji dari kerajaan dikira duit UMNO dan BN. Orang itu juga dikira tidak mengenang budi kerajaan kerana menolak kerajaan. Banyak lagi silibus yang dicipta oleh UMNO untuk memastikan umat Melayu terus dikongkong minda dan fikirannya. Terlalu banyak kejahilan untuk diceritakan, cukuplah dahulu sekadar ini sebagai mukadimah untuk Hulu Selangor.

SUMBER http://bagindareformasi.blogspot.com/

AUTA-AUTA UMNO

Berikut adalah kompilasi auta-auta UMNO kepada rakyat yang saya kumpulkan selama ini. Auta-auta didapati hasil dari interaksi saya dengan aktivis-aktivis UMNO serta pemimpin mereka dan juga pengalaman individu individu yang diceritakan kepada saya.Antaranya ialah
  1. UMNO sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini. Tanpa UMNO British tidak akan memberi kemerdekaan kepada negara ini.
  2. Pemimpin pemimpin UMNO telah berkorban segala-galanya termasuk wang ringgit demi kemerdekaan negara. Malahan Tunku Abdul Rahman terpaksa berkongsi katil dengan Tun H S Lee di hotel kat London sebab tiada wang untuk sewa bilik berasingan.
  3. Siapa yang membekalkan api dan air kepada rakyat kalau bukan UMNO? Pembangkang mana boleh buat semua tu. Hanya UMNO yang mampu buat semua tu.
  4. UMNO adalah berpengalaman memerintah negara ini. Jadi menteri-menterinya tak payah susah susah belajar nak mentadbir negara. Kalau parti pembangkang memerintah mereka terpaksa bertatih nak belajar menguruskan kementerian mereka. Jadi mereka tak tahu nak tandatangan kat mana, apa yang nak diuruskan etc etc etc.
  5. Yang tidak melaksanakan Islam ni bukan salah UMNO. Ugama Islam terletak di bawah Sultan, jadi Sultan la tak buat kerja tu (Alasan ini diberikan oleh salah seorang pemimpin UMNO Perak kepada datuk saya kira kira 30 tahun dulu. Allahyarham datuk saya punya la percaya sehingga keakhir hayat nya .)
  6. Islam itu betul dan bagus tapi tak boleh diimpelementasikan di negara ini. Takut nanti huru hara.
  7. DAP tu adik beradik komunis. Kalau tak sokong UMNO, DAP akan merampas kuasa dan akan membunuh orang-orang melayu. DAP ni adalah musuh nombor 1 melayu. MCA dan Gerakan walaupun Cina tapi kita boleh kawal.
  8. Parti-parti pembangkang sebenarnya dengki pada pemimpin-pemimpin UMNO sebab pemimpin UMNO dapat jadi menteri. Itu sebab mereka asyik mencari salah Kerajaan UMNO aje.
  9. Orang-orang UMNO ni sebenarnya anti pada Cina dan India ni. Tapi mereka tak boleh tunjukkan kat khalayak ramai.
  10. Wakil rakyat UMNO hanya untuk orang-orang UMNO aje. Yang bukan ahli UMNO atau BN jangan dekat.
  11. Kalau jatuh UMNO, orang melayu pun akan jatuh juga. Hanya UMNO sahaja yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan bangsa melayu.
  12. Bila pulak UMNO ni rasuah. Ala..kalau PAS memerintah pun mereka pun akan rasuah juga. Boleh cakap la sebab PAS belum memerintah lagi.
  13. Betul la Pemimpin UMNO sedia ada ni tak boleh diharapkan. Tapi kat mana lagi nak cari?
  14. Mahathir dan Pak Lah buat banyak silap. Najib pulak sedang cuba membetulkan keadaan. Dia pening kepala terhadap segala penyelewengan yang berlaku.
  15. Kita orang orang melayu ni sebangsa. Tak ada bezanya antara kita. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  16. UMNO dah pun melaksanakan Islam malahan lebih baik dari negara Islam yang lain. UMNO dah buat Tabung Haji, negara Islam lain ada ke? Masjid dibuat dan diberi peruntukkan. Pengajian Islam menjadi salah satu sabjek kat sekolah. Ugama Islam menjadi Ugama rasmi negara, Indonesia pun tak buat begitu. Jadi apa hendak lagi?
  17. UMNO sentiasa mengamalkan demokrasi.
  18. Yang bayar gaji kakitangan kerajaan adalah UMNO. Sesiapa yang menggigit jari yang memberi mereka makan adalah tidak mengenang budi.
  19. Sesiapa yang menyokong PAS akan menyebabkan negara ini mundur kerana kekolotan mereka. PAS adalah parti kolot.
Ada banyak lagi .Lupa dah...Korang fikirkanlah samada betul ke hujah hujah mereka tu.

SUMBER http://bagindareformasi.blogspot.com/

ZAID TIDAK BIMBANG SERANGAN PERIBADI

Calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menghiraukan segala provokasi ataupun serangan yang bakal dilakukan pemimpin Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen pilihan raya kerusi Hulu Selangor yang bermula secara rasmi semalam.

“Saya tidak suka untuk melabelkan seseorang dan saya tidak kisah sekiranya BN mahu melabelkan saya sebagai apa pun.

“Sebelum ini pun, Muhyiddin (Tan Sri) ada kata saya calon ‘very lightweight’.

“Saya pun tidak tahu mengapa jadi, saya tidak hiraukan sangat tentang perkara itu,” katanya selepas berucap pada program Ceramah Perdana di Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu dekat sini malam tadi.

Zahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga tidak kisah sekiranya BN mahu menyerang secara peribadi kerana bagi beliau ia bukan sesuatu yang penting jika hendak dibandingkan dengan masalah rakyat di Hulu Selangor.

“Mereka (BN) dan serang saya secara peribadi sejak empat tahun lepas lagi... sebab itu saya tidak kisah sekiranya mereka masih ingin melakukannya lagi.

“Selain itu, selama ini pun mereka sudah banyak memfitnah saya sepanjang bersama mereka dahulu. Apa yang penting sekarang saya akan terus berkempen sampai hari pengundian nanti,” katanya.

Zaid menambah, kempen pilihan raya pada hari pertama memang amat memenatkan tetapi beliau gembira kerana kehadirannya diterima dengan baik oleh pengundi Hulu Selangor.

“Saya begitu gembira kerana sambutan yang diterima amat baik dan saya harap ia akan berterusan sehingga minggu depan (hari pengundian).

SUMBER http://www.themalaysianinsider.com/

ISU YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Umno bakal gigit jari lagi nampaknya. Cubaan untuk menjatuhkan imej dan wibawa MB Selangor sekali lagi akan menemui kegagalan. Bahkan lebih buruk dari itu, makar jahat itu akan menempelak Umno sendiri. Kini hampir nasi telah jadi bubur. Sekali lagi pimpinan Umno akan diaibkan.

Isu YBK memang mahu digunakan sebagai modal politik besar mereka di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Kampus UiTM Yayasan Basmi Kemiskinan mendadak menjadi sebutan di bibir rakyat Selangor ketika media BN memutarnya dengan dahsyat sekali.

Tampaknya segala akan ‘backfire’. Malang. Lebih perit dan siksa lagi kerana kesemua ini akan didedahkan semasa kempen PRK Hulu Selangor ini. Mentelahan cadangan tapak kampus itu juga adalah di Serendah, Hulu Selangor.

Cermat dan teliti seperti biasanya, MB Selangor yang diserang teruk dengan dakwaan kononnya menghalang penubuhan kampus UiTM di atas tanah seluas 448 ekar di Serendah oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), mengarahkan ketika itu YBK di audit. Penulis, salah seorang ahli panel Penstrukturan Semula Air Selangor cukup memahami ketelitian dan kepantasan beliau bertindak khususnya dalam hal urusan kewangan korporat.

Dakwaannya beliau khianat kepada bangsa Melayu, kerana bukankah UiTM, universiti afirmatif Melayu itu, bagi membantu anak-anak Bangsa Melayu yang hendak dibantu YBK? Beliau kononnya petualang bangsa serta ‘ merupakan satu tindakan politik yang mengenepikan kepentingan Melayu’.

MB Selangor ini cukup mengerti menangani pembangkang di Selangor. 2 tahun pentadbirannya, ramai pimpinan pembangkang telah di’dedahkan’ akibat gelagat buruk mereka sendiri.

Kini laporan awal telah diedarkan kepada Dewan Undangan Negeri , khabarnya oleh Jabatan Audit Selangor, sebuah agensi di bawah Kerajaan Persekutuan telah di terbitkan.

Sebuah Jawatan Kuasa Khas akan ditubuhkan yang bakal dianggotai oleh pihak Majlis Peguam dan sebuah badan integriti tempatan yakni Transparency International bagi meneliti laporan dan melengkapkan serta tindakan selanjutnya. Kertas putih kerajaan negeri,pada hemat penulis, bakal menyusul

Meneliti laporan awal audit mendapati YBK ini bertindak lebih umpama sebuah badan korporat yang urusniaga utama atau ‘core business’ nya ialah ‘komersial’. Laporan tentang ramai mana golongan miskin tegar dan miskin relatif, dan mudah miskin, yang dikeluarkan dari kepompong kemiskinan, yang sepatutnya tumpuan utama mereka, tidak kedapatan.

YBK yang ditubuhkan sejak 1990, sejak itu telah dianugerahkan kerajaan negeri BN sejumlah 1,977,428 ekar tanah dibeberapa daerah termasuk rawang, Gombak dan Kuala Selangor tetapi tidak pernah menerima bayaran mahupun laporanya. Kini PBK dan anak-anak syarikatnya berhutang sebanyak RM7.6 juta dalam bentuk cukai tanah kepada kerajaan negeri.

Laporan itu juga mendedahkan bagaimana 16 lot tanah milik Permodalan YBK Sdn Bhd, anak syarikat YBK telah menggadai atau mortgaged, dengan izin, yang bernilai RM102 juta kepada beberapa pihak. Laporan kewangan YBK yang disiarkan dalam web rasminya tidak membuat apa-apa perincian terhadap aktiviti subsidiary termasuk hal urusan cagaran dsbnya.

Satu lagi pendedahan bersabit projek perumahan di Rawang di atas 8.5 ekar tanah untuk golongan miskin di kawasan Gombak yang telah dibatalkan. Projek tersebut telah ditukar menjadi pembangunan ‘mixed’ yang terdiri dari 410 unit komersial, partment kos sederhana dan flat kos rendah.

Laporan audit turut mendedahkan bahawa YBK dan subsidirinya di kuasai oleh Datuk Zainal Abidin Sakom dmasuk isterinya yang menjadi salah seorang pengarah YBK.

Data terkini yang diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan, PYBK bukan dimiliki sepenuhnya oleh YBK. YBK hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK.

Pemegang saham lain, Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd memilik 6,200 unit saham manakala Fajar Synergy Sdn Bhd memiliki 6,250 unit saham.

Fajar Synergy Sdn Bhd yang dianggotai Mohd Hilmi Yusop sebagai pengarah manakala Khairul Anuar Selamat@Keliwon sebagai Pengarah syarikat dan Setiausaha syarikat.

Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd pula, Datuk ZainalAbidin Sakom dan Zulhairy Jalaludin sebagai Pengarah syarikat sementara setiausaha syarikat, Rahimi Mohd Noor.

Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat. Oleh itu Menteri Besar mahukan perkara pembinaan kampus UiTM ini dijalankan dengan telus dan bertanggungjawab.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon agar YBK melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi badan itu manakala ahli Exco Kebajikan dan dua lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat. Ini bagi membolehkan MB dan kerajaan negeri memantau projek tersebut. Namun begitu, YBK telah menolak permohonan itu.

Bahkan sebaliknya YBK dengan Umno Selamgor menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam bagi membantah cara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangani isu YBK. Dipimpin ketua penerangannya Shukor Idrus, mereka dan anggota NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) berarak daripada masjid negeri. Perkasa menuduh beliau ’angkuh, sombong, berdendam dan menyalahgunakan peruntukan kanun tanah apabila memulangkan bayaran cukai tanah YBK’.

Keputusan MB akhirnya adalah untuk mengambil semula tanah 448 ekar di Serendah yang ditindik untuk projek pembinaan kampus UiTM, meskipun Yayasan Melaka mendakwa sanggup membayar cukai tanah berjumlah RM 5.34 juta, yang dihutang oleh YBK kepada kerajaan negeri.

Asas penolakan bayaran dari Yayasan Melaka, mengikut penjelasan Kerjaan Selangor adalah kerana Seksyen 98 dari Kanun Tanah Negara yang tidak menerima bayaran kecuali dari pemilik tanah. Laporan Audit juga mengesahkan bahawa kedua dua YBK atau PYBK tidak membuat permohonan secara rasmi untuk membangunkan sebuah universiti.

Kertas Putih Kerajaan Negeri Selangor akan bakal mendedahkan segala-segalanya dari perilaku buruk pimpinan Umno dalam pengurusan kewangan negeri dalam dekad-dekad pemerintahan Umno/BN. Bersiaplah!

Pepatah Melayu lama ada menyebutkan ”Songkok pesok dek lonjak awak”. Pepatah Inggeris pula mengingatkan kita ”Orang yang tinggal dalam rumah kaca, jangan baling batu”.

Tegasnya, untuk ingatan semua, inilah antara yang dijanjikan kerajaan Pakatan di Selangor. Bukan hanya air percuma dan segala imbuhan serta pemberian bagi membantu rakyat.

Paling penting, Pakatan menghadiahkan kerajaan yang Telus dan Bertanggungjawab kepada rakyat! Bukan sekadar melaung slogan ”Juara Rakyat” tetapi sebaliknya mengkhianati dan menindas rakyat.

SUMBER http://drdzul.wordpress.com/