Saturday, May 29, 2010
PKR PERKETAT PILIH CALON
Posted by pondokmaya at 6:06:00 PM 0 comments
Labels: politics
MEM DIKRITIK
Mereka ialah bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Senator Datuk Akbar Ali dan bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Datuk Halipah Esa.
Posted by pondokmaya at 5:56:00 PM 0 comments
Labels: economy
MP PKR PERLU BUKTIKAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar ahli-ahli Parlimen yang telah keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar menafikan yang mereka tidak menerima sebarang ganjaran sama ada dalam bentuk wang ataupun kontrak kerajaan.Anwar membuat cabaran itu beberapa jam selepas mengeluarkan satu kenyataan di ibu negara bahawa pihaknya ada bukti wakil-wakil rakyat yang keluar PKR sejak setahun lalu ada menerima RM2 juta dan kontrak bernilai berjuta-juta ringgit. Malah parti itu dijangka keluar dengan satu mekanisme untuk mengawal keadaan itu pada masa depan. Ketika berucap pada ceramah di sini malam tadi, menjelang Kongres Nasional Keenam PKR, Anwar yang juga penasihat parti itu berkata, beliau berharap wakil-wakil rakyat yang telah keluar itu agar menyahut cabaran tersebut. “Petang tadi saya ada keluarkan kenyataan ahli-ahli Parlimen yang keluar ini menerima (ganjaran) wang RM2 juta, kita ada bukti... kita akan keluarkan dalam waktu terdekat ini. “Sebelum kita keluarkan, kita minta mereka menafikan (yang tidak terima ganjaran,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sambil menambah, orang ramai akan terkejut dengan maklumat itu dikeluarkan. “Saya nak tunggu apa mereka hendak kata,” katanya lagi. Kata Anwar, kenyataan-kenyataan bahawa mereka tidak percaya dan kecewa dengan kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat hanyalah alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka keluar parti. “Mereka keluar dengan kata Anwar khianat, tetapi alasan sebenar kita akan keluarkan bukti... biar rakyat yang buat penilaian,” katanya. Turut berucap pada ceramah itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. “Kita ada maklumat, paling kurang (mereka terima RM2 juta)... saya ada bukti, dalam waktu singkat (akan umumkan),” katanya. SUMBER http://www.themalaysianinsider.com/
Posted by pondokmaya at 5:48:00 PM 0 comments
Labels: politics
ISU LESEN JUDI BOLA
Terima kasih.
NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Bachok
27 Mei 2010
Posted by pondokmaya at 5:42:00 PM 0 comments
ORANG TERKAYO DI MALAYSIA
Sementara Ketua Eksekutif PEMANDU Jabatan Perdana Menteri Idris Jala membeliakkan mata rakyat dengan ramalan bahawa negara bakal menyusul jejak Greece untuk menjadi negara muflis seandainya subsidi tidak dikurangkan, Forbes Asiapula mengumumkan perangkaan bahawa jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah bertambah sebanyak 42%, berikutan perkembangan ekonomi negara. Menurut "Malaysia Rich List 2010" yang diumumkan oleh Forbes Asia, jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah bertambah dari USD 36 bilion pada tahun 2009, kepada USD 51 bilion pada tahun ini, malah memecah rekod USD 46 bilion yang dicapai pada tahun 2008. Selain daripada itu, mereka yang memiliki jumlah kekayaan melebihi USD 1 bilion di Malaysia telah bertambah dari 9 orang pada tahun lalu, kepada 10 orang pada tahun ini. Menurut Forbes Asia, pertumbuhan kekayaan secara keseluruhannya orang kaya di Malaysia ini selari dengan pasaran saham yang melonjak 32% sepanjang 12 bulan yang lalu, dan kadar pertambahan nilai mata wang ringgit yang melambung 11% pada masa yang sama. Robert Kuok terkaya Ananda Krishnan pula menyusul di belakang, sebagai orang kedua terkaya dengan harta bersih bernilai USD 8.1 bilion, pertambahan USD 1.1 bilion berbanding tahun lalu. Syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, MAXIS yang dikuasai Ananda Krishnan menjadi syarikat tersenarai semula pada tahun lalu, berjaya mengumpulkan USD 3.4 bilion, lantas menjadi Initial Public Offering (IPO) yang terbesar di Malaysia. Lee Shin Cheng menduduki tempat ketiga dengan harta bersih USD 4.6 bilion, bertambah satu kali ganda daripada USD 3.2 bilion pada tahun lalu. Kumpulan IOI yang dikuasai Lee Shin Cheng merupakan antara syarikat pemprosesan kelapa sawit yang terbesar di dunia. Selain tiga orang terkaya di atas, jumlah harta 27 orang terkaya di Malaysia juga bertambah dalam masa setahun ini. Antaranya, Goh Peng Ooi yang menduduki tempat ke-16, kekayaannya melonjak secara mendadak dengan kadar 280% pada tahun 2010, dari USD 112 juta pada tahun 2009 kepada USD 425 juta tahun ini. Muka baru orang terkaya Biarpun secara puratanya jumlah kekayaan 40 orang terkaya telah bertambah, tetapi penyusutan juga berlaku pada sesetengah orang terkaya ini. Antaranya, kekayaan tycoon judi Chen Lip Keong menyusut dari USD 195 juta pada tahun 2009 kepada USD180 juta pada tahun ini, malah jatuh dari tangga ke-21 kepada ke-29. Selain daripada itu, Lee Swee Eng yang menguasai kumpulan KNM, juga tersusut nilai harta kekayaannya dari USD 190 juta pada tahun lalu kepada USD 150 juta pada tahun ini. Muka baru yang berjaya memasuki senarai 40 terkaya termasuklah adik beradik Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura Group, berkongsi ranking ke-23 dengan jumlah kekayaan USD 270 juta. Selain daripada itu, tiga orang terkaya yang terkeluar dari senarai ini, kembali semula pada tahun ini. Antaranya, adik Perdana Menteri, Nazir Razak (gambar kiri) tersenarai semula dengan USD 145 juta pada kedudukan ke-32. * Ditulis oleh Neo Chee Hua, Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal. SUMBER http://www.merdekareview.com/Orang terkaya di Malaysia, Robert Kuok (gambar kiri) kekal sebagai orang terkaya di Malaysia, dengan harta bersih bernilai USD 12 billion pada tahun 2010, USD 3 bilion bertambah jika dibandingkan dengan tahun lepas. Robert Kuok kekal pada kedudukan orang terkaya di Malaysia sejak Forbes Asia mula menyusun senarai ini pada tahun 2006.
Selain daripada itu, A K Nathan buat pertama kali memasuki senarai 40 terkaya, dengan USD 250 juta pada ranking ke-24. Syarikat Eversendai yang dikuasai A K Nathan terlibat dalam projek pembinaan bangunan terkenal, termasuk menara tertinggi di dunia yang terletak di Dubai.
Posted by pondokmaya at 5:33:00 PM 0 comments
Friday, May 28, 2010
ANTARA KUASA MENTERI DENGAN PBT
Posted by pondokmaya at 12:01:00 AM 0 comments
Thursday, May 27, 2010
PBT TAK AKAN KELUAR LESEN OPERASI JUDI BOLA
Naib Presiden PAS
Posted by pondokmaya at 11:40:00 PM 0 comments
Monday, May 17, 2010
LOWER OR HIGHER VOTER TURNOUT
Most news reports are talking about a lower voter turnout in Sibu. But actually, the turnout was higher than 2008.
In 2008, the turnout was 67 per cent. But this time around, 70 percent (or more accurately 69 per cent) of voters cast their ballots.
The confusion arose when the Election Commission announced the turnout at 59.86 per cent soon after polling centres closed at 5.00pm. That caught me by surprise as I was expecting a 65-70 per cent turnout based on the estimated figures reported at around 3.00pm.
How could the Election Commission get it so wrong – they were out by an incredible 10 per cent! It was only a couple of hours later that they sent an SMS to Malaysiakini, correcting their earlier figure.
Again, that doesn’t help their credibility.
SUMBER http://anilnetto.com/
Posted by pondokmaya at 11:08:00 PM 0 comments
Labels: politics
Sunday, May 9, 2010
OH MAGARAN DI MANA KAU?
Beberapa hari lepas kita telah menyaksikan sekurang-kurangnya seramai 20 ahli NGO yang menganggotai Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya, bagi membantah kenyataan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berhubung titah Sultan Selangor.
Mereka telah mendakwa Zaid seolah-olah memperleceh dan mempersendakan titah Sultan Selangor supaya rakyat tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik.
Mereka turut mendesak Zaid supaya meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.
Penasihat undang-undang pertubuhan berkenaan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mengetuai perhimpunan selama 15 minit itu turut membaca kandungan memorandum itu sebelum menyerahkannya kepada seorang wakil PKR.
Mohd Khairul Azam juga mendakwa, Zaid tidak memahami perlembagaan kerana menyifatkan pendirian sultan itu sebagai pandangan peribadi.
Tegasnya, Jadual 8, Perkara 71 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa seseorang raja berhak bertindak mengikut budi bicara sendiri tanpa perlu merujuk kepada majlis agama atau majlis kerajaan negeri.
Kalau Zaid Ibrahim dituduh penderhaka kepada Sultan Selangor kerana didakwa oleh Magaran memperleceh dan mempersendakan titah Sultan Selangor bagimana pula dengan Rosmah yang jelas menderhaka kepada kepada DYMM Raja Permaisuri Agong dengan menggangap dirinya adalah Wanita Pertama Malaysia.
Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".
"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain.
Dengan menerima dan menggangap dirinya sebagai wanita Pertama Malaysia sebagaimana yang disiarkan di iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times.
Jika Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) telah melakukan demo kerana mendakwa Zaid adalah Penderhaka kepada Sultan Selangor kenapa takut pula untuk mengadakan demo mendesak Rosmah meminta maaf kepada DYMM Raja Permaisuri Agong..
Buktikan bahawa Magaran itu bukanlah Barua atau kuda tunggangan UMNO.
SUMBER http://darisungaiderhaka.blogspot.com/
Posted by pondokmaya at 8:13:00 PM 0 comments
Labels: politics
PENGKHIANAT RAJA

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini.
* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
* Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan d...arurat dikurangkan
* Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
* Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
* Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
* Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda
sebagai "Binatang" diarak dalam demontrasi itu.
* Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.
SUMBER http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Posted by pondokmaya at 7:23:00 PM 0 comments
Labels: politics
SIBU - DAP (PR) 40 DAN BN (SUPP) 60
Pilihanraya kecil
Ketua ahli parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini meramalkan peluang kemenangan DAP-PR dalam nisbah 4:6, berbanding BN. Beliau mengakui PRK Sibu adalah pertarungan yang sengit, namun tetap yakin bahawa pengundi Sibu akan memilih perubahan, lantas mencipta keajaiban setelah tujuh hari berkempen.
Malah, Lim Kit Siang menekankan bahawa PRK Sibu bakal membawa perubahan kepada Sibu, Sarawak dan kerajaan persekutuan. "Oleh sebab BN akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerusi ini. Jadi, sekiranya kemenangan memihak kepada DAP, maka dalam tempoh 12 hingga 18 bulan yang akan datang, kita akan menyaksikan perubahan yang tidak pernah berlaku."
Biarpun menyifatkan calon SUPP-BN, Robert Lau Hui Yew sebagai "gentleman" yang berhemah, namun Lim Kit Siang sempat mencuit calon BN ini sebagai "mangsa dasar BN", apabila menyindir Robert Lau tidak yakin dengan sekolah di bawah sistem kerajaan, kerana menghantar anaknya ke Sekolah Antarabangsa Sibu.
Rasuah, banjir, infrastruktur
Richard Wong Ho Leng yang bertanding di Sibu untuk kali keempat, jugalah ADUN Bukit Assek di dalam kawasan parlimen Lanang. Beliau enggan mengulas kemungkinan beliau tewas untuk kali keempat di Sibu, sambil menyatakan bahawa beliau yakin tuah akan memihak kepadanya kali ini.
Richard Wong Ho Leng mempertikaikan sejauh manakah BN menyelesaikan masalah banjir di Sibu, setelah 24 tahun memegang kerusi ini. "Banjir melanda setiap tahun. RM227 juta diperuntukkan kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir, tetapi berapakah yang benar-benar digunakan dalam menyelesaikan masalah banjir?"
Richard Wong Ho Leng berjanji bahawa isu rasuah akan dibawanya ke dalam Dewan Rakyat, seandainya diberi mandat oleh pengundi Sibu. Beliau menuding kepada masalah rasuah yang menyebabkan kemiskinan negeri Sarawak, sehingga infrastruktur yang terdapat di negeri keempat miskin ini masih ketinggalan. Keadaan jalan yang teruk, tiada bekalan air dan elektrik sehingga banyak rumah panjang yang menjana elektrik dengan genarator. "Kami minum sky juice yang sebenar," sindirnya apabila menggambarkan kehidupan sesetengah kampung orang asli yang masih bergantung kepada air hujan sebagai minuman.
Warisan mendiang Robert Lau Hoi Chew
66.7% daripada jumlah pengundi Sibu berketurunan Cina. PR menyasarkan sokongan 75% daripada masyarakat Cina untuk memenangi PRK ini. Namun, ia semestinya bukan tugas yang mudah apabila SUPP kini mengambil pendekatan "jadikan kemenangan BN sebagai penghargaan kepada mendiang Robert Lau Hoi Chew" untuk menarik undi komuniti Cina.
Mendiang Robert Lau Hoi Chew dikatakan meninggalkan kata-kata akhir agar Robert Lau Hui Yew mewarisi kerusinya di Sibu. Walaupun SUPP berjaya mempertahankan kerusi ini semasa PRU ke-12, tetapi kemenangan tersebut kurang manis apabila kehilangan sebahagian sokongan daripada masyarakat Cina.
Presiden SUPP George Chan Hong berharap agar BN mampu mengembalikan sokongan masyarakat Cina, dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia dalam PRK Sibu ini.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Yassin pula mengharapkan BN berjaya melanjutkan kemenangan dari Semenanjung Malaysia ke Sibu, untuk membuktikan bahawa semua kaum menyokong BN. Beliau mengakui bahawa setiap PRK penting kepada BN untuk menguji sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap polisi kerajaan.
500 PR vs 3000 BN
BN jelas menguasai gelanggang pada hari penamaan calon apabila berjaya mengerah kira-kira 3000 penyokong, berbanding dengan hampir 500 orang dari pihak PR. PRK ke-11 setelah PRU ke-12 ini diadakan apabila penyandangnya, Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia pada 9 April. Daripada 10 PRK yang berlangsung sebelum ini, BN memenangi 3 daripadanya, termasuk DUN Batang Ai (7 April 2009), DUN Bagan Pinang (11 Oktober 2009) dan parlimen Hulu Selangor (25 April 2010).
Terdapat 54,695 orang pengundi mendaftar, termasuk 2,537 pengundi pos di kawasan pengundian Sibu. 36,389 (66.7%) daripadanya adalah pengundi Cina, sementara Iban dan Melanau membawa jumlah 12,050 (22.1%), 5,740 (10.5%) orang Melayu, 54 orang India (0.01%) dan kaum yang lain, 289 orang (0.53%).
PRU ke-12 pada tahun 2008 menyaksikan pertandingan tiga penjuru, yang berakhir dengan kemenangan kepada Robert Lau Hoi Chew (19,138 undi), dengan majoriti 3,235 undi. Richard Wong Ho Leng dari DAP mendapat 15,903 undi dan Lim Chin Chuang dari PKR (812 undi). Kadar pengundian mencatat 67.77%, dengan 526 undi rosak.
SUMBER http://merdekareview.com/
Posted by pondokmaya at 6:57:00 PM 0 comments
Labels: politics
ROSMAH DERHAKA LAGI
“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.
Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.
Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.
Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”.
Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”.
Zuraidah berkata sikap Rosmah yang kerap mengganggap dirinya sebagai “The First Lady” bukan sahaja dilihat sesuatu yang tidak sopan tetapi menunjukan beliau seolah-olah cuba membelakangi Istitusi Diraja.
“Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.
“Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara,” katanya lagi.
Rosmah juga didesak supaya tidak lagi menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada.
SUMBER http://www.malaysiakini.com/
Posted by pondokmaya at 6:51:00 PM 0 comments
Labels: politics
Saturday, May 8, 2010
IBAN AKAN HILANG HAK KE ATAS TANAH ADAT JIKA SOKONG BN
“Ramai orang Iban di tempat lain di Sarawak telah kehilangan tanah mereka akan berterusan hilang jika BN terus memerintah Sarawak," kata Tajem yang kini Penasihat Parti Ke
adilan Rakyat (PKR) Sarawak.
Beliau berkata, “di Balai Ringin kita telah hilang tanah kita, apabila empat syarikat yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membina kilang minyak sawit.
“Sebanyak 741,000 hektar tanah adat telah digunakan", katanya sambil menambah pemilik tanah membantah tetapi tidak diendahkan," katanya.
Beliau dan pemilik tanah telah menulis surat kepada Umno supaya campur tangan dan menghentikan kerajaan negeri dari mengambil tanah rakyat.
Tajem berkata: “Hanya tanah aset kita. Dan jika kita hilang tanah, kita kehilangan semuanya. Kita akan menjadi orang yang tidak bertanah. Kita tidak tahu ke mana hendak pergi kecuali menjadi pelarian dan tidur di bawah jambatan.
“Orang tidak bertanah tidur di bawah jambatan pandangan biasa di negara lain. Dan apa akan terjadi kepada kita jika kita tidak menukar kerajaan negeri," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR bahagian Sri Aman, bulan lalu.
“Kita tidak mahu menukar Taib Mahmud, apa yang kita mesti tukar ialah kerajaan negeri. Jadi kita mesti bersatu dan bekerja kuat untuk menukar kerajaan dan hanya dengan itu kita boleh menyediakan program pembangunan baru," katanya.
Tajem berkata, Pakatan Rakyat mesti bercita-cita memenangi sekurang-kurangnya 36 kerusi dari 71 kerusi untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri.
“Meskipun menang kerajaan negeri sendirian, ia masih tidak mencukupi. Pakatan Rakyat juga mesti mengambilalih dan mengawal kerajaan persekutuan.
“Lihat bagaimana kerajaan persekutuan mengambil kerajaan negeri Perak dari Pakatan selepas parti memenangi pilihanraya.
“Sama seperti yang terjadi kepada kerajaan Stephen Kalong Ningkan pada akhir 1966, apabila beliau tidak setuju pegawai di Sarawak digantikan dengan pegawai dari Malaya.
“Apabila Ningkan enggan letak jawatan, kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di Sarawak. Kemudan kerajaan persekutuan meminda perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada gabenor untuk menyingkirkan Ningkan dari jawatan ketua menteri," kata Tajem.
“Ertinya, ia sangat penting kerajaan persekutuan dikawal oleh Pakatan Rakyat," tambahnya.
– The Broken Shield
Sumber http://freemalaysiatoday.com/
Posted by pondokmaya at 9:39:00 PM 0 comments
Labels: politics
Thursday, May 6, 2010
ANWAR ANTI TAPI UMNO-BN PRO YAHUDI
Namun selepas membaca artikel ini saya melihat misi media pro-BN gagal kerana dalam artikel berkenaan, mereka secara langsung
membebaskan Anwar dariAnwar hanya mengunakan mereka untuk mencari maklumat tentang apa yang Kerajaan BN buat sekarang. Jelas kini, pembelaan akhbar ‘The New Ledger’ ini terhadap APCO telah menunjukan bahawa siapakah rakan Yahudi-Israel yang sebenarnya. BN bermati-matian mengaitkan hubungan Anwar dengan pelobi Yahudi-Wolfowitz dan Al-Gore, namun akhirnya mereka gigit jari kerana Anwar nekad untuk menyerang Yahudi balik termasuklah mereka yang bekerjasama dengan kumpulan Yahudi ini iaitu BN.
Isu Apco menjadikan Anwar sebagai musuh baru dunia
Beliau hanya mengambil peluang dan mempermainkan kumpulan-kumpulan dan individu Yahudi yang berpengaruh ini. Barat begitu hebat mengecamnya kerana serang Kerajaan BN-APCO.
Nampaknya BN yang tidak dapat menjawab isu APCO terpaksa mengunakan artikel pelobi Yahudi Amerika ini untuk serang Anwar. Mereka guna Yahudi kedua pula
Pelobi Yahudi sudah istihar Anwar sebagai musuh mereka dan BN sebagai kawan mereka. Itu sudah cukup untuk memberitahu kita siapa kawan sejati Yahudi di Malaysia… BN-UMNO-APCO-Yahudi… susah sangat ker nak faham.
Mungkin kena panggil Rachel Motte atau Benjamin Netanyahu
SUMDER http://kedahlanie.blogspot.com/
Posted by pondokmaya at 7:16:00 PM 0 comments
Labels: politics
KOS MAJLIS DI PERAK BERNILAI RM1 JUTA
DPPN Pk amat menyokong penuh pendedah tersebut atas sifat menyelamatkan wang rakyat supaya ianya disalurkan bagi tujuan rakyat dan bukannya menguruskan perasmian majlis agensi atau jabatan kerajaan semata-mata. DPPN Pk tidak mengetahui motif sebenar pendedahan Datuk Seri Raja Ahmad yang banyak menimbulkan persoalan-persoalan setelah komen yang di buat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam.
DPPN Pk difahamkan bahawa semua majlis perasmian agensi atau jabatan kerajaan tersebut sudah semestinya yang di hadiri sendiri oleh Datuk Seri Zambry. Ini bermakna terlalu banyak perasmian majlis diadakan pada tahun lepas yang di hadiri oleh Datuk Seri Zambry yang menyebabkan kos majlis meningkat sepertimana yang didedahkan. Datuk Seri Raja Ahmad seolah-oleh memberikan gambaran buruk krebiliti Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini.
DPPN Pk menjangkakan bahawa Datuk Seri Raja Ahmad tidak mungkin akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri malah Pengerusi PAC mungkin akan ditukar. DPPN Pk bukan ingin mencampuri urusan Barisan Nasional (BN) tetapi jika Datuk Seri Raja Ahmad yang sanggup kehilangan jawatan-jawatan penting di atas mendedahkan pembaziran wang rakyat adalah seorang yang berintegriti walaupun Datuk Seri Zambry dan media memahami sikap sebenarnya.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Posted by pondokmaya at 7:10:00 PM 0 comments
Labels: politics

