THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 25, 2009

DATUK S.S SUBRAMANIAM SERTAI PKR

Minggu lepas bekas naib presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng menyertai PKR. Hari ini bekas naib presiden MIC, Datuk S.S Subramaniam pula menyertai PKR. Beliau merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.

Pengumuman penyertaan Subramaniam dilakukan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini. Beliau juga turut mengumumkan pembubaran 12 cawangan MIC di Petaling Jaya dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai. Ia membabitkan kira-kira 2,500 ahli MIC yang melompat menyertai PKR.

Dalam majlis itu Subramaniam berkata, "Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama tetapi baru sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut."

Mula dari UMNO (Datuk Zaid Ibrahim), kemudian diikuti dari MCA (Datuk Chua Jui Meng) dan kini MIC (Datuk S.S Subramaniam). Macam mana yang lain?. Kebangkitan rakyat kini dirasai di mana-mana. Kini UMNO B-end telah merasakan bahang dan tekanan. Parti komponen B-end lain bila lagi??. Ku Li bila lagi???. Sampai bila nak fikir????

HATI-HATI PADA SKIM CEPAT KAYA

Semalam saya menyiarkan berita mengenai Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd yang disiasat oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Rupa-rupanya selain dari Asia Ceramic Marketing itu BNM juga telah memulakan siasatan terhadap Genneva Sdn Bhd dan Etika Emas Estet Sdn Bhd kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram yang melanggar Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Genneva Sdn Bhd dan Etika Emas Estet Sdn Bhd telah dibuat di premis-premis syarikat di sekitar Lembah Klang berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Seharusnya kita berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Biasanya syarikat-syarikat ini berdaftar dengan SSM secara sah tetapi menjalankan aktiviti yang melanggar peraturan. Seperti rakan saya di SC maklumkan kepada saya suatu ketika dulu, kereta yang dibeli memang sah didaftar dengan JPJ tetapi pemiliknya menggunakan kenderaan yang didaftar untuk tujuan yang salah dari segi undang-undang seperti guna untuk merompak, bawa dadah dan sebagainya.

KEMPEN ANTI ISA


Himpuanan ISA pada 1 Ogos 2009 mulai jam 2.00 petang akan berjalan seperti dirancangkan walaupun terdapat pihak tertentu yang cuba mengagalkannya atau cuba mencetuskan huru hara. Tempat berkumpul adalah di SOGO, Pasar Seni, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Dewan Pemuda PAS bersama beberapa pemimpin PAS telah merangka jadual kempen bagi memobilasi perhimpunan ISA seperti dirancang.

25 Julai 2009 (Sabtu) mulai jam 5.00 petang, Pemuda PAS Wilayah dan Pemuda PAS Pusat akan mengedarkan risalah MANSUHKAN ISA dari Masjid India ke SOGO.

Pada 26 Julai 2009 (Ahad) mulai jam 3.00 petang pula, Pemuda PAS Wilayah dan Lajnah Penerangan PAS Pusat akan mengadakan program yang sama di hadapan kolam air terjun KLCC.

Kehadiran semua media adalah dialu-alukan. Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan telefon di 019-2168557.

Friday, July 24, 2009

LARANGAN DARI NOH OMAR

Kenyataan Dato' Noh Omar, Menteri Pertanian yang melarang kakitangan dan pegawai agensi-agensi di bawah kementerian itu untuk menghadiri program-program yang dianjurkan oleh kerajaan atau agensi negeri di bawah Pakatan Rakyat telah disanggah oleh Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS hari ini. Kenyataan tersebut telah disiarkan oleh Utusan Malaysia di muka surat 3, pada 22 Julai lalu. Blog ini juga telah menyiarkannya pada 21 Julai 2009.

Dato' Mahfuz berkata, "Kita minta agar beliau benar-benar memahami bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat termasuklah kementerian.” Ujar beliau lagi, "Keputusan yang dibuat menteri ke atas pegawai agensi dan Kementerian Pertanian supaya tidak hadir ke program anjuran kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu keputusan yang tidak demokratik dan tidak munasabah,"

Beliau juga menegaskan bahawa sumber yang dimiliki oleh kerajaan negeri adalah terhad jika dibandingkan dengan kerajaan pusat. Alasan yang diberikan oleh Noh iaitu “kegagalan kerajaan negeri memberikan dana dan sumbangan kepada jabatan serta kementerian merupakan kenyataan seorang pemimpin yang tidak bersekolah.

Menurut Dato' Mahfuz lagi, "Jika dilihat kepada negeri selain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, adakah mereka memberikan sumbangan yang lebih kepada kementerian tersebut berbanding negeri Pakatan Rakyat? Sebaliknya, kerajaan negeri telah memberikan sumbangan yang bermakna kepada kerajaan pusat khususnya berkaitan hal ehwal tanah . Mereka kena terima hakikat bahawa mereka memerlukan sumbangan kerajaan pembangkang kerana tanpa kerjasama kerajaan negeri yang memberikan tanah, sudah tentu kementerian tidak boleh menjalankan sebarang pembanguann pertanian."

ASIA CERAMIC MARKETING SDN BHD

Bank Negara Malaysia (BNM) has raided Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd's premises here following complaints received from members of the public.

The central bank said in a statement today that it was investigating the company under Section 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and Section 4 (1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA).

Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from receiving, taking, or accepting deposits without a valid licence while Section 4(1) of AMLATFA 2001 prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of money laundering activities.

"Relevant assets and documents of the company were seized for the purpose of investigation," BNM said.

It also reminded the public to be cautious of deposit taking and investment schemes offered through various channels such as the internet, phone calls or seminars conducted by individuals or companies not licensed or approved by the relevant authorities.

The public may refer to the list of licensed institutions authorised to accept deposits which is available on BNM's website at www.bnm.gov.my.

REPORT FROM BERNAMA

Kita sepatutnya berhati-hati dan berfikiran lebih matang apabila ingin membuat pelaburan. Pada ketika ini terlalu banyak syarikat dan individu yang menawarkan pelaburan (skim cepat kaya) dengan pelbagai program. Syarikat dan individu ini biasanya akan mengadakan seminar dan membuat iklan-iklan samada di akhbar, majalah dan tidak ketinggalan di laman web. Saya dapati
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd juga ada mengiklankan programnya dalam blog-blog seperti ini.

Di sini saya sarankan kepada bloger-bloger agar tidak membantu syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti seumpamanya dengan tidak diklankan syarikat-syarikat ini di blog kita walaupun dibayar.

KENYATAAN DR. LO' LO - HUKUMAN SEBAT

Artikel Themalaysianinsider.com bertarikh 23/07/2009 dengan tajuk-tajuk berikut “Outrage Over Caning For Model” dan “Syariah Lawyers Association Regrets Shahrizat’s Statement On Whipping Of Model” adalah dirujuk.

Di dalam kedua-dua artikel tersebut ada menyiarkan seperti berikut :
a) Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt.
b) Shahrizat said she was shocked by the Syariah Court decision and called for a fair and just punishment.

Meanwhile, Dr Lo'lo was surprised that whipping of women was sanctioned by the Malaysian syariah law adding punishment should be educational, and not to cause hurt.

Petang semalam saya telah dihubungi oleh wartawan meminta saya memberi sedikit komen berkaitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang model sambilan atas kesalahan meminum arak. Saya telah memberikan komen saya dengan suci hati mengikut pengetahuan saya berkaitan hukuman dan realiti masyarakat Malaysia. Malangnya terdapat pihak-pihak yang melihat kenyataan di akhbar dari konteks yang lain.

Pertama, saya terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan ke atas model tersebut. Memang saya terkejut kerana ada juga Mahkamah Syariah di Malaysia yang berupaya menghukum pesalah dengan hukuman sebegitu walaupun peruntukkan tersebut telah lama ada. Tetapi baru sekarang hukuman sebegitu dijatuhkan bagi pesalah kesalahan tersebut. Saya amat bersetuju dengan hukuman tersebut kerana sekurang-kurangnya hukuman tersebut begitu hampir dengan hukuman Hudud. Di dalam Hudud, hukuman bagi pesalah minum arak adalah 40 kali sebatan malah ada ulamak yang mengatakan sehingga 80 kali sebatan. Sebelum ini tiada Mahkamah yang menjatuhkan hukuman sebegitu walaupun Mahkamah Syariah sepatutnya menghukum mengikut hukaman Allah tetapi di Malaysia ini hukuman yang dikenakan tidak seperti yang ditetapkan Allah dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Apabila Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model tersebut, ini membuatkan saya terkejut. Bukan terkejut kerana hukuman tetapi terkejut kerana keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut. Syabas kepada beliau.

Kedua, saya mengatakan sebarang bentuk hukuman yang dikenakan samada denda, sebatan atau penjara, semuanya hendaklah dalam bentuk untuk memberi pengajaran kepada pesalah, bukannya untuk mendera atau menyebabkan kecederaan kepada pesalah. Hukuman di dalam Islam adalah untuk memberikan pengajaran kepada pesalah dan khalayak supaya menginsafi perbuatan itu. Di dalam kes ini, saya berpendapat masyarakat umumnya masih tidak memahami kaedah bagaimana sebatan ke atas pesalah dilakukan. Adakah ianya dilakukan sama seperti pesalah-pesalah jenayah lain di dalam undang-undang jenayah sivil. Masyarakat umum mengetahui bagaimana hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah jenayah sivil seperti di dalam kes pengedaran dadah, merogol, meliwat dan sebagainya. Adakah hukuman sebat di Mahkamah Syariah dilakukan dengan kaedah yang sama? Inilah kebimbangan yang saya sebutkan kepada wartawan tersebut bimbang hukuman sebat ini dianggap sebagai hukuman Mahkamah Sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada Mahkamah Syariah, lebih-lebih lagi yang dihukum seorang wanita. Ini yang perlu diperjelaskan. Inilah maksud saya bila saya mengatakan hukuman sepatutnya untuk tujuan pengajaran, bukan untuk mendatangkan kecederaan.

Saya merujuk kepada Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt. Artikel ini dengan jelas tidak tepat kerana saya bukan Ketua Muslimat PAS seperti yang didakwa. Justeru saya mengharapkan agar tiada pihak yang sewenang-wenangnya mempercayai sebarang tulisan di akhbar sebelum mendapat maklumat secukupnya. Saya kira sudah sampai masanya pihak berkuasa di Malaysia iaitu UMNO/BN “merotan” Pengurus MAS yang menyebabkan semua mereka yang berada dalam satu-satu penerbangan terlibat secara langsung dengan arak, iaitu dari pramugara/i yang hidang arak sehinggalah pilot yang mengemudi kapal terbang tersebut. Begitu juga perlu “disebat” pihak yang terbabit berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak di hotel-hotel, 7- Eleven, pasaraya-pasaraya dan pekerja-pekerja Islam di kilang Carlberg.

Akhir sekali, SYABAS KEPADA MAHKAMAH SYARIAH KUANTAN dan Syukur Alhamdulillah kepada Puan Kartika Sari Dewi Shukarnor yang telah menginsafi perbuatan tersebut. Moga Allah menerima taubat hambaNya yang menyesali kesalahan.

DI SINI SAYA LONTARKAN PERSOALAN INI KEPADA SEMUA ORANG ISLAM DI MALAYSIA, SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA DISEBAT DALAM ISU ARAK DI MALAYSIA??...

Dari blog http://docpearl.blogspot.com/2009/07/kenyataan-yb-dr-lolo-isu-hukuman-sebat.html

SHAHRIZAT KESAL

Sebuah Mahkamah Tinggi Shariah di Pahang telah memerintahkan hukuman 6 kali sebatan dan denda sebanyak RM5,000.00 ke atas seorang model, berusia 32 yang kerana didapati bersalah (mengaku bersalah) kerana meminum minuman keras di sebuah kelab malam. Menurut Hakim Abdul Rahman Yunus hukuman ini "bertujuan supaya yang dituduh bertaubat dan sebagai pengajaran kepada umat islam yang lain".

Bagaimanapun Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia @ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyuarakan sangat merasa kesal dan terperanjat ke atas perkara yang berlaku. Menurut Shahrizat, "I am extremely shocked and feel very strongly about this new development. Though it is wrong in Syariah to consume alcohol, the punishment must be fair and just. What is wrong is wrong but the implementation of the Syariah must be fair and just to everyone, including women". Menurut beliau lagi, Undang-undang Sivil tidak mempunyai peruntukan supaya kaum wanita disebat.

Thursday, July 23, 2009

BERUK DAN SPRM

Persoalan dan isu berkaitan UMNO B-end yang mempergunakan agensi-agensi kerajaan khasnya polis, mahkamah, SPRM dan sebagainya sering dibangkitkan dan senario yang berlaku memang sukar dinafikan.

