THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, June 5, 2010

KEPURAAN KETUA PEMUDA UMNO

Menurut Khairy Jamaluddin (KJ), “Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel".

Itu lah antara kata-kata KJ semasa berdemostrasi di Masjid Negara selepas sembahyang Jumaat semalam. Perhimpunan anjuran Pemuda UMNO Malaysia itu dihadiri seramai kurang dari 200 orang. Betul ke KJ berani nak ke Israel?

"Pusing" aku memikirkannya. Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan KJ hanyalah salah seorang pemimpin UMNO yang berani berkokok dalam reban sendiri. Nak pergi ke Kedutaan Amerika (sekutu Israel) pun tak berani, ini kan pula nak membantah sampai ke Israel.

KJ ini boleh jadi pelakon terbaik sebab APCO yang dijadikan penasihat kepada Tok Jib diterima tanpa sebarang bantahan. APCO ini adalah syarikat Yahudi yang juga penasihat pada Israel. Kalau begitu bagaimana KJ boleh minta Malaysia boikot barangan dan perkhidmatan Israel. Inilah antara pemimpin UMNO yang menipu rakyat 1Malaysia. Cakap lain, buat lain.

DEMONSTRASI ANJURAN PAKATAN RAKYAT

KJ tanya pulak sebelum tu, "...bagaimana jika dihantar beratus kapal bantuan?. Adakah Israel mampu menyerang?". Chiiitt.... Macam mana KJ nak hantar beratus kapal kalau hanya mampu kumpul kurang 200 orang (itu pun dah campur dengan NGO lain). Mungkin KJ mahu seorang penyokongnya membawa satu kapal. Jadi kapal yang KJ hantar ada Kapten ajer agaknyer. Kapal KJ tidak perlu pegawai atau kakitangan lain.


POORAHHH KJ

UMNO LEBIH BAHAYA BERBANDING AL ARQAM

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa bukan hanya Pertubuhan Al Arqam (Al Arqam) sahaja yang patut dipantau oleh kerajaan akan tetapi harus melihat kepada UMNO juga. Ini kerana UMNO sebuah parti yang pada dasarnya memperjuangkan bangsa melebihi agama dilihat lebih merbahayakan akidah daripada Al Arqam.

Kenyataan ini berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) kali ke-3 di Putrajaya tempohari yang meminta agar kerajaan memantau kegiatan bekas pemimpin Al Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu tidak dihidupkan semula.

UMNO yang umumnya diketahui memisahkan agama dan politik atau lebih dikenali dengan istilah ‘sekular’ sentiasa berusaha menjauhkan rakyat Malaysia supaya tidak bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama dengan memperbanyakkan hiburan yang melalaikan dan dalam masa yang sama majlis-majlis ilmu yang dianjurkan terikat dalam lingkungan 'politik sempit' mereka sahaja.

Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia yang mana UMNO merupakan parti tunjang di dalam BN telah meluluskan lesen judi bolasepak kepada BERJAYA Group yang bukan sahaja untuk Pertandingan Piala Dunia 2010 tetapi berlanjutan sehingga melibatkan pertaruhan ke atas 4 liga utama dunia iaitu England, Itali, Sepanyol dan Jerman melalui Ascot Sport Sdn.Bhd. juga pemegang saham utama Sport Toto Malaysia Sdn.Bhd. Bukankah tindakan ini jika dilihat secara teliti boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini?

Bagaimana dengan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan hukum hudud? Bukankah ianya datang daripada mulut mereka yang mengaku Ahli UMNO? Mempertikaikan hukum Allah swt jelas menyebabkan akidah seseorang tersasar daripada landasan agama yang sebenar. Kalau dikatakan konsert khas anjuran Al Arqam mengundang kontroversi, bagaimana dengan Konsert ‘Pittbull’ yang berlangsung di Bukit Kiara tempohari? Bukankah ‘Jom Heboh’ anjuran TV3 juga telah difatwakan haram tetapi mengapa kerajaan masih membenarkan program itu berlangsung? Itu belum lagi isu arak, murtad dan berbagai lagi kes yang jelas boleh menjejaskan akidah.

DPPP menasihatkan Timbalan Perdana Menteri itu agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jangan hanya melihat kepada suatu sudut yang sempit demi ‘survival’ politik UMNO/BN seolah-olah hanya satu pihak lain sahaja yang sesat akan tetapi harus juga melihat dari skop yang lebih besar demi memelihara akidah umat Islam di negara ini.

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT