THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, April 8, 2010

AGEN ISRAEL DI PUTRAJAYA

Kalau dahulu di zaman Dr Mahathir Mohammad, terpaksa dibayar sebanyak RM1.2 juta kepada pelobi Yahudi, Jack Adramoff untuk 'menembusi' Rumah Putih, kini Perdana Menteri Najib Razak membelanjakan 18 kali ganda lebih besar!

Kecurangan itu terbongkar tak lama selepas Najib sah memberikan kontrak Ogos tahun lalu sejumlah RM20 juta kepada APCO Worldwide, syarikat yang ditubuhkan seorang Yahudi yang bernama Margery Kraus. Tugas syarikat itu adalah untuk menjalankan kerja-kerja perhubungan awam (public relation) kepada Najib... samada dalam atau luar negara. Dan buat julung kalinya, seorang perdana menteri perlu melantik sebuah consultant luar untuk tujuan membentuk imejnya dan memperolehi rangkaian luar.

Secara tak langsung, tindakan Najib membayangkan beliau 'tidak bersedia' sama sekali sebelum menduduki kerusi perdana menteri; betapa terhadnya hubungan dan pengaruh Najib, terutama di peringkat antarabangsa. Mungkin sahaja pembaziran sebesar itu; kecil di mata Najib... terutama apabila bos tim pemikirnya, Abdul Razak Baginda yang patut melakukan kerja-kerja berkenaan, 'patah sayap' di tengah jalan.

Wibawa Abdul Razak musnah apabila pernah dihadapkan di bawah pertuduhan kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Sharibuu. Meski kemudian mahkamah membebaskan Abdul Razak, namun kerana kes berkenaan adalah kes berprofil tinggi, maka sukar untuk dia bergerak bebas membawa misi "Glokal" Najib.

Bukan itu sahaja, pemberian kontrak berkenaan sekaligus membayangkan seolah-olah semua kementerian, agensi, pegawai tinggi kerajaan dan semua sumber dalam negara tak berguna di mata Najib. Dia lebih perlu dan percaya kepada syarikat Yahudi.

KEMUNAFIK PM

Sepanjang Dr Mahathir menjadi PM, kritikannya terhadap Amerika Syarikat bergema lantang. Dia juga berbangga apabila dianggap sebagai "singa Asia Tenggara" atau "Seokarno kecil" atas kelantangannya itu ~ yang sebenarnya di mata ramai pemimpin lain, sikap sedemikian tidak lebih hanya sebagai percubaan menunjuk-nunjuk sedikit kemampuan dan kejayaan selain tak lebih sebagai keceluparan kosong sahaja.

Tatkala krisis ekonomi 1997-98, Dr Mahathir juga berhempas pulas mencari dalih menyelamatkan dirinya. Dia menuding Geogre Soros sebagai penyebab; menafikan dan mahu menutup terus, misalnya kelemahan dalam negara, termasuk dana Bank Negara yang digunakan untuk manipulasi pasaran matawang (forex) di beberapa pusat 'perjudian' matawang dunia. Daripada kerakusan itu, akhirnya negara kehilangan dan rugi paling kurang sebanyak RM30 bilion!

~ Kemunafikan Dr Mahathir terserlah apabila pada 2008, beliau menafikan tuduhan awalnya terhadap Soros ("penyangak matawang") dalam pertemuan mereka di Kuala Lumpur.

Sesiapa sahaja yang tidak mempertahankan tindakan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya--meskipun jelas ia adalah salah, melanggari etika dan undang-undang--akan dianggap sebagai 'bekerjasama' dengan Barat. Dituduh "agen Barat".

Anwar Ibrahim antara orang yang dituduh begitu ~ bahkan ramai lagi. Anwar menjadi musuh besar Dr Mahathir apabila antara lain Anwar enggan bersekongkol untuk bill-out individu dan syarikat tertentu, yang mempunyai hubungan darah dan kawan-kawan rapat Dr Mahathir. Bekas PM ke-4 itu tidak mempunyai pilihan kecuali meneruskan tomahan dan segala dakyahnya secara konsisten sehingga kini terhadap Anwar. Terlihat konsisten adalah penting untuk kononnya terlihat benar.

Dr Mahathir pada September 1998 perlu mencantas Anwar demi menyelamatkan dirinya; sepertimana dia kelar leher ramai pesaing politiknya, atau sekurang-kurangnya dua timbalannya sebelum itu. Tidak kiralah kawan, mahupun lawan; sesiapa yang sesaat telah mengambil langkah tak seiring Dr Mahathir, akan padah!

Berulang kali dia mengungkit bahawa dialah yang membawa masuk Anwar ke dalam Umno dan kerajaan, diangkat sebegitu tinggi; tetapi itu semua tidak lebih juga membayangkan kekesalan Dr Mahathir apabila Anwar menolak untuk turut sama bersengkongkol dalam sekian banyak keputusan yang tidak bertanggungjawab sekitar menjelang puncak Krisis Ekonomi.

Latar ini, dengan keadaan ekonomi yang cukup genting, Dr Mahathir perlu untuk menembusi Rumah Putih bertemu Presiden Amerika waktu itu, George W Bush. Pergantungan ekonomi terhadap Amerika adalah kenyataan yang tak dapat dinafikan biarpun oleh seorang yang sesombong Dr Mahathir.

Jack Adramoff, pelobi Yahudi yang menerima bayaran RM1.2 juta itu untuk mengadakan pertemuan Dr Mahathir-Bush kini sedang merengkok di penjara.

AGEN ISRAEL DI PUTRAJAYA

Rakyat Malaysia sentiasa sensitif dengan nama "Yahudi"; meski kita juga diingatkan terutama kalangan muslim bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri pernah memberi penghormatan kepada mayat seorang Yahudi yang diusung untuk dikebumikan, yang dibawa lalu di hadapan baginda. Namun itu bukan alasan sama sekali untuk membayar seorang yang jelas di dalam Amerika sendiri dicemoh sebagai tidak beretika dan tidak profesional; di samping dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan rangkaian Zionis-Israel.

Melalui rangkaian dalaman Amerika yang ada pada APCO, Najib antara lain segera dapat bercakap melalui telefon dengan presiden baru Amerika, Barack Obama. Kita masih ingat bagaimana berita kononnya Obama menyanjung hubungan dengan Najib dimainkan di muka hadapan akhbar perdana di sini.

Memang kita sukar menerima dengan gaya konfrantasi dan angkuh, bengis sepertimana di era Dr Mahathir. Dalam masa yang sama, kita juga tidak dapat menerima kaedah "jalan singkat" ala-Najib yang menggunakan sesiapa sahaja, termasuk syarikat Yahudi itu untuk membina hubungannya dengan Amerika Syarikat. PM Malaysia ini barangkali percaya, dengan duit dia boleh membeli dan memiliki segala-galanya...

Di dalam Amerika sendiri, sering ada debat apabila ada pihak yang tidak disenangi kerana condong kepada politik tertutup dan kuku besi. APCO antaranya. APCO, yang menciptakan "1Malaysia", menerima kecaman hebat dan dianggap sebagai "penipu profesional" apabila turut terlibat dengan rejim diktator di Khazakhtan di bawah diktator Nursultan Nazarbayev yang melantik dirinya sendiri sebagai presiden seumur hidup. APCO juga mendapat bayaran daripada rejim kuku besi Stalinist Turkmenistan yang berjumlah sekitar RM1.8 juta. Nah! Bayaran yang dikurniakan Najib adalah 20 kali ganda daripada apa yang APCO perolehi di Turkmenistan.

Malah kecaman di kalangan aktivis, penulis, ahli politik dan intelektual Amerika terhadap APCO juga melewati nama-nama negara lain yang menjalinkan hubungan dengan syarikat Yahudi itu. Selain Malaysia, APCO juga menjadi penasihat seperti kepada kerajaan Singapura, Israel dan Poland. Kesemuanya mempunyai rekod demokrasi yang cemar.

Rekod APCO bertambah buruk apabila pada Disember tahun sudah, salah seorang pengarahnya, Niel M Cohan, dihadapkan dengan pertuduhan kelas ketiga dan keempat kerana memiliki, menerbitkan semula dan mengedar bahan lucah kanak-kanak.

Najib nampaknya tidak peduli semua itu. Dia bukan sekedar tidak peduli dengan sentimen dalam negara, malah lebih menggerunkan, secara tidak langsung Malaysia kini mula 'menjalin' hubungan terus dengan Israel ~ satu-satunya negara di dunia yang sesungguhnya tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

TIDAK KEPADA ISRAEL

Kita sama sekali tidak dapat menerima bagaimana rejim Zionis-Yahudi-Israel merampas tanah dan wilayah Palestin. Kita tidak boleh menerima sama sekali bagaimana rejim itu secara terang-terangan dan terus-terusan melakukan jenayah kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Bumi dan wilayah Palestin tidak pernah ditetapkan hanya untuk satu penganut agama. Bahagian sejarah tua di Palestin bagaimana tiga agama utama (Islam, Kristian dan Yahudi) pernah hidup bersama di sana, dengan keyakinan bahawa tanah itu sebagai "tanah suci tiga agama".

Penubuhan negara Israel sesungguhnya gagal, untuk sebuah negara-bangsa Yahudi. Hari ini, populasi orang Islam dan Kristian juga semakin bertambah di dalam Israel itu sendiri.

Maknanya, Israel mahukan kuasa dan kuasa hanya boleh diperolehi andai mereka mempunyai "negara" mereka sendiri; dengan adanya negara, maka "Yahudi" itu ada.

Penentangan pecinta kedamaian dan keadilan di Malaysia, terhadap Zionis-Israel tak pernah luput. Selain suara mahasiswa, ulamak, ahli politik yang membantah dan mencemoh tanpa henti, pada pertengahan 1980-an dahulu, kita selalu ingat bagaimana perih-getir (allahyarham) Abdul Razak Ahmad pernah mahu menggadaikan nyawanya berbaring di landasan keretapi di Johor kalau kerajaan Malaysia membenarkan pasukan kriket Israel menjejakkan kaki di bumi Malaysia; masuk melalui Singapura.

SI PANDIR DAN SI LUNCAI

Dukacitanya detik 'hubungan rasmi' Malaysia-Israel bermula apabila Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat empat mata dengan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Beirut ~ hanya 4 bulan selepas beliau dilantik sebagai menteri pertahanan dan menang sebagai Naib Presiden Umno. Beberapa hari sebelum itu, Zahid juga bertemu dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris.

Langkah gopoh dan sembrono itu adalah sesuatu yang tak pernah terjadi dan tak pernah terbayangkan oleh rakyat Malaysia betapa menteri kita sendiri tergamak mencemari sumpah ikrar untuk tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Apapun alasan Zahid, atau menganggap dirinya 'bijak' hanya dengan kononnya mahu mendesak agar Israel mengiktiraf wilayah Palestin ~ desakan yang pernah dibuat ratusan malah ribuan pemimpin sebelum ini ~ ia tidak akan membawa apa-apa erti, melainkan "file Zahid" kini sudah dibuka dan berada di tangan Zionis-Yahudi.

Malah, Zahid juga perlu tahu bahawa Perancis merupakan antara negara yang membekalkan senjata kepada Zionis-Israel selama ini. Zahid "si pandir" itu hanya perlu menunggu bagaimana pihak Zionis 'menjawab' kembali permintaan naifnya itu dengan pelbagai cara. Lihat sahaja bagaimana, misalnya, ugutan yang dikenakan Zionis selama ini, sehingga satu persatu seteru atau pihak yang cuba menasihatkan Israel samada di dunia Arab dan Eropah akhirnya tersungkur tunduk kepada rejim itu. Ahhh! Zahid benar-benar tak ubah sebagai si pandir...

Penguasa Malaysia sewajarnya sedar bagaimana liciknya permainan Zionis di peringkat antarabangsa, dan ternyata langkah Zahid itu telah jerlus masuk perangkap yang mana akan disambung peranannya oleh APCO pula. Syarikat Yahudi yang selicik itu pasti, selain memenuhi beberapa janji kontraknya dengan kerajaan Malaysia, mereka juga dalam masa yang mahu menunaikan 'janji kasehnya' kepada kiblat politik mereka iaitu Zionis-Israel.

Malaysia terseret semakin dalam... langkah yang sebelum ini sama sekali cukup cermat untuk tidak diambil oleh pemimpin terdahulu. Hanya kerana kelemahan yang kecil, hanya kerana si pandir; hanya kerana Abdul Razak Baginda tidak dapat memainkan peranan dan tugasnya kepada Najib; hanya kerana di suatu waktu dahulu (sepertimana laporan sebuah akhbar Perancis yang merupakan juga satu bentuk "ugutan") bahawa Abdul Razak dan Najib pernah bertemu dengan model Monggolia itu di sana; seluruh kepentingan strategik Malaysia kini mulai robek.

Tindakan pemerintah Malaysia seolah-olah mengupah satu pihak agar pihak itu kemudiannya menghancurkan negara ini! Itulah 'kebijaksanaan' Najib... sesungguhnya tak ada jalan singkat untuk dihormati, sementara beliau memang tidak cukup gagah dan siap-sedia untuk duduk berkuasa di kerusi nombor satu.

Ya, di mana pemimpin dan ahli-ahli Umno apabila kenyataan ini dihadapkan? Di mana pemuda mereka? Di mana individu dan pertubuhan yang selama ini melalak soal kepentingan bangsa, agama dan umat?

Di peringkat ini, kita sebenarnya sedang membicarakan menyentuh soal keselamatan. Sebelum negara terdedah dan sampai ke keadaan cukup bahaya dek kecuaian seorang yang tidak siap untuk menjadi PM; rakyat perlu melempar jauh si luncai itu sekali dengan labu-labunya.

SUMBER http://perakexpress.blogspot.com/

PELANCARAN JENTERA PRK P094

Pelancaran Jentera Piliharaya bagi Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor adalah seperti berikut:

Tarikh: 08 April 2010
Masa: 09.00 malam
Tempat: Kem Bina Semangat Ampang Pecah

Turut hadir di majlis pelancaran ini ialah Dato' Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim, Y.B Azmin Ali dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat.

Maklumat, isu-isu dan bahan kempen boleh diperolehi dari laman http://p094.blogspot.com/

ISU SEBENAR APCO - DR. DZULKEFLY

Secara peribadi saya melihat isu APCO mestinya ditangani melampaui dan melepasi polemik samada APCO pencipta 1-Malaysia atau pun tidak.

Lebih penting dari polemik itu, ialah hakikat bahawa APCO kini secara jelasnya punya kaitan dengan regim Zionis-Israel yang bertanggungjawab melakukan pelbagai kezaliman dan pembunuhan secara ‘genocide’ terhadap Umat Palestine.

Dewan Rakyat, secara ‘bipartisan’ atau sebulat suara melibatkan pihak Kerajaan BN dan Pembangkang Paktan Rakyat, sedikit waktu mengambil pendirian bagi menyatakan penentangan Malaysia terhadap regim Zionis-Israel khususnya dalam siri-siri serangan kejam dan pembunuhan terhadap umat Palestin di Semenanjung Gaza.

Justeru, ketika Ketua Pembangkang YB Permatang Pauh secara jelas membuktikan keterlibatan pelbagai peribadi ‘high profile’ yang terlibat dalam APCO Worldwide, samada yang berpengkalan di Tel Aviv mahupun di Malaysia dan juga penglibatan syarikat ’sister company’nya Asero dalam hal urusan perisikan dan keselamatan, maka jelas bagi kita bahawa APCO, bukanlah sekadar firma perunding perhubungan awam yang bersifat internasonal sahaja.

ASERO dikhuatiri akan mempengaruhi dasar dasar luar negara di segi urusan keselamatan dan strategik seperti yang sedang dibahaskan di parlimen hari ini yang bersangkutan dengan Rang Undang –Undang (RUU) Perdagangan Strategik 2010. RUU Perdagangan Strategik ini dilihat sebagai satu akta yang semacam meletakkan negara di bawah telunjuk Amerika Syarikat yang jelas memberikan perlindungan kepada regim Zionis-Israel.

Isyarat-isyarat awal ini sungguh menakutkan walaupun sukar untuk kita buktikan buat hari ini. Yang jelasnya ahli ahli parlimen Pakatan Rakyat keliru dan tertanya-tanya mengapa dengan tiba-tiba RUU ini dibentang dan apakah APCO ada peranan atau ASERO yang memberikan input strategik atas isu-isu besar seperti seluruh urusan kawalan dan pengurusan barang strategik termasuk senjata dan bahan yang berkaitan juga ‘Weapon of Mass Destruction’ atau Senjata Pemusnah Berskala Besar.

APCO Worldwide berpengkalan di Washington, juga mempunyai 23 pejabat di seluruh dunia termasuk Tel Aviv. Adalah diketahui umum bahawa penasihat-penasihat kanan yang terlibat dengan APCO termasuklah personaliti seperti Shimon Shein, bekas Duta Israel ke Germany dan Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat.

Nama-nama besar termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif APCO di Tel Aviv iaitu Gad Ben-Ari, penasihat peribadi kepada mantan Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. Juga salah seorang ahli Badan Penasihat Antarabangsa APCO ialah Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Keselamatan Kerajaan Zionis-Israel.

Khidmat cemerlang beliau kepada Perkhidmatan Risik Israel (ISS) telah melayakkan beliau dinobatkan sebagai pemegang ‘Director’s Recognition Award’ oleh Badan Perisik Amerika Syarikat.

Jelas dan tegasnya APCO tidak lagi hanya polemik Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Bahkan ia sekaligus berpotensi menjejaskan aspek keselamatan negara dan juga serentak mampu menjejaskan nama baik dan kedaulatan negara disegi kaca mata dunia amnya dan negara umat Islam khususnya.

Kerjaan BN di bawah pentadbiran Najib dinasihatkan jangan terlalu ambil ringan dalam hal ini dan jangan menguji kesabaran dan tidak mengendahkan keprihatinan seluruh rakyat dalam hal hubungkait berurusan dengan pihak yang punya kaitan dengan Zionis -Israel. Sensitiviti rakyat seluruhnya adalah amat tinggi dalam hal ini, khususnya umat Islam.

Justeru kerana keprihatinan umat Islam khususnya dan seluruh warga negara Malaysia amnya terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap Zionis-Israel dan segala rangkaian dan kepentingannya, maka amat wajar bagi PAS, melalui MP-MPnya supaya membawa dan mengadapkan isu ini ke bawah Duli Yang DiPertuan Agung dan Majlis Raja-Raja yang sekaligus bertanggungjawab ke atas keselamtan dan kedualatan negara ini.

SUMBER http://drdzul.wordpress.com/

PENCABULAN AMALAN FEDERALISME

Pencabulan amalan federalisme bukanlah sesuatu yang baru, namun bahangnya semakin hangat selepas tsunami politik PRU ke-12. Secara teorinya, ahli akademik menganggap amalan federalisme penting untuk mempertahankan demokrasi; malah secara praktikalnya pula, ahli politik melihat pencabulan amalan federalisme telah memperhambakan institusi perundangan kepada parti pemerintah di peringkat persekutuan, iaitu Barisan Nasional.

Mantan Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin (gambar kiri) yang digelar sebagai "mangsa kepada pencabulan amalan federalisme", "memperbetulkan" kenyataan tersebut kepada rakyat yang menjadi mangsa sebenarnya, memandangkan kesannya cukup luas, mencakupi institusi kehakiman, polis, parlimen, Dewan Undangan Negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.

"Kesannya, mereka (institusi-institusi perundangan tersebut) memberi perhambaan mereka kepada Barisan Nasional," kata Nizar Jamaluddin, yang menyifatkan pencabulan amalan federalisme sebagai "bapa kepada segala pencabulan".

Demikianlah perkongsian pandangan dan pengalaman dalam satu forum berjudul "Pencabulan Amalan Federalisme: Implikasi kepada Institusi Perundangan di Malaysia", anjuran Free Public Forum (FPF) bersama ILHAM Centre pada pada 1 April, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bertempat di Auditorium Dewan Sivik MBPJ.

Kira-kira 600 orang hadir untuk mendengar ucapan ahli parlimen Bukit Gantang Nizar Jamaluddin, pakar perlembagaan Professor Abdul Aziz Bari, pakar perundangan Sulaiman Abdullah dan ahli parlimen Subang-PKR Sivarasah Rasiah. Bagaimanapun, dua orang panelis yang dijadualkan sebelum ini, iaitu bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim dan EXCO Kelantan, Husam Musa gagal hadir.

"Majlis" digunakan untuk menekan negeri

"Amalan atau prinsip federalisme ini adalah sesuatu yang sangat penting untuk mempertahankan demokrasi," sebelum Abdul Aziz menjelaskan, "Dengan kata lain, prinsip federalisme atau kedaulatan undang-undang ini adalah perkara yang harus berjalan serentak."

"Saya teringat apa yang disebut oleh William Riker (pakar Sains Politik Amerika Syarikat), yang memberi amaran bahawa... pada akhirnya, sama ada sistem federalisme itu berkesan ataupun tidak, bergantung kepada sistem politik itu sendiri, bergantung kepada budaya politiknya," tambahnya.

Abdul Aziz menganggap bahawa perlembagaan Malaysia telah pun menyediakan satu kerangka yang cukup baik, memperlihatkan "bagaimana diwujudkan Majlis Raja-Raja, bagaimana diwujudkan pelbagai majlis, Majlis Tanah Negara, Majlis Kebangsaan, Kerajaan Tempatan..."

"Malangnya, majlis-majlis ini telah digunakan untuk menekan negeri," Abdul Aziz memilih negeri Perak sebagai contoh huraian, "Soal pembahagian tanah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dipusing, diputar dengan Majlis Tanah Negara. Kalau kita lihat perlembagaan kita, Majlis Tanah Negara tidak ada kuasa dalam pembahagian tanah. Ia hanya diberi kuasa untuk membincangkan, untuk menentukan dasar-dasar yang perlu dibincangkan dalam dan ia tidak boleh dipaksakan..."

"Dengan kata lain, soal pembahagian tanah adalah kuasa mutlak kerajaan negeri," rumus pakar perlembagaan ini.

"Spy" dalam kerajaan negeri

Abdul Aziz Bari (gambar kiri) juga menyentuh bagaimana pegawai pentadbiran kerajaan negeri, seperti jawatan Penasihat Undang-Undang, Pegawai Perundangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan sebagainya ditentukan oleh kerajaan pusat. Malah, Abdul Aziz menuduh bahawa penyandang jawatan tersebut adalah "spy" (perisik) yang diletakkan oleh kerajaan pusat ke dalam kerajaan negeri.

Bekas MB Perak Nizar Jamaluddin yang berucap kemudiannya, mengesahkan tuduhan "spy" tersebut dengan pengalaman dirinya ketika memerintah negeri Perak. Malah, beliau menuduh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Abdul Rahman bin Hashim, memulakan kerja konspirasi dan sabotaj sejak hari pertama PR mengambil alih tampuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, "Saya sebagai Menteri Besar hanya boleh bekerja dengan setiausaha kerajaan yang menyokong kami. Tetapi kerana dia ini merupakan agen kepada federal, ditanamkan di situ, untuk meretak dan mengancam kami."

Untuk menyelesaikan masalah ini, Nizar berkata dirinya telah menghadap Sultan Perak sebanyak dua kali. Ketika menghadap Tuanku, beliau berkata, "Sebagai menteri besar, kerajaan patik dikacau. Tuanku tanya, siapa yang mengganggu kerajaan Dato Seri? Saya kata Setiausaha Kerajaan Negeri."

"KSN tengok saya macam lembu kenyang"

"Kalau ditafsirkan sebagai sebuah syarikat, saya sebagai MD (Managing Director) tak boleh dapat kerjasama daripada GM (Genaral Manager) saya. Bahkan GM saya sabotaj. Dia hadir dalam semua mesyuarat EXCO. Mesyuarat EXCO diadakan setiap hari Rabu dari pukul 9 pagi sampai 6 petang tiap-tiap minggu," katanya.

"Pukul enam habis mesyuarat, (pada jam) 6:30, apa yang kami bincangkan dalam mesyuarat EXCO sampai ke pejabat UMNO, dan kemungkinan Putrajaya," beliau sambung, "Saya minta Tuanku bantu, kalau boleh. Kerana kita tertakluk kepada federalisme, setiausaha kerajaan yang dilantik sebagai officer di negeri Perak, gaji dibayar oleh rakyat negeri Perak. Master dia di Putrajaya."

"Saya jumpa dengan Tuanku dua kali. Memohon perkenan Tuanku membantu, diubahkan dia (Setiausaha Negeri). Tak dapat dengan begitu. Saya buat appointment berjumpa dengan Tan Sri Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara) dua kali. I minta, Tan Sri, apakah sudi sekiranya diubahlah dia di Putrajaya, gantikan dengan orang lain yang saya boleh bekerja."

"Dia tengok saya macam lembu kenyang. Tahu lembu kenyang? Padan muka hang! Memang begitu dia nak respon daripada saya. Kerana kalau saya diganggu-gugat, bermakna KPI SUK Perak nombor satu, memenuhi tuntutan Putrajaya mengganggu-gugat kamu," kata-kata Nizar disambut dengan gelak ketawa dari dewan.

Majoriti wakil negeri dalam Senat

Pengamal undang-undang, Sulaiman Abdullah turut mengingatkan bahawa "polis, mahkamah dan perkhidmatan awam, harus sedar bahawa tanggungjawab mereka, loyalty (kesetiaan) mereka adalah pada rakyat dan pada perlembagaan, bukan pada mana-mana parti politik."

"Sebagai contoh, tiap-tiap negeri ada seorang penasihat undang-undang, tetapi dia datang dari Federal Legal Service. Dan seperti lazim, mungkin beliau ingat loyalty (kesetiaan)-nya, beliau mesti bertanggungjawab kepada peguam negara. Manakala seharusnya beliau bertanggungjawab kepada MB, yang menjadi ketua di dalam kerajaan negeri," tegurnya.

Sulaiman Abdullah juga mengupas pencabulan amalan federalisme dari persepktif dewan negara, memperlihatkan bagaimana perwakilan negeri dikurangkan dari tahun ke tahun, lantas memberi impak kepada amalan federalisme.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 45, Senat atau Dewan Negara ketika ditubuhkan pada tahun 1957 semasa negara mencapai kemerdekaan, keahlian Senat adalah sebanyak 38 orang. Dengan peruntukan dua orang wakil dari setiap negeri, maka terdapat 22 orang senator yang merupakan wakil negeri. 16 yang selebihnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Sulaiman berkata, situasi ini menunjukkan bahawa pihak negeri mempunyai kuasa majoriti dalam Senat. Beliau berkata, "Jadi, parlimen tidak boleh meluluskan mana-mana undang-undang yang mengongkong mana-mana negeri sekiranya semua wakil dalam negeri Senat bersetuju tidak menyokong undang-undang itu. Mereka adalah majoriti."

Ketika Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, bilangan ahli Senat meningkat kepada 28, memandangkan bilangan negeri telah bertambah kepada 14. Bilangan senator yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong pula meningkat kepada 22. Walau bagaimanapun, wakil negeri masih menjadi majoriti dalam Dewan Senat.

"...Pada Julai 1964, walaupun wakil negeri tetap pada 28 (orang), tetapi wakil yang dilantik Yang Di-Pertuan Agong telah naik ke 32 orang. Jadi kita dapati majoriti dari pusat lebih daripada wakil negeri," kata Sulaiman.

Selepas tahun 1978, jumlah senator yang dipilih oleh Yang Di-Pertuan Agong bertambah kepada 40 orang, sementara wakil negeri berkurang kepada 26 lantaran daripada terkeluarnya Singapura dari Malaysia. Menurut Sulaiman (gambar kanan), kita mempunyai 40 orang senator yang dilantik Yang Di-Pertuan Agong, 26 orang wakil dari negeri dan empat orang lagi dilantik Yang Di-Pertuan Agong sebagai Wilayah Persekutuan (satu dari Labuan, satu dari Putrajaya dan dua dari Kuala Lumpur).

"Jadi, kita ada satu situasi di mana suara negeri ditindas, dikurangkan di Senat, di mana ia harus memainkan peranan yang penting. Di Amerika Syarikat, kita dapati Senat di sana dipenuhi dengan hanya dengan wakil negeri, iaitu 50 negeri hantar 100 wakil ke Senat," kata Sulaiman.

Kelayakan jadi Senator: Kalah dalam PRU

Malah, Sulaiman Abdullah sempat menyindir cara perlantikan senator sekarang, dengan berkata, "Kalau mengikut cara Barisan Nasional, kelayakan menjadi ahli Senat adalah kalah di dalam pilihan raya umum."

Beliau membacakan Perkara 45(2) dalam Perlembagaan Persekutuan, berbunyi, "Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang Dipertuan Agong ialah orang-orang yang pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang asli."

Sindirannya mengusik hati hadirin apabila beliau berkata, "Jadi, bahasa di sini amat sedap. Boleh jadi orang yang harus menurut bahasa itu kurang sedap."

Malah, Sulaiman Abdullah membacakan perkara 45(4), yang menyatakan bahawa Parlimen boleh dengan undang-undang,
(a) Menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu negeri sehingga tiga orang;
(b) Membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu;
(c) Mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik.

Menurut Sulaiman, peruntukan dalam perlembagaan ini membenarkan parlimen meluluskan undang-undang yang akan membenarkan rakyat jelata memilih senator untuk mewakili negeri mereka.

"Realiti di Malaysia haruslah realiti di mana kuasa diberi kepada rakyat. Realitinya bukan seperti sekarang, di mana kuasa dihadkan kepada kabinet, bukan kepada parlimen pun, tetapi pada kabinet hakikatnya. Dan lebih sedih lagi, kuasa dihadkan, dipusatkan dalam konteks Perdana Menteri sahaja," kata Sulaiman.

SUMBER http://merdekareview.com/

UMNO-APCO, APCO-UMNO

Untuk maklumat berhubung APCO, sila lawati laman web berikut:

www.apcoworldwide.com
www.asero.com/index.cfm
www.wikipedia.org
www.harpers.org

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Fikir-fikirkan lah kesannya apabila kerajaan Malaysia (UMNO-BN) mengambil APCO sebagai penasihat.

Sunday, April 4, 2010

MUHYIDDIN TIDAK BIJAK

Kenyataan media oleh Dominic Lau Hoe Chai, selaku Setiausaha Pemuda Gerakan. Diterjemahkan daripada kenyataan asal yang ditulis dalam bahasa Cina.

Setiausaha Pemuda Gerakan Dominic Lau Hoe Chai tidak menyetujui kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang melihat dirinya sebagai "Melayu terlebih dahulu, dan warga Malaysia kemudiannya".

Dalam satu kenyataan medianya, Dominic Lau (gambar kiri) menganggap hujah ini tidak bijaksana, malah tidak mempertimbangkan perasaan seluruh rakyat kerana jelas membela kaum tertentu.

"Selaku TPM, Muhyiddin harus menjadi TPM untuk seluruh rakyat Malaysia, dan bukannya TPM untuk Melayu. Beliau harus menyedari realiti bahawa Malaysia sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama. Saling hormat-menghormati, layanan yang saksama adalah lebih penting, dan bukannya dominasi satu pihak."

Di samping itu, ketika mengulas pertikaian dan kritikan pembangkang berhubung isu ini, Pemuda Gerakan menyeru agar TPM berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan, terutamanya selepas tsunami politik 8 Mac 2008, yang memberi pengajaran kepada BN agar jangan melewati sensiviti kaum. Apa yang rakyat tuntut adalah kerajaan untuk semua, bukannya kerajaan untuk satu-satu kaum.

UMNO-BN RASUAH RAKYAT HULU SELANGOR

Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam tindakan desperado UMNO-BN memenangi undi rakyat Hulu Selangor dengan menaburkan rasuah politik yang keterlaluan.

Ini dapat dilihat melalui kunjungan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin (gambar kiri) ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) semalam, di mana kempen politik UMNO-BN terus-menerus dilaksanakan di kalangan guru yang dipaksa berhimpun di sekolah tersebut.

Di dalam lawatan yang sama, Muhyiddin telah dilihat melaksanakan tiga janji pembangunan yang sama sekali bersifat politik iaitu:

(i) mengumumkan penubuhan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di kawasan Hulu Selangor;
(ii) peruntukan RM2 juta untuk penyelesaian masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali; dan
(iii) peruntukan RM100,000 untuk pembaikpulihan dan pembelian van jenazah Masjid Al-Sajdin, Kampung Sentosa.

Pertamanya, ini jelas bercanggah dengan Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah atas kesalahan melakukan sogokan apabila:

"tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk manamana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya.."

Kedua, AMK melihat tindakan ini adalah satu tindakan terdesak yang sangat drastik, dalam keadaan penamaan calon baru sahaja diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini, dan itupun tarikhnya melangkau dua minggu dari tarikh semasa.

Tindakan menawarkan pembangunan mi segera seumpama ini bukanlah sesuatu yang menghairankan dalam strategi UMNO-BN untuk memancing undi, apatah lagi saban waktu pilihanraya kecil, rakyat setempat akan sentiasa ditawarkan ganjaran pembangunan yang mendadak meskipun pembangunan tersebut tidak dapat rakyat kecapi selepas 50 tahun pemerintahan UMNO-BN.

DUN Batang Kali misalnya, merupakan kawasan DUN yang menjadi kubu kuat UMNO-BN turun temurun, malah pernah melahirkan seorang Menteri Besar iaitu Muhammad Muhd Taib, tetapi jika dilihat keadaan semasa, ianya jauh lebih mendukacitakan jika hendak dibanding dengan kawasan-kawasan di Pantai Timur seperti Kelantan yang diperintah oleh PAS-Pakatan Rakyat.

Apakah UMNO-BN merasakan bahawa 'fasa pembodohan rakyat' yang mereka jalankan tahun demi tahun melalui taburan pembangunan mi segera seumpama ini mampu menawan hati rakyat di sebalik pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor selama dua tahun?

Rentetan daripada ini, AMK akan mengemukakan bantahan kepada SPR mengenai taburan pembangunan mi segera ini yang jelas merupakan satu bentuk rasuah politik yang sewajarnya dibendung oleh SPR dan SPRM. Ini merupakan satu cabaran terbuka buat Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Abu Kassim Mohamed yang mahu mengembalikan keyakinan masyarakat ke atas integriti SPRM.

AMK mencabar Perdana Menteri, Najib Razak untuk menjadi jantan dengan berhadapan Pakatan Rakyat secara 'gentleman' tanpa menggunakan sebarang instrumen kerajaan seperti Kementerian Kewangan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk membanjirkan Hulu Selangor dengan projek pembangunan mi segera.

Thursday, April 1, 2010

JABATAN KEHAKIMAN AS BUKTI APCO BEKERJA UNTUK ISRAEL

Tindakan syarikat perunding antarabangsa Yahudi APCO Worldwide menafikan ia pernah diupah oleh kerajaan Israel terbukti tidak benar.

Pengesahan bahawa APCO menabur fitnah mengenai hubungannya dengan kerajaan Zionis itu dikesan menerusi kenyataan yang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Akhbar Straits Times Singapore menegaskan pegawai- pegawai tertinggi syarikat APCO mengesahkan syarikat itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Israel pada tahun 1992.

Antara lain, APCO mengesahkan ia menjalankan kerja-kerja berhubung dengan sektor perumahan di Israel yang membabitkan kewangan Amerika.

Kenyataan APCO yang difailkan dengan jabatan kehakiman Amerika syarikat itu sekali gus menempelak penafian syarikat itu kononnya ia tidak pernah tidak menjalankan sebarang urusan untuk kerajaan Israel.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membidas Umno- Barisan Nasional kerana mengupah APCO walaupun syarikat itu jelas mengikat pelbagai perjanjian dengan Israel serta pemimpin diktator negara lain.

Selain itu syarikat itu juga dipimpin oleh pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat dalam agensi perisikan Israel dan tentera negara itu.

Keadaan itu mendedahkan Malaysia kepada risiko keselamatan.

APCO diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak untuk untuk menggubal strategi dan pendekatan bagi memulihkan imej Najib dan kerajaan yang tercalar dengan pelbagai skandal peribadi dan kewangan.

APCO : LAPORAN POLIS

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) pada hari ini telah membuat laporan polis untuk menggesa siasatan menyeluruh dan terperinci kepada pendedahan mengejutkan seluruh rakyat Malaysia oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

Pendedahan yang cukup teliti dengan fakta-fakta dan amat bertanggungjawab itu jelas membangkitkan kerisauan seluruh rakyat Malaysia terhadap tahap keselamatan di negara ini, yang selama ini diperintah oleh Regim UMNO-Barisan Nasional.

APCO Worldwide Sdn. Bhd., seperti yang didedahkan oleh beliau, bukan hanya sebuah syarikat perunding atau ’consultants’ yang biasa. Ia punya agenda dan dokongan individu-individu berpengaruh yang jelas mirip dan condong kepada agenda jahat dan terkutuk, regim haram Zionis-Israel.

Ini terbukti, apabila salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO adalah Doron Bergerbest-Eilon yang merupakan bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral, yang jelas terlibat dalam agenda pembantaian dan pembunuhan massa ‘Massive Killings’ umat Islam di Palestin.

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menolak penafian yang dibuat oleh APCO Worlwide sebelum ini, bahawa APCO tidak terlibat langsung dalam penubuhan ‘gagasan 1 Malaysia’.

Kerana ini jelas dibuktikan, APCO sudah bertapak di Kuala Lumpur, dengan pejabat operasi yang sama, dengan penggerak yang sama, dengan CEO yang sama, cuma mereka ini bergerak atas nama Mind Team Sdn. Bhd.

Watak yang sama, Paul Stadlen kini memimpin APCO Malaysia, dan juga Margery Kraus; CEO APCO terlibat dalam perjanjian awal dahulu. Dan ini berlaku lama sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri lagi dan menerbitkan ‘gagasan 1 Malaysia’nya itu.

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) mewakili seluruh rakyat Malaysia yang bimbang akan keselamatan negara, menolak sekeras-kerasnya ‘penjajahan’ jenis baru ini, turut menyeru agar semua rakyat bangkit menentang ‘Neo-Colonialism’ tajaan Zionis-Israel ini.

Kami juga tidak rela, memperjudikan nasib dan keselamatan rakyat, dengan sewenang-wenangnya membiarkan Regim UMNO-Barisan Nasional melantik Regim Zionis-Israel yang terkenal dengan kezaliman dan kebinatangan mereka terhadap rakyat Palestin.

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menggesa Regim UMNO-Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar menghentikan sandiwara bermuka-muka mereka.

Di satu wajah Regim UMNO-BN menampakkan lagak ‘hero’ mereka dengan menghentam dasar-dasar dan tindakan terkutuk Israel, tapi di satu wajah lain pula, Regim UMNO-BN sanggup menggadaikan keselamatan negara dengan mengangkat Regim Zionis sebagai penasihat negara dalam hal-hal dasar!

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang (AMKPP)

YB NG WEI AIK
Setiausaha,
Pemuda Sosialis DAP
(DAPSY) Pulau Pinang

MOHD. NOOR HARUN
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS
(DPP) Pulau Pinang

PKR BERTANDING DI HULU SELANGOR

Pakatan Rakyat akan meletakkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

KetuaPembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau akan berunding terlebih dahulu dengan kepimpinan tertinggi Pas dan DAP sebelum menamakan calon itu dalam masa terdekat.

"Ia (pemilihan calon) masih terbuka...itu proses biasa dalam parti, kita kena dengar dari cabang negeri, masyarakat tempatan, kemudian kita bincang dengan rakan-rakan pimpinan PKR serta rujuk kepada pimpinan Pas, DAP dan kita bertanding itu atas nama Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad daripada PKR Khamis lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, Zainal Abidin menewaskan penyandang kerusi itu ketika itu, Datuk G Palanivel daripada Barisan Nasional dengan majoriti 198 undi.

- Bernama

Sunday, March 28, 2010

SENGIT DI HULU SELANGOR

Pilihanraya Kecil yang bakal berlaku di Parlimen Hulu Selangor sedikit masa lagi merupakan Pilihanraya yang paling sengit selepas beberapa siri Pilihanraya Kecil pada dua tahun sebelum ini kerana majoriti kemenangan calon PKR-Pakatan pada 2008 lalu yang diwakili oleh Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad hanyalah 198 undi. Begitu rapat dan saya melihat bahawa kedua-dua pihak (Pakatan-BN) mempunyai peluang yang seimbang.

Paling menarik, Pakatan menguasai kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi dalam masa yang sama tiga DUN didalamnya-Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu dikuasai oleh BN dengan majoriti yang agak besar.

Perlu juga diperhatikan bahawa jumlah undi rosak 1,466 sebagai satu ancaman dan peluang kerana jumlah itu tidak jauh bezanya dengan jumlah semasa PRU 11-2004 yang berjumlah, 1406. Ini bermakna lebih 1,000 pengundi tidak tahu memangkah dengan betul disana.

Seterusnya kita melihat dari segi jumlah pengundi mengikut kaum. Jumlah pengundi pada 2008 adalah 63,593 pengundi di mana Melayu adalah 53.94%, Cina 26.67%, India 18.98% dan Lain-lain 0.41%. Ini bermakna pengundi bukan Melayu dan Melayu tidak berbeza besar. Cuma berdasarkan kesedaran politik dan kesedaran untuk keluar mengundi, kaum bukan Melayu dilihat begitu proaktif berbanding Kaum Melayu dan menjadikan mereka penentu kepada keputusan pengundian sebenar.

Walau bagaimana pun kemenangan Allahyarham Datuk Dr Zainal membuktikan bahawa calon Melayu juga mampu diterima rakyat di sana.

Jadi terpulanglah pada Pakatan sama ada mahu meletakan calon Melayu atau bukan Melayu di sana. Apa yang penting adalah gerak kerja turun ke dalam masyarakat di mana kawasan berkenaan juga mempunyai pengundi kalangan orang asli. Dan sentimen pro-Pakatan bukan Melayu khususnya kaum Cina juga begitu kuat.

Dengan keadaan MCA sekarang, maka peluang besar untuk Pakatan meraih sokongan kaum Cina. Tetapi Pakatan tidak boleh pandangan ringan dengan pengaruh MIC dan Umno di sana, terutamanya dalam keadaan Najib yang begitu ghairah dengan program mesra rakyat dan 1 Malaysia sekarang.

Secara kasarnya, Pakatan boleh bersatu untuk mengempurkan Parlimen berkenaan berdasarkan pembahagian DUN seperti semasa Pilihanraya lalu, di mana PAS tumpu di Hulu Bernam, PKR tumpu di Batang Kali dan DAP tumpu di Kuala Kubu Bharu.