Apa yang ingin saya bangkitkan ialah berhubung dengan kepimpinan UMNO B-end yang tidak konsisten dalam percakapan dan perbuatan mereka. Khairi Jamaludin (KJ - menantu mantan PM dan Ahli Parlimen Rembau @ Ketua Pemuda UMNO Malaysia) telah mengumpamakan orang ramai yang berhimpun secara "haram" sebagai beruk-beruk dijalanan. Tetapi semenjak Pakatan Rakyat dapat memerintah beberapa negeri, didapati ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO B-end ini pula kerap menganjurkan tunjuk perasaan. Semasa KJ berucap mengenai "beruk-beruk", mereka inilah yang bertepuk tangan menyokongnya. Apakah mereka sekarang mengaku menjadi beruk?.

Lagi pening ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO B-end ini ialah apabila orang Umno berdemo di perkarangan Menara Dato Onn bila SPRM mula campur tangan dalam isu rasuah wang dalam memastikan tempat dalam pemilihan Umno yang lalu. Mereka secara jelas menjerit (macam kena histeria) dan menghina SPRM. Disebaliknya, beberapa hari yang lalu kira-kira 60 ahli dan pemimpin Umno B-end menyertai demonstrasi di Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada SPRM dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Nampak dengan jelas tanpa perlu bersuluh dalam kedua-dua senario ini telah membuktikan bahawa UMNO B-end ni ikut sedap sendiri. Kalau kena sendiri dia bantah, kalau kat orang lain semua okay.


Cuba tanya KJ apakah pendiriannya tentang SPRM dan apakah ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin UMNO B-end juga dah jadi beruk?

MEDIA STATEMENT FROM LIM KIT SIANG

Media Statement by Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, 23rd July 2009
Pakatan Rakyat is convening a Parliamentary Roundtable on a new Inspector-General of Police for a safe Malaysia in Parliament next Tuesday July 28, 2009 at 10 am. The Parliamentary Roundtable, which is convened by the Pakatan Rakyat parliamentary leadership Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hadi Awang and myself, invites all Members of Parliament, whether Pakatan Rakyat or Barisan Nasional, from both houses, Dewan Rakyat and Dewan Negara, as well as leaders of professional and human right organizations, NGOs, civic organizations and concerned stakeholders to jointly deliberate on how to restore to Malaysians two lost fundamental rights – to be free from crime and the fear of crime.

In recent years, the crime rate in the country has reached endemic proportion making the streets, public places and even the privacy of our homes unsafe to Malaysians, visitors and investors.

In its report in May 2005 commenting on the latest crime statistics available to it, i.e. 156,455 incidents of crime in 2004, which was an increase of 29 per cent from 121,176 cases in 1997, the Dzaiddin Police Royal Commission said: “The increase seriously dented Malaysia’s reputation as a safe country. Malaysians in general, the business sector and foreign investors grew increasingly concerned with the situation. The fear was that, if the trend continues, there would be major social and economic consequences for Malaysia. A survey of 575 respondents from the public carried out by the Commission clearly demonstrates the extremely widespread concern among all ethnic groups and foreign residents. Between 82.2 per cent and 90 per cent of the respondents, or 8 to 9 persons in every 10, were concerned with the occurrence of crime.”

(3.1 p.108 Report) The Police Royal Commission recommended “As an immediate measure, PDRM should target a minimum of 20 per cent decrease in the number of crimes committed for each category within 12 months of this Report’s acceptance and implementation.” Instead of achieving the Police Royal Commission’s target of reducing the intolerably high incidence of crime of 156,455 cases in 2004 by 20 per cent in 12 months (i.e. 125,164 cases), the reverse took place.

From the latest statistics given in Parliament, crime index have galloped to break the 200,000 mark, with the incidence of crime shooting up to 209,582 in 2007 and 211,645 in 2008.
In the seven years from 1997 to 2004, crime index increased by 29%, but in the four years from 2004 to 2008 crime index increased by 35.5%. This is why Pakatan Rakyat is convening a Parliamentary Roundtable on a new Inspector-General of Police to provide new police leadership to roll back the tide of crime in the last five years to ensure a safe Malaysia as well as to present a new image of democratic policing in Malaysia.

The two-year renewed term of Tan Sri Musa Hassan as the current Inspector-General expires in September. It cannot be denied that during Musa’s tenure as IGP in the past three years, the national situation deteriorated in each of the three core functions identified by the Dzaiddin Police Royal Commission as the priority tasks of the police force – to keep crime low, eradicate corruption and protect human rights. In fact, street crimes became worse in the nation’s history during Musa’s tenure as IGP in the past three years and on each of the three core functions which the Dzaiddin Police Royal Commission had outlined as the priority tasks of the police force – to keep crime low, eradicate corruption and uphold human rights – Musa failed in everyone of them!

There are at least two primary reasons why the country needs a new IGP, viz: Failure of Musa in Key Performance Indicators (KPI) as IGP in the past three years in all the three core police functions to keep crime low, eradicate corruption and protect human rights. In fact, it is no exaggeration to say that under Musa, Malaysians are even more unsafe from street crimes now than when he became IGP in September5 2006. The re-appointment of Musa for another term of IGP cast an adverse aspersion on all the senior police officers, as if there is not a single one out of the eight top police officers occupying key police positions below the post of IGP who are qualified or competent enough to become the new IGP to provide a new police leadership and culture to roll back the tide of crime in the past five years.

In view of the shortness of time, all MPs whether Pakatan Rakyat or Barisan Nasional, Dewan Rakyat or Dewan Negara, are hereby invited to the Parliamentary Roundtable at Bilik Taklimat, Parlimen on Tuesday, July 28, 2009 at 10 am (lunch at end of Roundtable) even if invitations are unable to reach everyone.

Those who wish to attend or confirm their attendance should contact the Roundtable organising secretariat (Shabrimi 016-4124735; Lim Swee Kuan 016-6266848; Boon Kia Meng 012-5180863). Let the Parliamentary Roundtable on Tuesday will be a milestone in the journey to create an efficient, incorruptible, professional world-class police service regarded as an international model for all polices forces in keeping crime low, eradicating corruption and protecting human rights.

Lim Kit Siang

WACANA GENDER

Wanita Keadilan akan menganjurkan WACANA GENDER bertajuk Keadilan Sosial dan Perspektif Gender pada 15 hingga 16 Ogos 2009 bertempat di Universiti Industri Selangor (UNISEL), Kampus Shah Alam, Jalan Zirkon A7/A, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Peserta terdiri dari Exco Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Majlis pembukaan akan dilakukan oleh YB Hajah Zuraida Kamaruddin, selaku Ketua Wanita PKR. Perasmian majlis pula akan dilakukan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Nurul Huda di talian 03-78850530 atau 017-9166368

"Wanita Berdaya Harapan Negara"

Wednesday, July 22, 2009

DARI ANWARIBRAHIMCLUB

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) ingin mengajak seluruh ahli untuk turun menunjukkan sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang sekarang berhadapan dengan fitnah licik dan manipulasi undang-undang di perkarangan Mahkamah Jalan Duta bermula daripada hari Jumaat (24 Julai 2009), pukul 8.00 pagi sehinggalah perkara ini diberi keadilan yang sewajarnya.

Rakan-rakan ahli AIC digesa mencari ruang dan peluang untuk berada di sana setiap kali perbicaraan. Untuk memudahkan gerakan dan perhimpunan, rakan-rakan AIC diminta menghubungi sekretariat AIC di talian 012-9300745 (Saudara Farhash) untuk maklumat lanjut.

Rakan-rakan AIC dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut semasa di Mahkamah :

  1. Memakai baju AIC, atau baju bewarna HITAM.
  2. Sampai awal, selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi.
  3. Berkumpul di ruang legar Mahkamah dengan rakan-rakan yang lain.
  4. Mengawal tingkah laku dan tidak termakan dengan provokasi oleh mana-mana pihak.
  5. Ikut arahan sekretariat.

Rakan-rakan AIC akan berpeluang untuk dibenarkan masuk ke dalam kamar mahkamah. Sila hubungi sekretariat untuk urusan ini. Jadual perjalanan mahkamah akan dikemaskini di laman web AIC dari masa ke semasa.

AnwarIbrahimClub

17, Jalan 16/2,
Petaling Jaya
46350, Selangor,
Malaysia

e | info@anwaribrahimclub.com
w | http://www.anwaribrahimclub.com

CERAMAH UMUM

Pakatan Rakyat Keramat Pangsa akan menganjurkan satu Ceramah Umum. Maklumat ceramah adalah seperti berikut:

Tarikh : 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 09.00 malam
Tempat : Flat Keramat Pangsa, Taman Seri Keramat

PENCERAMAH
1. YB Azmin Ali
2. YB Dr. Hatta Ramli
3. YB Saari Sungib
4. Ustaz Salehudin Nasir

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

KENYATAAN MEDIA DSAI

Tarikh: 21 Julai 2009

Hari ini saya telahpun membuat dua laporan berasingan di Balai Polis Damansara. Laporan polis pertama adalah berkaitan prosiding perbicaraan saya di mana saya telah pun menfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas saya kerana ianya merupakan satu konspirasi politik berniat jahat.

Affidavit yang saya kemukakan untuk menyokong permohonan menolak pertuduhan terhadap saya, menjelaskan dari perenggan 53 sehingga 63 bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terlibat di dalam membuat laporan palsu oleh ACP Koh Hong Sun berhubung penahanan saya di bawah ISA pada 20/21 September 1998. Gani dan Musa juga terlibat memalsukan bukti di dalam siasatan serangan ke atas saya oleh Tan Sri Rahim Noor. Ini antara contoh peranan kedua-dua mereka sehingga kini yang terlibat di dalam konspirasi politik dan memalsukan keterangan/bukti terhadap saya. Dato Razak bin Musa (Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM) dan Hanafiah bin Hj Zakariah (Timbalan Pendakwa Raya yang berada di dalam pasukan pendakwaan) telah menfailkan affidavit bertarikh 30 Jun 2009. Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam affidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan di dalam prosiding mahkamah nanti. Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian dari konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu. Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi walaupun sudah mengangkat sumpah dengan berkata panel yang dianggotai oleh tiga hakim bersara (Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad dan Datuk Mohamad Noor bin Abdullah) telah mendapati Gani tidak terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah. Razak selaku ketua jabatan perundangan dan pendakwaan SPRM sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel dari tiga hakim tersebut mendapati Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah. Hanafiah pula selaku Timbalan Pendakwaraya Kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan affidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam affidavit pendakwaan.

Laporan polis kedua yang saya kemukakan berhubung kegagalan pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh saya pada 20 Februari 2009 ke atas Gani dan Musa berkaitan peranan mereka memalsukan laporan polis berkaitan penahanan saya pada 20 September 1998 yang difailkan oleh ACP Koh Hong Sun. Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April 2009 kepada OCS Balai Damansara untuk mengetahui status laporan namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan. Datuk Hishamuddin Hussein di dalam jawapan yang bertarikh 22hb terhadap soalan yang dikemukakan oleh YB Sivarasa di dalam Parlimen berkata laporan yang dikemukakan saya telah pun dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada keesokan harinya(21 Febuari 2009) Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun 2009 kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini. Kami terkejut apabila menerima maklumbalas bertulis bertarikh 10 Julai 2009 yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidangkuasa mereka. Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. Adalah munasabah untuk menganggap SPRM selepas membuat kesimpulan sedemikian merujuk kepada PDRM sesegera mungkin. Pertamanya, ini bermakna PDRM dan pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyebabkan Menteri Datuk Hishamuddin mengelirukan Parlimen dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun 2009 bahawa laporan tersebut sekian lama ada di SPRM sejak dari 21 Febuari 2009 untuk tindakan lanjut. Kedua, pihak polis yang menerima semula laporan tersebut dari SPRM (yang menerimanya pada penghujung Febuari 2009) gagal untuk berbuat apa-apa.

Kesimpulannya adalah jelas wujud satu perancangan di dalam PDRM untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku di sembunyikan. Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Gani dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara) terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan. Oleh kerana SPRM menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat dan pihak polis hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya jelas kepada saya bahawa Gani dan Musa dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka di dalam merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada tahun 1998 dan sekarang.

ANWAR IBRAHIM


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan
147410 Petaling Jaya.
Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531

ANTI DAN PRO ISA

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Pakatan Pembangkang telah merancang dan telah mengumumkan demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjurannya pada 1 Ogos 2009 (Sabtu) di Sogo, Pasar Seni dan Masjed Jamek. Perhimpunan MANSUH akan bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorundum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada masa yang sama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu juga akan berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA. Perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun. Pewaris juga bercadang hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong.

GMI meminta semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan manakala Pewaris mengarahkan penyokong mereka berpakaian putih.

Tindakan Pewaris dijangka akan mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan yang menentang ISA. Bagaimanapun, Rahimuddin berkata, "mereka tidak berniat mencetuskan perkara itu". "Kalau (mereka) kata kebebasan bersuara, kami pun nak guna juga. Kita tidak ada niat pun nak bertembung dengan sesiapa," . Beliau menyifatkan pemilihan tarikh itu "cuma kebetulan sahaja".

Sama-samalah kita fikirkan. Siapakah yang cuba megagalkan atau mencetuskan ketidaktenteraman?

KENYATAAN KETUA WANITA PKR - BENG HOCK

Wanita KEADILAN amat sedih dengan berita kematian seorang anak muda, Teoh Beng Hock (30), aktivis, idealis dalam arena politik Pakatan Rakyat. Penglibatan aktif beliau telah memberi harapan kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, khususnya dalam DAP, bahawa beliau memiliki masa depan yang cerah dalam karier politik beliau. Kematian beliau dalam suasana yang menimbulkan seribu satu tanda tanya, amatlah menyayat hati seorang ibu, yang telah kehilangan seorang anak kesayangannya, tempat membahu berbagai harapan, tetapi kini musnah secara mengejut. Hasrat untuk melihat anaknya mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya hari ini juga hancur berkecai. Bahkan mana-mana ibu yang akan menganggap Teoh seolah-olah anaknya juga, akan merasai yang serupa.

Apakah mesti berlakunya tragedi barulah sistem dan peraturan yang ada dalam agensi-agensi kerajaan dikuatkuasakan atau diselia lebih ketat? Tidakkah budaya preventif lebih memberi jaminan keselamatan kepada rakyat?

SPRM yang belum beberapa bulan diwujudkan telah semestinya tercemar imej dan dipandang negatif kerana tregedi kematian Teoh berlaku di bangunan Pejabat SPRM sendiri. SPRM wajar segera melaporkan kesemua siasatan dan memberikan hak sepenuhnya kepada keluarga Teoh untuk memastikan bahawa siasatan itu adil dan telus. SPRM wajar memberi segala bantuan dan nasihat kepada keluarga Teoh dalam menyelesaikan kes kematian beliau, terutamanya mengenai hak waris Teoh dalam proses penyiasatan, bagi membersihkan sebarang anggapan negatif terhadap SPRM.

Kehilangan nyawa dalam apa jua keadaan merupakan suatu peristiwa yang dahsyat bagi mana-mana keluarga yang terbabit. Ia juga bermakna kehilangan yang besar kepada sesebuah negara kerana rakyat adalah aset terpenting bagi setiap negara. Oleh itu, pemeliharaan nyawa rakyat Malaysia dalam setiap konteks dan keadaan mestilah diambil berat oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku dalam perkarangan pemeliharaan keselamatan sebuah agensi Kerajaan.

Wanita KEADILAN menuntut agar tragedi kematian Teoh disiasat dengan serta-merta secara telus. Pihak berkuasa seperti SPRM dituntut untuk mengambil pendekatan memastikan keselamatan fizikal, mental dan jiwa mereka yang didapati tidak bersalah selepas soal-siasat, terutamanya apabila mereka masih berada dalam kawasan di mana soal-siasat telah dilakukan.SPRM telah lalai dalam memberi jaminan keselamatan sedemikian dalam konteks kemanusiaan dan konsep kerajaan yang dikatakan mementingkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat umum. SPRM patut menggantung serta tidak meneruskan siasatan mengenai Perbelanjaan Peruntukan ADUN selagi siasatan ke atas kes kematian Teoh Beng Hock tidak diselesai dan dikemukakan hasil siasatannya kepada awam.

Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KeADILan

DARI "KEADILAN BAYAN BARU"

Tuesday, July 21, 2009

LARANGAN UNTUK KAKITANGAN DAN PEGAWAI

Semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang untuk hadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di "lima negeri" yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata ini adalah kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan. Arahan ini berkuat kuasa serta-merta.

INTERNAL SECURITY ACT (ISA)

Pada 1 Ogos 2009 (Sabtu) mulai jam 2.00 petang satu perhimpunan raksaksa bagi memansuhkan akta "drakonian" negara akan diadakan di kawasan Sogo , Masjid Jamek , KL Central. Seluruh rakyat prihatin menentang kezaliman diminta hadir bagi menunjukan sokongan.

MENGAPA BLOG????

Rakan, anak dan adik beradik saya ramai yang mempunyai blog masing-masing. Semuanya mempunyai tujuan dan cara mereka sendiri dalam mewujudkan blog. Ada yang menggunakan blog untuk perniagaan, diari dan sebagainya.

Kesedaran saya terbit apabila melihat masyarakat sekarang dah berubah arah dengan tumpuan diberikan pada internet. Kesan blog yang wujud dari internet amat mendalam malah boleh mempengaruhi minda masyarakat pada hari ini.

Pada peringkat awal ini saya akan tumpukan pada berita-berita politik yang saya fikir mempunyai implikasi kepada masyarakat di peringkat nasional. Bagaimanapun aktiviti dan perkara-perkara yang mempunyai kaitan di dalam kawasan Setiawangsa, Kuala Lumpur akan dititikberatkan.

Blog ini diharap akan menjadi media alternatif yang membenarkan masyarakat menggunakan akal fikiran untuk menilai baik buruk sesuatu perkara untuk dikongsi bersama.

ELECTRICITY TARIFF HIKE

Shares of national power utility Tenaga Nasional jumped 3 per cent yesterday to RM8.45 a piece on the belief that the government would agree to an electricity tariff hike as early as tomorrow.

Three days ago, Tenaga chief executive Datuk Che Khalib Mohamad Noh hinted at the prospect by telling reporters that the “price of fuel is more expensive now than early this year”.

Tenaga, which is 70 per cent-owned by the government, can only raise, or drop, tariffs with government consent and it’s been lobbying Kuala Lumpur for a raise after it cut tariffs by 3.7 per cent in March on easing fuel prices. But global fuel prices have almost doubled since then. "Tariff hike illustrates the government’s desire to reduce the burden of rising subsidies in the power sector"
http://en.suarakeadilan.com/current-news/2009/07/12118

MAJLIS MAKAN MALAM PKR SETIAWANGSA

PKR Cabang Setiawangsa akan menganjurkan satu majlis makan malam pada 16 Ogos 2009 bertempat di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Jalan AU2A, Taman Sri Keramat (berhampiran AEON Jusco Setiawangsa).

Majlis yang dijangka bermula pada jam 7.00 pm turut diserikan dengan pertandingan karaoke dan bertemakan Malam Mengenang Jasa Pengorbanan Tentera. Beberapa orang VVIP dijangka akan turut memeriahkan majlis ini.

Menurut Timbalan Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Encik Ahmad Juflis, majlis ini adalah bertujuan mengutip dana bagi tujuan sumbangan kepada OKU Bekas-bekas tentera disamping mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti pasti di Setiawangsa.

Tiket-tiket untuk menyertai majlis ini berharga RM100 dan RM60 sedang dijual. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan En. Juflis (Jeff) 012-6548102, En. Tharnee 019-3948902 dan En. Steven 012-3333603

ALAMAT PRK SETIAWANGSA

PARTI KEADILAN RAKYAT
BAHAGIAN SETIAWANGSA
32A-3-1, Jalan Megan Setapak
Megan Setapak
53300 KUALA LUMPUR

KEMATIAN TEOH BENG HOCK

Kematian Teoh Beng Hock tidak boleh dikaitkan dengan kaum. Tragedi ini melibatkan pelanggaran peraturan dan undang-undang. Agensi yang berkaitan iaitu SPRM khasnya dan Kerajaan Malaysia secara amnya harus bertanggungjawab. Banyak persoalan yang timbul dibenak kita yang memerlukan penyiasatan rapi bagi menjawabnya.

Pada hari pengkebumian Teoh Beng Hock, ribuan rakyat membawa bersama mereka sepanduk yang berbunyi "Keadilan untuk Beng Hock, Jawapan untuk Rakyat". Ramai yang menitiskan air mata.

Jawaban yang jelas dan tindakan yang tegas mesti diambil dan SPRM dan PM mesti bertanggungjawab sepenuhnya. "Kesayuan Selubungi Pengebumian Teoh" http://www.malaysiakini.com/news/108856