THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, June 6, 2010

KEGAGALAN SIME DARBY

Sime Darby atau lebih dikenali sebagai Synergy Drive kini nampaknya mula gagal sebagai sebuah entiti. Terlalu banyak inisiatif perniagaan yang dilakukan olehnya telah sedikit demi sedikit menunjukkan tanda kegagalan. Jika senario ini tidak dibendung, maka tidak mustahil Sime Darby Berhad (Synergy Drive) boleh jatuh muflis.

Salah tadbir urus dan kegagalan membendung kewangan yang terhad memungkinkan Sime Darby Berhad (Synergy Drive) menuju penamatnya.

Jika ini berlaku maka ianya akan mengakibatkan satu bahana yang besar kepada industri hartanah dan perladangan di Malaysia. Ini kerana Sime Darby Berhad (Synergy Drive) dibentuk dari gabungan Sime Darby Berhad, Guthrie Berhad dan Golden Hope Berhad yang inisiatif awalnya dimulakan oleh Nazir Razak dari CIMB Bank.

Saya pernah menulis mengenai Synergy Drive pada masa lalu yang mana saya tumpukan kepada risiko yang bakal diterima atas penggabungan ini yang akhirnya hanyalah penggabungan pada nama tetapi lebih kepada “reverse takeover” oleh Sime Darby Berhad.

Jika Sime Darby Berhad tidak bergabung dengan Guthrie Berhad dan Golden Hope Berhad, maka risiko yang ditanggung cuma melibatkan Sime Darby Berhad. Namun kini, kita boleh lihat teori domino akan berlaku dimana jika satu entiti jatuh, ianya akan melibatkan entiti lain yang bersama-sama dengannya akan jatuh sama.

Inilah yang saya juga jangkakan bilamana saya menentang penggabungan Felda, Felcra dan Risda atas nama Synergy Perdana yang saya nampak akan mengalami nasib yang sama seperti Synergy Drive (Sime Darby Berhad). Idea kedua-dua penggabungan “bodoh” ini datangnya dari Nazir Razak yang saya pasti telah mengaut untung laba yang terlalu besar atas kedua-dua penggabungan ini.

Yang kaya dan bertambah kaya adalah Nazir Razak dan kroninya, manakala yang mungkin akan jadi mangsa papa kedana pula adalah warga kedua-dua penggabungan mega ini.

Saya amat berharap agar SPRM dapat meneliti dan menyiasat perkara ini dan seterusnya mendakwa semua yang terbabit tanpa mengira pangkat, darjat mahupun kekayaan. SPRM patut memulakan dengan menyiasat Najib Razak, Nazir Razak, Hamad Kama Piah, Desa Pachi dan ramai lagi termasuklah Musa Hitam sekali.

Semuanya perlu disiasat dengan telus dan lengkap. Jika SPRM tidak berani untuk melakukan siasatan, apa kata kalau kita (Warga Malaysia) menjemput ICAC dari Hong Kong untuk membantu dan membuat siasatan. Ini kerana mengikut pengetahuan saya, ICAC adalah lebih telus dan berani berbanding SPRM (MACC).

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa – ISIS

0 comments: