Biar apa pun yang terjadi, pengundi-pengundi Hulu Selangor diberi tanggungjawab untuk memilih wakil mereka di Parlimen Malaysia. Mereka dihadapkan dengan dua orang calon, iaitu Zaid Ibrahim dari PKR dan Kamalanathan (Kamal + Alan + Nathan = 1 Malaysia) dari BN.
Mereka juga telah mendengar kempen kedua-dua pihak. Calon BN datang dari sebuah parti perkauman yang ditolak dalam PRU Ke-12 kerana gagal membantu kaum India yang mereka wakili. Oleh sebab itu, Najib menaja parti orang India yang baru, iaitu Malaysia Makkal Sakthi Party (MMSP). Namun, parti baru ini pun berdepan dengan pelbagai masalah sejak ditubuhkan.
Calon BN bukanlah seorang yang berwibawa. Dia juga tiada pengalaman dan masih mentah dalam sepak terajang politik. Pengundi-pengundi perlu mengambil kira faktor ini supaya tidak salah pilih. Dengan memilih calon BN, anda akan turut menyokong parti yang mensabotaj keselamatan negara melalui persekongkolan mereka dengan Yahudi yang berpegang kepada ideologi Zionis. Ideologi ini meletakkan umat Islam setaraf dengan binatang yang boleh diperkotak-katikkan pada bila-bila masa.
Majoriti pengundi Hulu Selangor terdiri daripada orang Islam. Anda sudah diberitahu tentang sikap UMNO yang menolak Islam sebagai dasar perjuangan. Mereka melaksanakan Islam secara berpilih-pilih. Ketika kuasa berada dalam tangan mereka, mereka hanya mengkayakan dua tiga kerat kroni melalui dasar-dasar ekonomi yang kononnya untuk mensejahterakan orang Melayu.
Orang Melayu masih ketinggalan dalam serba-serbi. Kini mereka melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang memadamkan kuota kaum. Ini bermakna, orang Melayu tidak lagi diberi prioriti. Dalam ketempangan itu, orang Melayu terpaksa bersaing dengan kaum-kaum lain yang lebih ke hadapan dalam pelbagai bidang. Orang Melayu yang tinggi kadar kemiskinannya. Orang Melayu yang terus menghuni kawasan luar bandar yang tiada kemudahan canggih terpaksa berdepan dengan cabaran di gelanggang yang tidak rata.
Anda tentu dapat memikirkan apa yang akan berlaku dalam situasi itu. Mengapa mesti bersetuju dengannya jika kita ada pilihan lain. Pakatan Rakyat memperjuangkan kepentingan semua kaum di Malaysia. Mereka menolak sekeras-kerasnya unsur perkauman. Mereka mahu merakyatkan kemakmuran negara. Mereka mahu memberi hak kepada semua kaum di negara ini berteraskan apa-apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Tiada sesiapa di negara ini akan disisihkan menurut dasar tersebut.
Mereka mengemukakan wakil yang sudah lulus ujian. Dia seorang yang berprinsip. Dia seorang yang berhemah tinggi. Dia telah membuktikan kepada anda bahawa dia bukan seorang yang hipokrit. Inilah kualiti kepimpinan yang kita semua mahukan. Oleh sebab itu, pilihlah dia demi masa depan yang cerah.
0 comments:
Post a Comment