THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, May 9, 2010

OH MAGARAN DI MANA KAU?

Beberapa hari lepas kita telah menyaksikan sekurang-kurangnya seramai 20 ahli NGO yang menganggotai Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya, bagi membantah kenyataan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berhubung titah Sultan Selangor.

Mereka telah mendakwa Zaid seolah-olah memperleceh dan mempersendakan titah Sultan Selangor supaya rakyat tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik.

Mereka turut mendesak Zaid supaya meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

Penasihat undang-undang pertubuhan berkenaan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mengetuai perhimpunan selama 15 minit itu turut membaca kandungan memorandum itu sebelum menyerahkannya kepada seorang wakil PKR.

Mohd Khairul Azam juga mendakwa, Zaid tidak memahami perlembagaan kerana menyifatkan pendirian sultan itu sebagai pandangan peribadi.

Tegasnya, Jadual 8, Perkara 71 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa seseorang raja berhak bertindak mengikut budi bicara sendiri tanpa perlu merujuk kepada majlis agama atau majlis kerajaan negeri.

Kalau Zaid Ibrahim dituduh penderhaka kepada Sultan Selangor kerana didakwa oleh Magaran memperleceh dan mempersendakan titah Sultan Selangor bagimana pula dengan Rosmah yang jelas menderhaka kepada kepada DYMM Raja Permaisuri Agong dengan menggangap dirinya adalah Wanita Pertama Malaysia.

Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain.

Dengan menerima dan menggangap dirinya sebagai wanita Pertama Malaysia sebagaimana yang disiarkan di iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times.

Jika Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) telah melakukan demo kerana mendakwa Zaid adalah Penderhaka kepada Sultan Selangor kenapa takut pula untuk mengadakan demo mendesak Rosmah meminta maaf kepada DYMM Raja Permaisuri Agong..

Buktikan bahawa Magaran itu bukanlah Barua atau kuda tunggangan UMNO.


SUMBER http://darisungaiderhaka.blogspot.com/


0 comments: