THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, February 19, 2010

MANA UMNO YANG MELALAK DI PP

UMNO telah tersadai di Pulau Pinang dalam PRU Ke-12. Gerakan dan MCA tersungkur terus. Mereka gagal membela nasib orang Melayu, Cina, dan India. DAP yang selama ini gagal merealisasilan Projek Tanjung 1 dan 2 muncul sebagai pengemudi pemerintahan dengan menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola. Untuk ke arah itu, DAP membuat anjakan paradigma yang besar. DAP rapat dengan PAS yang dahulunya mereka tentang kerana percayakan dakyah UMNO bahawa PAS menggunakan agama untuk tujuan politik.

Perubahan sikap DAP itu menakutkan UMNO. Apabila DAP mula menyedari keadilan Islam, UMNO yang menolak Islam gentar kerana rakan mereka yang terdiri daripada MCA, MIC, Gerakan, PPP, dan lain-lain masih buta tentang Islam. Semacam timbul rasa malu dan bersalah dalam diri UMNO disebabkan kelemahan itu.

Untuk menyekat hal itu terus berkembang dan memudaratkan UMNO/BN, mereka tampil dengan propaganda lama. DAP dicap sebagai cauvinis, diktator, dan komunis. Tiga cap yang dahulunya cukup menggerunkan orang Melayu. Ditambah pula dengan bukti DAP merobahkan gerai-gerai orang Melayu di Pulau Pinang tetapi sejarah tidak boleh dipadamkan, UMNO/BNlah yang lebih banyak berbuat demikian semasa mereka memerintah. Ludah ke langit kena batang hidung sendiri. Apatah lagi ludah itu berkahak. Sungguh menjijikkan dan memualkan.

UMNO tersungkur lagi dalam kes pembatalan perarakan Maulidul Rasul. Parti itu ghairah mempertahankan perkara-perkara yang remeh-temeh tetapi meninggalkan yang utama, yakni menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Sedang mereka bersungguh-sungguh hingga sanggup mengemukakan bukti dan bertegang leher mengenai amalan yang tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah itu, Perlis, Pahang, dan Johor mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan.

Rakyat ingin mendengar rintihan dan lalakan UMNO mengenai hal ini. Jika tiada apa-apa tindakan, itu bermakna mereka tidak berprinsip. Lim Guan Eng tak buat tak boleh, Pahang, Johor, dan Perlis tak buat tak apa. Sekali lagi senjata UMNO makan tuan!!!

Pulau Pinang akan berasa lega sekarang ini. Surat yang dikatakan betul oleh UMNO dan dijaja dengan sungguh hati itu, bolehlah diterima sebagai betul oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. UMNO nak letak muka di mana sekarang? Adakah UMNO akan tukar fikiran dan kenyataan kali ini? Mungkinkah mereka akan kata perarakan di Perlis, Pahang, dan Johor patut ditiadakan, Penang mesti teruskan kerana Lim Guan Eng kata akan ada perarakan? Itu pemikiran orang bertamadunkah?

Barangkali semua ini berlaku kerana Allah hendak menunjukkan kepada kita semua betapa jahilnya UMNO dalam hal ehwal sosiologi Islam ini. Jika hal itu pun mereka terlalu jahil, apatah lagi perkara-perkara yang fardu. Inilah akibatnya apabila hukum-hakam Islam ditolak. Sudahlah begitu, orang bukan Islam hendak mendekati Islam pun dipandang dengan penuh prasangka.

DAP tidak perlu mengikut rentak UMNO yang sumbang dan sumbing di merata-rata bahagian sekarang ini. Teruskan bersama PAS untuk memahami kemurnian ajaran Islam. Dengan berbuat demikian, akan runtuhlah pandangan serong terhadap Islam akibat terpengaruh dengan tohmahan UMNO selama ini.

Islam tidak pernah memandang rendah kepada orang yang bukan beragama Islam. Toleransi Islam terhadap kebebasan beragama tidak pernah ternoda. Tiada juga paksaan kepada sesiapa pun untuk memeluk Islam. Aspek-aspek sebegini perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Usah terpengaruh dengan propaganda UMNO yang mengatakan PAS golongan yang ekstremis, tetapi terimalah kenyataan bahawa UMNO berpegang kepada agama dan politik tidak boleh disatukan. Sebab itulah mereka tidak bermoral. Sebab itulah tindak tanduk mereka dalam isu agama sentiasa dibuat secara berpilih-pilih. Pejuang Islam yang tulen tidak akan berbuat demikian.

SUMBER http://bilahrotan.blogspot.com/

0 comments: