THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, December 5, 2009

DOUBLE STANDARD UNTUK PENDEMONSTRASI

Di Malaysia pada satu ketika dulu, demonstrasi menjadi aktiviti pihak pembangkang dan penyokong-penyokongnya. Aktiviti demonstrasi ini dilakukan sehingga kini jika ada rasa tidak puas hati dari mereka. Apa yang dilakukan ini ada baiknya bagi menarik perhatian pihak berwajib dan pemimpin-pemimpin yang berkenaan serta ianya merupakan aspek kebebasan rakyat bersuara. Bagaimanapun ianya dibantah secara keras oleh pemimpin-pemimpin pemerintah khasnya UMNO sehingga Ketua Pemudanya menggelar para demonstrasi sebagai beruk.

Bagaimanapun, pada hari ini ada pemimpin-pemimpin dari pihak "pembangkang" yang dulunya terlibat dengan demonstrasi telah cuba menghalang pihak lain berdemo kerana menentang isu mereka sehingga telah membuat laporan polis bagi menghalangnya. Sebaiknya demo ini dibiar dan dibenarkan, asalkan tidak menjejaskan ketenteraman. Kalau kita boleh, eloklah merekapun boleh. Kalau mereka boleh, kitapun diberikan kebebasan yang sama.

Yang jadi persoalannya ialah sikap prejudis pihak berkuasa yang ada di Malaysia. Walaupun beberapa siri demostrasi oleh kedua-dua belah pihak telah berlangsung dalam tempoh setahun ini tetapi tindakan dan layanan pihak berkuasa atau polis sangat berbeza. Lihat saja suasana yang ditimbulkan oleh polis apabila demostrasi dijalankan oleh penyokong-penyokong dari Pakatan Rakyat. Sudah pasti berlaku provokasi dari polis sendiri sehingga perlu menggunakan kekerasan sehingga 'menyiram', membalon dan menangkap peserta demostrasi. Berbeza dengan penyokong-penyokong pro UMNO B-end yang berdemo, mereka diperhatikan saja atau sehingga diberi 'perlindungan' untuk berdemostrasi. Apabila terdapat tekanan atau bantahan maka barulah mereka ini dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan dan 'dilepaskan' tanpa apa-apa tindakan lanjut.

Inilah keadilan demokrasi di Malaysia yang tercinta ini.

0 comments: