SUMBER http://bilahrotan.blogspot.com/
Friday, February 19, 2010
MANA UMNO YANG MELALAK DI PP
SUMBER http://bilahrotan.blogspot.com/
Posted by pondokmaya at 8:53:00 PM 0 comments
Labels: politics
Monday, February 15, 2010
MELAYU DIDIDIK JADI PAK PANDIR
Di saat orang melayu dilalaikan dengan isu nama Allah, orang bukan melayu diberi peruntukan. Di Perak sebagai contohnya... mereka dianugerahkan dengan lot tanah, peruntukan untuk SJKC/T, dan berbagai peruntukan lain lagi. Sayangnya melayu terus dihangatkan dengan isu yang datang dan pergi. Lebih malang lagi isu itu pula ialah isu yang bukan keputusan yang diangkat menjadi isu negara.
Di saat TPM mensifatkan pembatalan itu sebagai satu penghinaan terhadap Islam, Khairy Jamaludin juga mensifatkannya sebagai satu penghinaan. Lim Guan Eng sebagai ketua Menteri Pulau Pinang menafikannya dan Abd Malek pula telah menjelaskan kekeliruan tersebut.
Isu perarakan sempena Maulidurrasul hanyalah satu program tradisi. Ia dijadikan amalan masyarakat Malaysia. Ia bukan tuntutan agama.. bukan syariat, hanya mungkin bersifat syiar.
Diadakan atau tidak perarakan itu tidak penting, namun mengisi program yang bermanfaat adalah agenda utama yang disarankan untuk menghargai sambutan tersebut. Apa guna dihabiskan wang yang banyak hanya untuk berarak jika yang berarak itu pula ada yang tak solat lantaran letih berarak.
Berarak atau tidak bukan isu. Isunya orang melayu dilenakan dengan isu yang tidak membawa mereka kemana mana. Di saat bangsa lain menuntut sesuatu yang bersifat nyata danmenguntungkan, umNO mempermainkan bangsa melayu dengan isu yang akan berlalu begittu sahaja. Inilah politik membodohkan melayu yang diamalkan umNO.
Benarlah kisah Pak Pandir... menang sorak , kampung tergadai.....umNOlah yang mengajar bangsa melayu menggadai kampung dan negeri mereka.
SUMBER http://www.harakahdaily.net/v2/
Posted by pondokmaya at 12:24:00 PM 0 comments
Labels: politics
Sunday, February 14, 2010
TPM PERCAYA CERITA BOHONG
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengesahkan perarakan Maulidur Rasul tahunan akan diadakan seperti biasa sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan.
Lim juga menafikan dakwaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pentadbirannya anti-Islam atas alasan kononnya telah membatalkan perarakan itu kali ini.
Sebaliknya beliau menjemput timbalan perdana menteri itu sendiri mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari akhir bulan ini.
“Saya mencabar timbalan perdana menteri untuk menyertai perarakan ini apabila ia diadakan,” kata Lim sambil menambah, media arus perdana dengan sengaja membelakangkan berita atau tidak melaporkan perkara yang sebenar tentang Pulau Pinang.
“Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu,” kata Lim kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha agung DAP itu kini berhadapan dengan siri dakwaan bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Hashim yang semalam keluar parti itu untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Bulan lalu Zahrain mengecam keras kepimpinan Lim dan semalam pula mengumumkan keluar Pakatan Rakyat.
Lim yang mengetuai Pulau Pinang sejak Mac 2008, sendiri pernah mengambil bahagian dalam perarakan itu selaku ketua menteri bagi memperlihatkan beliau juga mengambil berat tentang sentimen umat Islam.
“Jangan mempolitikkan isu ini. Timbalan perdana menteri tidak harus bergantung pada maklumat-maklumat Utusan Malaysia yang tidak disahkan. Laporan bahawa kami hendak membatalkan perarakan ini adalah satu pembohongan,” katanya.
Lim telah pun melarang Utusan Malaysia dan New Straits Times, kedua-duanya dikaitkan dengan Umno, kerana menurut beliau seringkali salah lapor dan enggan membawa jawapan balas beliau.
Semalam Muhyiddin berkata tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim yang membatalkan acara tradisi umat Islam yang diadakan sebagai tanda rasa cinta dan sayang mereka kepada Nabi Muhammad, seolah-olah menunjukkan mereka tidak menyokong hasrat dan cita-cita orang Islam.
Katanya perkara yang telah menjadi amalan tradisi tidak sepatutnya diberhentikan apatah lagi dalam situasi negara yang perlu sentiasa menjaga sensitiviti semua kaum.
Menurut Muhyiddin sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah, mereka sepatutnya meneruskan amalan yang membawa kebaikan kepada sesebuah masyarakat di negeri berkenaan kerana ia melambangkan pimpinan memahami dan menghormati agama-agama lain.
“Apakah ini hendak menunjukkan satu sikap baru daripada DAP bahawa mereka tidak menyokong hasrat dan cita-cita umat Islam? Kita tanya balik pada dia (Guan Eng),” kata Muhyiddin.
Menurut laporan Utusan Malaysia semalam, mesyuarat jawatankuasa induk majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masihi peringkat negeri pada 3 Feb lalu memutuskan perarakan tersebut dibatalkan tetapi majlis perhimpunan ummah diteruskan di Dewan Sri Pinang.
Akhbar itu turut melaporkan bahawa pekeliling mengenai perkara itu telah diedarkan kepada semua ketua jabatan, ketua badan berkanun dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga melahirkan pandangan sedemikian dengan meminta kerajaan Pulau Pinang tidak wajar membatalkan perarakan Maulidur Rasul di negeri itu kerana ia adalah perarakan aman dan tidak mendatangkan keburukan.
Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.
SUMBER http://www.tranungkite.net/
Posted by pondokmaya at 10:40:00 AM 0 comments
Labels: politics
Saturday, February 13, 2010
ISU PINGGIR MELAYU DI PP
Cabaran itu dibuat dalam forum 'antifitnah' Pakatan malam tadi di pesta Tapak Expo Seberang Jaya di hadapan lebih 1,000 peserta yang hadir.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dua timbalannya Mansor Othman dan P Ramasamy, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut terlibat dalam program itu.
Forum tersebut dibuat ekoran dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang menuduh kerajaan Pakatan pimpinan DAP cenderung menghukum peniaga kecil Melayu berbanding orang Cina.
Selain dewan tersebut, Umno dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terlibat menganjurkan demonstrasi yang menyaksikan insiden patung Lim dibakar.
SUMBER http://www.malaysiakini.com/
Posted by pondokmaya at 9:40:00 PM 0 comments
Labels: politics
Thursday, February 11, 2010
KENYATAAN KU LI BERKENAAN MB PERAK
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya. Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.
Posted by pondokmaya at 9:55:00 PM 0 comments
KENYATAAN KU LI BERKENAAN MB PERAK
Posted by pondokmaya at 9:55:00 PM 0 comments
Tuesday, February 9, 2010
MANFAATKAN KEKALAHAN
Oleh Cyberboron
Walau apa pun yang kita rasa nak kata, DS Nizar telah sah kalah. Panel lima hakim yang celaru kearifan telah sebulat suara memutuskan mereka tak berdaya untuk menyanggah tuan besar politik 1 Malaysia. Mereka mungkin merasakan Tuhan sedang bercuti hari ini.
Seksyen 16 atau seksyen 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang dikononkan ’sepatutnya begini’ dan ’sepatutnya bukan begitu’, hanyalah madah lacuran untuk justify kehendak tuan pangkat dan tuan gaji yang disembah. Mulai hari ini, istilah ‘vote of no confidence’ bolehlah dibuang terus daripada kandungan perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri-negeri. Khir Toyo dan Mahdzir Khalid bolehlah merangka usaha memujuk dan menculik ADUN Pakatan Rakyat dan bawa berjumpa Sultan. Selepas itu anak Toyo dan anak Khalid akan jadi MB semula. No problem kalau TS Khalid dan DS Azizan mengadu ke mahkamah. Malaysia dah ada precedent untuk kes ini. Tak payah undi dalam Dewan Undangan Negeri. Cukup sekadar di Balai Rong Seri.
Sabor je lah. Kebangangan seperti hari ini bukanlah yang pertama kali dalam sejarah politik dan kehakiman Malaysia. Dan pasti bukan yang terakhir. Pejuang keluhuran undang-undang dan pencinta budaya politik demokratik telah sekian lama mengharung episod duka seperti hari ini. Besok lusa sudah terjadual episod baru yang sama pilu dan lebih duka. Kes DSAI mungkin yang terdekat. Kes Teoh Beng Hock akan menyusul. Kes royalti minyak Kelantan macam haramjadah. Altantunya mampos katak. Orang Kedah kata kes kerusi DUN Kota Seputeh macam ‘pelaq’.
Di sebalik semua keharamjadahan itu, UMNO masih kekal jadi pilihan majoriti orang Melayu. Menurut kajian terkini Merdeka Centre, 63 peratus orang Melayu masih sokong UMNO. Pakatan Rakyat dapat 37 peratus saja. Apa ceritanya ni?
Suka atau tak suka, penggerak dan pendokong politik Pakatan Rakyat mesti mengakui bahawa kempen UMNO memang berjaya. Jangan terus pujuk hati untuk syok sendiri berkata “UMNO dapat tarik sikit je..”. Be real. Mainan perkauman yang ditiup oleh UMNO ke telinga orang Melayu ada kesannya. Melayu bengap jenis UMNO totok dah tentu semakin setia. Melayu ala-ala educated sikit pun tersampuk sama dengan jampi mentera perkauman UMNO. Alangkan mufti lagi terbengong, inikan pula Melayu 1 Malaysia yang tak pernah khatam sebarang bidang pengajian.
63 peratus orang Melayu percaya bahawa kalau Pakatan Rakyat menang dan memerintah negeri atau negara, kuasa sebenar adalah ditangan DAP. Bila disebut DAP, maksud sebenarnya ialah kaum Tionghua. Senang cakapnya orang Cina. Akibatnya habislah Melayu. Ke hutan rimba dan ke gunung-gananglah sekelian bangsa Melayu. Dan … Melayu yang 63 peratus tu percaya bulat-bulat. Orang Melayu perlu waspada. Orang Melayu perlu peka. Orang Melayu perlu bangkit. Orang Melayu mesti pertahankan nasib bangsa. Jangan biarkan orang Cina menjajah kita, bla bla bla.
Memanglah kita ada berjuta hujah untuk menangkis dakyah perkauman UMNO itu. Kita boleh bentangkan matematik kerusi parlimen dan kerusi dun untuk menunjukkan seruan UMNO itu adalah hujah bodoh tahap gaban. Bahkan sebenarnya kita dah bentangkan beribu bukti pengkhianatan UMNO terhadap hak dan kepentingan orang Melayu. Kita dah dedahkan fakta tentang tanah Melayu dan harta negara yang digadai oleh UMNO. Berjuta trillion perkataan dah ditaip oleh penulis, wartawan, bloggers dan petugas penerangan parti yang menelanjangkan rompakan siang hari oleh UMNO. Hasilnya, berlakulah pertambahan kecenderungan dan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat. Tapi pertambahan itu hanya sedikit. Dan proses peralihan kecenderungan itu sangat perlahan. Follow-up tak berapa berdaya. Sebahagian yang beralih datang itu mungkin pula boleh kembali ke pangkuan UMNO.
Kita bukannya kekurangan hujah. Isu sentiasa ada. Isu yang dah lama pun masih boleh laku bahkan boleh laris. Isu baru sentiasa ada dan terus datang atau terbongkar. Kalau dinilai pada ucapan dan pidato pemimpin-pemimpin PR, apatah lagi dalam penulisan oleh sekelian professional yang pakar-pakar belaka sama ada dalam PAS, PKR atau DAP, sebenarnya kita ada idea yang hebat dan berpotensi. Tetapi, yang bernas dan yang hebat itu kurang diterjemahkan di medan sebenar. Tak kelihatan di lapangan. Tak merakyat.
Maka di hari ‘kekalahan rakyat’ ini, elok sangatlah kalau kita dapat berbisik ke dalam diri mengajak jiwa untuk mengerah akal supaya melahirkan idea yang real. Jom berpencak di dalam gelanggang sebenar. Di tengah-tengah kehidupan rakyat. Jiwai senak dan sengal kehidupan mereka yang sebenar. Jadikan prihatin kita menyangkut periuk dan poket rakyat. Sebenarnya hati Melayu mudah disentuh. Kadang-kadang tanpa perlu berbelanja walau sekupang.
SUMBER http://perakexpress.com/
Posted by pondokmaya at 9:37:00 PM 0 comments
Labels: politics
NAJIB MENYERANG
Oleh Josh Hong
Disunting dan diterjemahkan oleh Lim Hong Siang
Panel lima hakim dengan sebulat suara mengisytiharkan bahawa Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah pada pagi ini. Penghakiman ini menunjukkan betapa bobroknya sistem kehakiman negara kita.
