Peruntukan rancakkan pembangunan Kereta hibrid FELDA Global Ventures Holdings Yuran sekolah Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan. Pencen Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320. Subsidi Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50 Skim Amanah Rakyat 1Malaysia Teksi persendirian Simpanan persaraan - KWSP Penjawat Awam Meringankan Kos Sara Hidup
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Friday, October 7, 2011
INTIPATI BAJET 2012
Posted by pondokmaya at 7:09:00 PM 0 comments
Labels: economy
Tuesday, May 10, 2011
2020 = 20 SEN 20 SEN
Posted by pondokmaya at 11:26:00 AM 0 comments
Labels: economy
Monday, April 25, 2011
PROGRAM MES
Posted by pondokmaya at 5:07:00 PM 0 comments
Labels: economy
Thursday, April 7, 2011
NEGERI MEMANG DAH KAYA, RAKYAT YANG PAPA

Posted by pondokmaya at 9:34:00 PM 0 comments
TAIB MAHMUD DAKWA TIADA PERNIAGAAN DI SARAWAK

Hanya pada minggu yang lalu, dengan berbohong, Taib Mahmud telah mengumumkan menerusi video bahawa dia dan anak-anaknya sentiasa mengelakkan diri mereka berniaga di Sarawak.

Namun, kami tetap akan mendedahkan segala bukti untuk menghantuinya. Terdapat bukti-bukti yang berkaitan dengan berbilion-bilion ringgit yang telah disalurkan keluar dari negeri Sarawak oleh bank persendirian keluarga Taib sahaja. Semua urusniaga itu dilaksanakan di Sarawak dan juga di seluruh Malaysia.
Bank-bank milik keluarga Taib – perniagaan mereka digerakkan oleh pengaruhnya
Sebagai contoh, mari kita lihat pada UBG Bank (dahulunya dikenali sebagai Bank Utama), yang dimiliki oleh syarikat keluarga Taib, CMS sehingga bulan November tahun lalu. Pengerusi UBG Bank adalah anaknya, Abu Bekir, manakala timbalannya pula adalah Syed Ahmen Alwee Asree, iaitu suami kepada Hanifah Taib.
Menerusi kedua-dua anak dan menantu Taib itu, UBG Bank telah mengaut keuntungan sehingga berbilion-bilion ringgit. Sila teliti pada pegangan saham-saham mereka, dan perhatikan segala apa yang telah mereka jualkan. Bagi mereka yang sekadar gemar melemparkan tuduhan bahawa Sarawak Report telah mendedahkan bukti-bukti yang dianggap tidak betul adalah mereka yang gagal memuatturunkan Laporan Tahunan yang paling asas dan pengumuman-pengumuman dari internet. Tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka tidak layak memberikan komen-komen atau boleh kita anggap sebagai pembohong.
Berdasarkan rekod-rekod itu, misalnya, sehingga tahun 2007 UBG yang mempunyai kawalan ke atas sepertiga dari kesemua saham dan keseluruhan 60% saham-saham dalam bank yang keempat terbesar di Malaysia, RHB! Maka, berapakah nilai kesemuanya bagi keluarga Taib? Beberapa siri jualan awam telah diadakan bagi memberikan kita angka-angka yang kita perlukan itu.
Mendapatkan balik wang mereka – berapakah nilainya?
Pada tahun 2007, sebagaimana yang kita ketahui, keluarganya telah cuba untuk mendapatkan wang mereka dari saham-saham dalam RHB, kerana tiga percubaan jualan secara komersial telah mengalami kemerosotan selama tiga bulan berturut-turut. Dalam pada itu, Taib juga diketahui telah gagal meletakkan bidanya mengikut kehendaknya!
Namun, keluarga Taib amat bertuah, kerana sebuah perbadanan awam telah bertindak sebagai penyelamat kerugian keluarganya yang menawarkan untuk membeli saham-saham. Perbadanan awam yang kita maksudkan di sini adalah tidak lain dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). KWSP merupakan sebuah dana persaraan kakitangan kerajaan yang terbesar di Malaysia, dan diuruskan oleh sebuah lembaga yang didominasikan oleh ahli-ahli politik dan juga pemimpin-pemimpin perniagaan.
KWSP telah membayar sejumlah RM1.4 bilion secara tunai kepada para pemegang saham-saham UBG dan keluarga Taib bagi saham-saham dalam RHB. Wang tersebut adalah dari dana pencen penjawat awam yang dibayar masuk ke dalam akaun-akaun bank keluarga Taib.
Fakta-fakta ini amatlah bertentangan dengan penafian yang telah dibuat sendiri oleh Abdul Taib Mahmud dalam video temubualnya mengenai “tuduhan konflik kepentingan” dan “menggunakan pengaruhnya untuk menambahkan kekayaannya” dengan berniaga di dalam Sarawak dan Malaysia!
Dalam pada itu, tokoh-tokoh terkemuka negeri yang menganggotai Lembaga KSWP, antara lainnya, adalah rakan karib Taib sendiri, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Y.B. Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, yang telah kami dedahkan pada minggu lalu sebagai salah seorang dari perampas tanah orang-orang asal. Kenapa Encik Morshidi tidak sudi mengembalikan kesemua tanah-tanah yang diserahkan oleh Taib kepadanya – yang telah dibiayai dengan berjuta-juta ringgit wang para pesara kakitangan kerajaan?
Selain itu, KWSP juga diminta untuk menyelamatkan projek Empangan Hidro Elektrik Bakun. Memandangkan tiada di kalangan pelabur yang sanggup melibatkan diri dalam projek berkenaan, maka KWSP telah memperuntukkan RM5.75 billion sebagai suntikan modal untuk gajah putih itu, sekali lagi, menghidupkan semula usahasama dan menambahkan kekayaan syarikat CMS milik keluarga Taib, dengan pemberian pelbagai jenis kontrak di situ.
Dan Taib mengakui bahawa beliau tiada perniagaan di Sarawak mahupun di Malaysia, dan tiada konflik kepentingan? Sesuatu kenyataan yang tidak masuk akal!
Lebih banyak wang dari UBG
Setelah ianya menjualkan saham-saham RHB dengan banyak keuntungan, UBG seterusnya memperolehi kebaikan dari pengaruh tempatan. Ianya telah memperolehi faedah daripada dua syarikat, Putrajaya Perdana Sdn Bhd dan Loh & Loh Corp Bhd dan kemudiannya mengeluarkan saham-saham baru kepada sebuah syarikat persendirian, Majestic Masterpiece yang telah melonjakkan jumlah ekuitinya dari RM800 juta kepada kira-kira RM1.5 billion.
Dalam pada itu, UBG telah mengabaikan keperluan yang ditetapkan oleh Pasaran Saham bahawa sekurang-kurangnya 25% dari keseluruhan saham dalam syarikat awam yang disenaraikan, seharusnya mudah diperolehi oleh para pelaburnya, dan bukan dipegang oleh syarikat-syarikat yang mengendalikannya. Pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh Pasaran Saham dalam 2010 telah menyatakan bahawa UBG telah tidak mematuhi keperluan-keperluan itu kerana 90% dari saham bank berkenaan adalah di bawah kendalian CMS dan rakan barunya, Majestic Masterpiece. Mujurlah, Bursa Saham Malaysia telah meluluskan perlanjutan tempohnya itu!
Apakah faedah pengambilan kedua-dua oleh UBG pada 2008 itu? Negeri Sarawak telah bersungguh-sungguh menawarkan kontrak-kontrak utama negeri kepada mereka sejak beberapa bulan yang lalu!
Pada awal 2010, akhbar The Star telah melaporkan bagaimana syarikat Loh & Loh, telah berjaya mendapat salah satu daripada kontrak-kontrak utama negeri iaitu projek pembinaan jalan bernilai RM2 billion, dianugerahkan oleh Ketua Menteri! Projek tersebut adalah pembinaan RM645 juta jalan ke Empangan Murum, yang sedang dalam pembinaan (sebuah lagi projek gajah putih yang akan memusnahkan kawasan yang amat luas di Sarawak dan menambahkan kekayaan keluarga Taib).
Sementara itu, syarikat Putrajaya Perdana, yang diambil oleh UBG, telah juga mendapat kontrak-kontrak mewah, terima kasih kepada keputusan-keputusan bijak Ketua Menteri. Salah sebuah projeknya adalah pembinaan Ibupejabat Sarawak Energy Berhad (SEB) di Isthmus di Kuching. Pada asalnya, kontrak itu telah dianugerahkan oleh Ketua Menteri kepada syarikat keluarganya, CMS dengan nilai RM232 juta. Kemudian, CMS menyerahkannya kepada anak syarikatnya yang baru, Putrajaya Perdana Construction, menerusi UBG dengan nilai RM231 juta.
Dua kontrak bernilai berjuta-juta ringgit dianugerahkannya kepada syarikat-syarikat milik keluarganya dalam masa beberapa bulan setelah diambil-alih! Tiada tanda-tanda beliau menjalankan perniagaan ‘di dalam negeri ini’? – adakah beliau ingat kita ini bodoh-bodoh belaka?
Dalam masa Taib menganugerahkan kontrak-kontrak utama kepada kedua-dua anak syarikat milik keluarganya itu, beliau juga diketahui telah berusaha memperolehi faedah dari UBG. Beberapa siri rundingan telah dijalankan untuk menjualkan saham-saham CMS dalam bank itu, dan juga saham-saham Majestic Masterpiece kepada sebuah lagi syarikat yang bermisteri, yang dikenali sebagai PetroSaudi.
PetroSaudi International adalah sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di negara Arab yang telah menunjukkan minatnya melabur dengan membeli keseluruhan UBG dan menjadikannya sebagai syarikat persendirian. Syarikat berkenaan pernah mengejutkan media-media di Malaysia dengan pelbagai-bagai janji untuk melabur secara besar-besaran dalam usahasama dengan Kerajaan, yang akhirnya tidak menjadi reality sepanjang tahun 2010. PetroSaudi telah dikatakan mempunyai perkaitan dengan seorang putera raja Arab dan beribupejabat di Arab.
Namun, Pejabat Rekod-rekod Syarikat di UK telah mengeluarkan cerita yang berlainan. Pejabat berkenaan menyatakan bahawa PetroSaudi International telah dikorporatkan pada 18hb Februari 2010, dan negara asalnya adalah United Kingdom! Ianya mempunyai pejabat-pejabat di Arab Saudi dan juga di Geneva, Switzerland, tetapi asal-usul syarikat itu adalah sejajar dengan keputusan Taib Mahmud untuk mengeluarkan berbilion-bilion ringgit sahamnya dari UBG di Sarawak dan menjualkan keseluruhan keusahawanannya itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di luar Malaysia.
Kajian dan siasatan kami ke atas pejabat-pejabat PetroSaudi International di 1 Curzon Street, Mayfair di London dan mendapati mereka menggunakan ruang-ruang pejabat di sebuah bangunan yang khasnya disewa oleh Asset Management, iaitu sebahagian dari Swiss Bank UBS.
Suatu lagi sumber keuntungan yang amat lumayan
Dengan anak-anak syarikat UBG yang baru dan dianugerahkan kontrak-kontrak besar negeri, adalah mudah sangat untuk memujuk PetroSaudi International mengambil-alih bank awam ini, dengan pemilikan 90% saham yang ada pada kedua buah badan itu (walaupun bercanggah dengan peraturan Bursa Saham Malaysia), kembali ke pangkuan-pangkuan persendirian.
Hanya pada 1hb November 2010 pembelian saham-saham CMS dan Majestic Masterpiece diselesaikan oleh PetroSaudi International. Tawaran yang dicadangkan telah diumumkan beberapa bulan sebelum itu oleh CMS yang berjumlah RM466 juta.
Amaun tersebut telah menjadikan sejumlah kira-kira RM2 bilion yang telah diperolehi oleh keluarga Taib daripada perniagaan perbankan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja. Jual-beli ini telah melibatkan suntikan dana persaraan para bekas penjawat awam dan digunakan ke atas kontrak-kontrak negeri yang diraih oleh syarikat-syarikat Taib di sepanjang tempoh rundingan itu.
Bagaimana Taib Mahmud boleh mengakui bahawa beliau tidak menjalankan perniagaan di Sarawak untuk mengelakkan dari dihantui oleh tuduhan-tuduhan konflik kepentingan? Mudah sahaja – beliau TELAH menggunakan kedudukannya dan pengaruhnya untuk menguntungkan diri sendiri. Beliau telah melarang semua bentuk media untuk melaporkannya kepada umum.
Posted by pondokmaya at 1:24:00 PM 0 comments
Thursday, July 22, 2010
STATUS TANAH KG. BARU DITUKAR
Posted by pondokmaya at 8:18:00 PM 0 comments
Friday, July 16, 2010
BARANG NAIK - KENYATAAN DSAI
Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Dato’ Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya. Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan. Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional. Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri. Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta. Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU). Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga. Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat. Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku. Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata. Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam. Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi: 1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat; 2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat; 3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting 4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara. Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni. DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Posted by pondokmaya at 9:49:00 PM 0 comments
Labels: economy