Saya berani mengatakan bahawa Kuala Kubu Bharu berpontensi untuk meraih undi yang lebih banyak bagi Pakatan tetapi di Hulu Bernam dan Batang Kali, Pakatan perlu menguasai undi Melayu juga bagi memastikan BN dapat dikalahkan kerana di sana sokong Melayu kepada BN begitu kuat dan Umno sekarang cuba melobi untuk meletakan calon mereka untuk menafikan peluang Palanieval kembali ke Parlimen.

Jika ini berlaku, dan Umno diberikan peluang maka cabaran buat Pakatan agak getir. Pada saya berhadapan dengan MIC atau MCA sekarang agak mudah sedang Umno kita masih 50/50 kerana undi Melayu boleh jadi penentu dalam pertembungan.

Kita tidak boleh menafikan semangat dan sentimen rasis ataupun kebangsaan dalam pilihanraya kecil ini. Walaupun kita berjuang atas semangat semua kaum, tetapi identiti dan resam hidup masyarakat di Parlimen ini masih terikat pada paksi perkauman dan jika diasak, semangat rasis itu akan menjadi kuat dan di sana peluang Umno lebih baik.

Umno pastinya akan sedaya upaya menarik pengundi Melayu keluar bagi mengatasi pengaruh sokongan bukan Melayu pada Pakatan dan pengundian tidak mustahil akan pecah dua di mana kaum Melayu 70% undi BN, Cina 80% bersama Pakatan dan India akan melihat kepada siapa yang mampu berikan jaminan jangka panjang pada mereka jika menang- Maknanya India juga boleh jadi penentu.

Saya sendiri sukar untuk memikirkan siapa yang layak untuk jadi calon atau parti mana yang akan menang. Pakatan pasti akan bertahan habis-habisan dan BN akan berusaha bersungguh-sungguh kerana kemenangan dalam Pilihanraya kali ini menjadi benchmark kepada kekuatan pengaruh semasa Pakatan atau BN.

Kita menerima hakikat bahawa pengaruh Pakatan sedikit tercalar selepas beberapa insiden terutamannya tindakan beberapa wakil rakyat yang lompat parti yang majoritinya dari PKR. Modal ini pastinya menjadi lauk buat BN dan tidak mustahil wakil rakyat Bebas ini akan turun menyokong dan berkempen untuk calon BN bagi mempengaruhi pengundi.

Apa yang penting dalam hal ini, PKR, PAS dan DAP perlu berbincang tentang siapakah calon yang paling layak tanpa mengira mereka dari parti mana kerana rakyat mahu seorang calon yang boleh diterima oleh semua kaum dan mempunyai keperibadian yang kuat serta dihormati.

Dan saya amat berharap juga agar calon yang dipilih nanti adalah mereka yang benar-benar taat dan hormat pada parti dan Pakatan keseluruhannya.

MELETER UNTUK PERKASA

Oleh Ust. Zolkharnain Abidin

Perkasa mengusulkan supaya PAS dan Umno berbincang untuk menjaga kepentingan Melayu.

Maksudnya, bagi Perkasa selama negara ini diperintah Umno (BN), Melayu tidak terbela. Umno memerlukan PAS bersamanya, barulah Melayu terbela mengikut perlembagaan.

Sekali pandang cadangan ini macam bagus. Tapi kalau pandang kali kedua, cadangan ini nampak kurang cerdik. Pencadangnya tidak berminda strategik, minda 70 an.

Bagaimana nak bela Melayu? Dengan cium keris atau dengan jadi MP bebas?

Melayu boleh terbela bukan dengan bekerjasama dengan Umno tetapi dengan menumbangkan Umno. Kalau mahu Melayu terbela, PAS tidak perlu berbincang dengan Umno tetapi dengan memperkukuhkan Pakatan Rakat.

Apa yang Umno ada untuk membela Melayu? Umno nak bela Melayu dengan cium keris, beli kapal selam tak boleh selam atau terbang dengan jet tanpa enjin? Dengan gaya hidup penjajah, dengan gelumangan rasuah atau dengan politik ‘boleh apa sahaja’?

Melayu terbela dengan keadilan, kebertanggungjawaban dan ketelusan. Meletak harapan kepada Najib dengan Rosmah untuk membela Melayu sama seperti meletak harapan kepada memerang untuk mengawal kolam ikan keli.

Orang Melayu ada al-Quran, tetapi itu diketepikan. Selama Umno berkuasa, pernahkah Umno melayan al-Quran melebihi layanannya sekadar memusabaqahkan kitab suci itu?

Umno bising apabila ada pemimpin PR yang baca al-Quran dalam ceramah, tetapi pernahkah Umno bising terhadap remaja yang tidak pernah baca al-Quran dimana-mana?

Daripada berkering tekak berkeriyau berteriak soal membela Melayu, lebih baik berhabis-habisan berfikir membela Islam. Bukan Islam acuan Umno tetapi Islam wahyuan Ilahi.

Mengapa perlu berpusing kepala berbimbang negara ini jatuh ke tangan Cina atau India? Apa masalahnya dengan Cina dan India? Adakah Melayu lebih mulia daripada Cina dan India? Kalau Cina dan India mampu mengembangkan Islam di negara ini, mengapa orang Melayu perlu bersusah hati?

Kalau Cina dan India lebih berpegang dengan Islam, biarkan mereka memerintah negara ini berbanding negara ini diperintah oleh Melayu jika Islamnya entah kemana.

Kalau di zaman Abdullah ada juga bunyi Islamnya walau pun Islam Hadhari, namun zaman Najib, bunyi Islamnya pun sudah lenyap.

Betulkah jika negara ini jatuh ke tangan India dan Cina, orang Melayu merempat? Malaysia akan jadi macam Singapura? Umno jangan lupa bahawa Singapura jadi begitu angkara Umno, angkara Melayu Umno. Umno lupa?

Aaahhhh… daripada berbincang dengan Umno lebih baik berkawan dengan DAP. Seburuk-buruk Lim Guan Eng, sehingga kini dia belum terbukti rasuah. Sebaik-baik pemimpin Umno, hah… rasuah sampai sesak hidung rakyat untuk bernafas.

SUMBER http://syukran.wordpress.com/

MATC SETIAWANGSA SELESAI

Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) Setiawangsa yang bermula jam 9.00 pagi tadi telah selesai dengan jayanya pada jam 1.30 tengahari.
Antara beberapa orang Jawatankuasa PKR Cabang Setiawangsa bersama YB Zuraida


Antara Ahli Wanita PKR Cabang Setiawangsa bergambar bersama YB Zuraidah



Ahli-ahli sedang menunggu Mesyuarat Agong Wanita PKR Cabang Setiawangsa untuk dimulakan

Saturday, March 27, 2010

PKR TELAH BERSIAP DI HULU SELANGOR

Parti Keadilan Rakyat sentiasa dalam keadaan bersiap-siaga menghadapi pilihanraya, selaras dengan strategi parti yang berkehendakkan jentera yang cekap dan boleh dikerah bila-bila masa sahaja. Pengerusi Pilihanraya PKR Selangor Abdullah Sani berkata setiap Ahli Parlimen PKR diarah untuk menganjurkan sekuranhg-kurangnya 40 program rakyat dalam setahun.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas strategi parti menghadapi pilihanraya kecil Hulu Selangor akan datang. "Kita telah merancang beberapa program yang diatur awal-awal untuk sepanjang tahun ini, maka bila pilihanraya kita tidak kelam-kabut. Sekiranya ada kejadian mendadak seperti kematian misalannya, kita sesuaikan program mengikut keadaan semasa," jelas Abdullah.

Sementara itu, PKR akan melancarkan Kempen Selamatkan Malaysia, Tolak Konspirasi kedua di Stadium Mini Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir bersama tokoh-tokoh politik Pakatan Rakyat yang lain bagi memberi sokongan kepada kempen ini. "Program ini akan tetap diteruskan samada ada pilihanraya atau tidak," tegas beliau. Abdullah berkata pimpinan UMNO Barisan Nasional angkuh dalam membuat pelbagai kenyataan betapa parti itu mampu menawan kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dari tangan PKR.

SUMBER http://addin77.blogspot.com/

UMNO GILA "OUTSOURCE"

Ameno gila ‘outsource’ sekarang ni. Untuk orang yang menjajah negara dan menguruskannya secara korporat seperti ameno, outsource adalah penyelesaian mudah untuk meletakkan masalah dalaman difikir oleh pihak luaran.

Satu ketika beberapa tahun dulu, ada syarikat yang ‘gila outsource’ sampai ke tahap yang tinggal cuma CEO dan sekretari. Department yang lain habis dioutsourcenya. Secara umum, tujuan utama outsource ialah 1) syarikat boleh tumpu kepada perkara yang lebih mustahak – cari duit, 2) dipercayai outsource dapat menjimatkan sumber syarikat terutama kewangan dan sumber manusia.

Outsource jugak boleh berlaku dengan cara ‘mengkorporatkan jabatan’. Contohnya syarikat yang rasa bahawa jabatan IT banyak sangat sedut duit syarikat, maka syarikat koroporatkan (swastakan) jabatan tersebut dan IT, instead of buat kerja buta cukup bulan ambik gaji, akan charge syarikat setiap job yang dilakukan. IT tadi juga boleh keluar buat bisnes di luar. Maka syarikat sudah tidak perlu fikirkan tentang IT budget dan staff IT.

Tertarik dengan idea outsource ini agaknya, maka ameno cuba mengharung ‘lautan biru’ (blue ocean) dalam politik negara dengan mencuba kaedah ini.

Lately, kalau diamati dengan teliti, ameno telah outsourcekan core perjuangannya – rasis – kepada PERKOSA PERKASA. PERKASA sekarang, yang diketuai oleh Ibrahim ‘putera katak’ Ali, berjaya membawa PERKASA untuk menjadi lidah rasis ameno. Ameno sekarang tidak perlu fikirkan lagi tentang perjuangan rasisnya yang mendapat bantahan, bukan saja dari bangsa sendiri, malah dari ahli sendiri, sebab ianya telah dioutsourcekan kepada PERKASA. Apa saja perkara2 bangang berkaitan rasisme dan hasutan, Brahim akan men’champion’inya. Ameno boleh terus tumpu kepada rambut Rosmah perkara lain.

Perkara yang kedua ialah fitnah. Telah terbukti bahawa ameno gagal dalam usahanya menabur fitnah bilamana mereka membeli seketul dua mangkaq sengkek dari PR untuk memfitnah PR melalui pentas rasmi ameno. Terbukti dengan kemasukan Ezam dan gerombolan lainnya ke dalam ameno tidak lansung dipedulikan orang. Outsource ialah menyerahkan urusan kepada pihak lain, bukan urusan itu diuruskan oleh orang dalam. Maka Ezam gagal melaksanakan fitnah – kerana ianya tidak dioutsourcekan.

Sebab itu 4 MP terpaksa dibeli dan diternak di dalam kandang ‘Bebas’ untuk menfitnah. Jika mereka dalam kandang ameno, mereka akan sama seperti Ezam, tidak menyengat dan kurang kredibiliti. Hanya outsourcing sahaja yang – bagi ameno – dapat menarik perhatian rakyat. Nah, ameno boleh terus tembunkan Rosmah tumpu kepada perkara lain. Tugas fitnah telah pun dioutsource pada ‘Bebas’.

Ameno akan mula berkata PERKASA dan Bebas tiada kaitan dengan mereka. Malah, pada satu2 masa, mereka akan ‘bergaduh’ sesama sendiri untuk menampakkan ke’real’annya perkara ini. Harapannya rakyat akan terbodoh sekali lagi dengan trik outsource – yang kebetulan sangat digemari oleh mereka yang berada dalam bisnes perbankan (*hint*) – dan mula melihat ameno sebagai ‘liberal’ dan tidak rasis. Fitnah itu Bebas, rasis itu Perkasa. Ameno adalah wira. Ewwwaahhh.

Aku ada masalah dengan outsourcing? Tadak. Sebab aku pun sokong outsourcing. Mudahkan kerja aku. Ada masalah? Angkat talipon, jerkah saja. Ada permintaan? Angkat talipon, mintak saja. Kita bayaq. Nak apa, mintak. Janji ongkosnya cukup. Dan outsource ni lebih inovatif, sebab mereka yang bekerja dlm bisnes outsource ni harus sentiasa peka dan kreatif sebab kalau tidak, kompetitor lain akan hulur kepala. Terpaksa la diterminate kontrak. Bebas dan PERKASA akan lebih inovatif dan kreatif dalam approachnya demi untuk memastikan kelansungan kontrak dengan ameno.

Cuma masalah outsource ni satu jer, terlampau bergantung pada mereka yang akhirnya mengakibatkan mereka naik lemak dan menekan. Tambahan bila banyak rahsia diketahui dan ada dalam tangan. Bila2 saja, secara tiba2, ianya boleh ‘bocor sebab kecuaian staff’ atau ‘kelemahan kontrak’ jika tidak ‘ditangani dengan segera’. Ini akan bagi tekanan.

Ameno mungkin boleh atasi masalah PERKASA dan Bebas yang telah dioutsourcekan daripada menekan ameno untuk berada dalam keadaan payah. Mereka boleh outsourcekan C4.

Tetapi dengan syarikat yahudi laknatullah bernama APCO yang telah dioutsourcekan PR negara pada syarikat ini? How? Bagaimana jika betul 1Israel itu memang kerja APCO. Harus diingat bahawa orang kuat APCO juga adalah orang2 kuat Israel. Apakah strategi Malaysia untuk mengurangkan tekanan syarikat yang sayang Israel ini bilamana mereka mula menekan kita? Mereka dah tak main C4….

Outsoure telah mula menampakkan kelemahannya dan banyak syarikat perbankan dan syarikat korporat yang gila outsource dulu sudah mula realise bahawa ianya lebih banyak keburukan dari kebaikan. Operasi utama tidak boleh dioutsourcekan kerana tekanan kepada kerahsiaan adalah sangat tinggi. Kemungkinan ianya akan digunakan sebagain ‘ransom’ tidak dapat dielakkan.

Rasis, fitnah, dan jaringan bisnes dan contact adalah operasi utama ameno. Bila operasi utama ini mereka outsourcekan, tunggulah masa senak nanti bila masing2 perlukan sumber dan ameno sudah tidak sanggup menurutinya lagi.

Ingat, mereka ada C4 untuk selesaikan masalah dalaman negara. Tetapi untuk masalah yang disimpan di Israel?

Selamat bersidang kepada semua rakan2 di Parlimen Monggolia Malaysia!

SUMBER http://jahilgoblog.net/