Pada awalnya, saya menjangkakan bahawa kemungkinan wujudnya senario "sebulat suara" agak rendah, memandangkan lima orang hakim ini perlu mempertimbangkan kesan yang menyusul daripada penghakiman tersebut. Dengan kata lain, walau mereka ingin memihak kepada UMNO sekalipun, mereka juga perlu mengambil kira prinsip Raja Berperlembagaan dan kesan sejarahnya.
Tanpa diduga, Malaysia sememangnya "boleh". Hakim telah mengangguk kepada campur tangan pemerintah (raja) , mengakibatkan sistem perlembagaan negara kita menjadi "contoh negatif" di kalangan negara Komanwel selepas ini.
Memberi laluan kepada TPM?
Sebelum ini, ada yang mempercayai bahawa Najib tidak sanggup untuk "menang sorak kampung tergadai". Membenarkan Sultan untuk bertemu dengan ADUN, akan secara tidak langsungnya menggalakkan rombakan kelompok berkepentingan dalam UMNO. Misalnya, apa kata seandainya Timbalan Perdana Menteri yang memperolehi sokongan Yang Dipertuan Agong atau Sultan menggunakan saluran ini untuk menggantikan pimpinan Perdana Menteri? Jadi, Najib dijangka tidak sanggup menanggung risiko ini hanya kerana kuasa kerajaan negeri di Perak semata-mata.
Sekiranya dilihat sekarang, Najib sememangnya seorang realist. Setiap percaturannya mengambil kira kepentingan dan kedudukan dirinya. Dalang di sebalik rampasan kuasa negeri Perak setahun lalu adalah Najib yang sedang menunggu untuk "menaiki takhta" (jikalau tidak mengapa pula beliau menyambut tiga ekor katak dengan senyuman yang melebar?). Dengan langkah ini, Najib berharap nilai dirinya dipertingkatkan, untuk menahan sebarang tekanan dari dalam parti.
Kecelaruan selepas itu dihadapi Najib dengan penuh sabar. Berdepan dengan serangan PR dengan kerahan massa, kemenangan MB sah Mohd. Nizar Jamaluddin dalam PRK Bukit Gantang, Najib tetap bertenang. Walaupun antaranya, desas-desus tersebar bahawa DUN Perak mungkin dibubar, yang cukup memberangsangkan PR untuk seketika, tetapi akhirnya terbukti ianya hanyalah taktik untuk mengaburkan dan mengecohkan kem musuh.
Pergolakan dalam UMNO
Jadi, sebarang "ganjakan langkah" dalam isu Perak adalah tamparan yang hebat terhadap Najib. Ia akan memberi kesempatan kepada golongan konservatif dalam UMNO untuk menyekat pemimpin yang sedia ada. Golongan konservatif ini sudahpun tidak berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan isu agama dan ekonomi sebelum ini.
Untuk Najib, sekiranya pemulihan kredibiliti sistem kehakiman gagal mengukuhkan kedudukannya sekarang, maka beliau perlu teruskan hingga akhir, walaupun menanggung risiko "campur tangan daripada raja" pada masa depan, untuk memperlihatkan kebijakan dan kecekapannya.
Namun, kebijakan dan kecekapan Najib ini bukan ditampilkan dalam hal pentadbirannya dan keprihatinannya untuk menyelesaikan masalah rakyat, tetapi dalam hal bagaimana untuk menyerang musuh politiknya. Maka, kebijaksanaan ini tidak memadai untuk dipuji mana-mana pengamal media yang bermaruah.
Sebermulanya tahun ini, serangan media arus perdana terhadap pembangkang dan negeri Pakatan Rakyat semestinya diatur untuk bertembung dengan perbicaraan kes Liwat II Anwar Ibrahim. Sementara menyekat pemimpin PR, media tersebut memperbodohkan rakyat umum, terutamanya orang Melayu. PR kini terjerat ke dalam kecelaruan dalam parti,dan ini bukannya sesuatu yang berlaku secara kebetulan.
Penghakiman Mahkamah Persekutuan adalah penyelamat kepada Najib. Dari segi sumber, PR tidak memiliki kelebihan. Kini, Zambry memasuki pejabat kerajaan negeri dengan mendabik dada, malah dijangkakan lebih ramai dari PR terutamanya PKR yang akan melompat selepas ini.
Percaturan bijak Najib ini cuba mengukuhkan kuasanya dengan mencalit imej dan melunturkan semangat PR. Meskipun DUN Perak dibubarkan pada akhirnya, UMNO semestinya sudah semakin menghampiri kemenangan kelak. Maka, sesiapa yang menaruh harapan bahawa UMNO akan berubah adalah bodoh kalau bukan naif.
Seandainya penghakiman ini gagal membawa kesan massa, dan terus mengangguk kepada pentadbiran Najib dengan "senyuman harimau"-nya, maka bukan sesuatu yang pelik jikalau Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara semula.
Kemasukan Anwar ke dalam penjara kurang penting, jikalau dibandingkan dengan pemulihan kuasa UMNO. PR tidak harus berpeluk tubuh, dan harus mempersiap-sediakan mekanisme untuk menyelesaikan krisis ini.
SUMBER http://merdekareview.com/
Posted by pondokmaya at 7:11:00 PM 0 comments
Labels: politics
SEBAB DS NIZAR TIDAK BOLEH JADI MB
Bagaimanapun, Arifin berkata ini tidak bermakna kepada penghujung perkara berkenaan.
“Nizar boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap responden (Zambry) atau membuat perwakilan kepada sultan pada bila-bila masa jika beliau berpendapat responden tidak lagi mempunyai sokongan ahli dewan,” katanya.
Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, pagi tadi memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.
Selain Arifin, hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.
SUMBER http://www.malaysiakini.com/
Posted by pondokmaya at 7:03:00 PM 0 comments
Labels: politics
Monday, February 8, 2010
PESANAN DS NIZAR
Asalamualaikum dan salam sejahtera
Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.
Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat di sepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.
Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun di sepanjang perjalanan serta di perkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.
Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur di mana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!
Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.
Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!
Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!
Dato Seri Nizar Jamaluddin
Posted by pondokmaya at 9:47:00 PM 0 comments
Labels: politics
MOMENTUM REFORMASI KINI
Oleh Lim Hong Siang
Kesulitan teknikal
Apa yang sudah terjadi?
Jentera penyebar maklumat lemah
Ketidakpuasan "kaki demonstrasi"
Faktor luaran: PAS dan DAP
SUMBER http://merdekareview.com/
Posted by pondokmaya at 9:07:00 PM 0 comments
Labels: politics
Saturday, February 6, 2010
NASIR SAFAR TERLIBAT BUNUH ALTANTUYA
Belum pun reda isu Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar menggelarkan imigran awal berbangsa Cina dan India di Malaya sebagai ‘pelacur’ dan ‘pengemis’ beberapa hari lalu, pengendali blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin (RPK) semalam seolah-olah mendakwa Nasir terbabit dalam kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar.
"Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?" dipetik dari tulisan RPK yang berjudul Nasir Safar, si 'Lelaki Misteri' pada hari Altantuya meninggal dunia.
Dakwaan RPK itu merujuk pada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah oleh Balasubramaniam a/l Perumal iaitu Penyiasat Peribadi bagi kes pembunuhan mendiang Altantuya.
"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya menjawab, 'Ya'. Dia kemudiannya beredar dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui kawasan itu dengan perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu terbuka dan pemandu itu memandang ke arah kami," dipetik dari blog RPK.
Sehubungan itu, RPK turut mempersoalkan keterlibatan bekas Pegawai Khas bagi Datuk Seri Najib Tun Razak di tempat mendiang Altantuya Shaariibuu diletupkan dengan menggunakan C4.
Pendedahan tersebut, menurut dakwaan RPK sekaligus menjawab dakwaannya sebelum ini; salah seorang daripada dua bekas pembantu peribadi atau aide-de-camp (ADC) kepada Najib, iaitu Musa Safri terbabit membunuh Altantuya.
"Dengan pendedahan ini, maka dua daripada kakitangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, yang mana seorang lagi adalah ADC-nya, Musa Safri yang tidak tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan pembunuhan Altantuya," dipetik dari tulisan RPK.
Menurut dakwaan RPK lagi, pendedahan tersebut juga sekaligus menjawab dakwaannya sebelum ini berhubung posisi sebenar ADC kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur; iaitu Norhayati Hassan.
"Anda masih ingat pada Norhayati Hassan, iaitu ADC Rosmah? Bukankah dia dan suaminya, Abdul Aziz Buyong juga terlibat dalam pembunuhan itu? Pegawai senior mereka dalam angkatan tentera mengesahkan bahawa dia telah melatih pasangan suami isteri itu tentang cara mengendalikan C4. Adakah itu suatu kebetulan, bukti berdasarkan keadaan (circumstantial), ataupun mungkin hanya pembohongan yang diuar-uarkan oleh RPK dan Malaysia Today?" soal RPK.
Dalam tulisan RPK, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tujuan Nasir memandu kereta perlahan-lahan di tempat kejadian sekadar mahu memastikan Altantuyaa ditangkap sahaja.
"Mula-mula sekali, nama ADC Najib, Musa Safri muncul. Selepas tu, timbul pula nama ADC Rosmah, Norhayati Hassan dan suaminya, Abdul Aziz Buyong. Nah, sekarang pula, nama Nasir Safar pula disebut-sebut sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda. Mungkin dia nak pastikan bahawa Altantuya, ‘si pengacau’ tu, ditangkap," jelas.
Bagaimana pun, dilaporkan Nasir sehingga hari ini tidak dipanggil untuk membantu siasatan dan mengenal pasti pembunuh sebenar mendiang Altantuya Shaariibuu.
SUMBER http://malaysia-today.net/index.php?
Posted by pondokmaya at 6:09:00 PM 0 comments
Labels: crime
MELAYU P. PINANG
Hari ini sekali lagi juak-juak Umno berdemonstrasi kononnya untuk membela orang Melayu yang ditindas oleh DAP dan PR di Pulau Pinang sekarang. Namun sedarkan wahai juak-juak Umno apa yang berlaku di Pulau Pinang sepanjang 50 tahun BN memerintah :-
1) Tanah orang Melayu semakin kecil saiznya
3) Pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.
4) Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.
5) Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
6) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar. Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atau kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.
7) Pada 2009 pula, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.
8) Pada tahun 2009 juga, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.
Sebenarnya orang Umno dengki dan susah hati kerana mereka sudah tidak mendapat kontrak dan projek sebagaimana zaman pemerintahan BN. Mereka gagal mendapat projek kerana sememangnya mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu projek yang diberikan. Mungkin sebutharga mereka mungkin tinggi, pengalaman dan kepakaran tiada dan sebagainya.
Selama ini mereka mendapat projek kerana tender rundingan dan mereka mendapat projek atas dasar kroni BN dan Umno. Jadi mereka sekarang berada dalam keadaan tenat kerana hendak beri rasuah kerajaan PR tidak makan rasuah, hendak bodek kerajaan PR 'tidak makan' bodek.
Posted by pondokmaya at 5:52:00 PM 0 comments
Labels: politics
Wednesday, February 3, 2010
DARI NURUL IZZAH ANWAR
Sewaktu kes di bicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!
Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yg menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.
Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.
Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.
Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?
Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.
Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak. Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul AM PAS, YAB Menteri Besar Neg Kelantan, AL Fadhil Dato’ Tuan Guru Nik Aziz pagi tadi – hadir bersama , menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.
NURUL IZZAH ANWAR
Posted by pondokmaya at 7:29:00 PM 0 comments
KES LIWAT DSAI
Kes terbaru ini hanyalahulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.
Kes hairan yang benar-benar pelik
Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.
Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur ("HKL") yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya "si mangsa"yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.
Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu iti Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel COncorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.
Umum juga telah didedahkan "si mangsa" ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.
Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.
Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan "plastik" yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.
Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, "tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur ..." sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.
Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.
Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.
Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.
Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.
Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar
Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.
Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.
Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.
Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:
”Dalam keadaan ini, apakah beliau ("Anwar") dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?"
Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!!!
Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia. Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan - laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku "bersalah" hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya ( Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden ).
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan:
"Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang."
Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.
Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.
Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini
Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar.
Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.
Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.
Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.
Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual). Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.
Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil
Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.
Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.
Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.
Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.
Konspirasi politik
Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.
Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.
Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.
Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.
Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.
Sivarasa Rasiah
Saudara-saudari,
Minta digunakan artikel oleh Sdr. Sivarasa, elok sebagai leaflet di Mahkamah dan tempat lain. Panjang tapi penting - lebih ramai yang maklum fakta sebenar, lebih baik.
Terima kasih
PARTI KEADILAN RAKYAT
Posted by pondokmaya at 6:54:00 PM 0 comments

