THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 11, 2010

UMNO JUARA JUAL TANAH ORANG MELAYU MISKIN

KUALA KUBU BAHARU 11 Apr - Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata banyak program yang diwujudkan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berjaya membantu mengangkat kedudukan orang Melayu di negeri itu.

Sebaliknya Umno yang mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor tidak mengutamakan masyarakat Melayu, sedangkan merekalah sebenarnya pengkhianat Melayu yang telah menjual tanah orang Melayu miskin di Selangor.

"Orang Melayu (Umno) begitu jangan dibuat kawan. Dia tipu orang miskin, makanan tidak halal ini tidak boleh berjaya. Itu sebab hutang anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan melebihi RM100 juta. Tolong orang miskin entah macam mana hutang sampai RM100 juta," ujarnya.

Menurut Khalid, perkara itu berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang komited dalam membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin tanpa mengira kaum Melayu, Cina atau India.

"Kita pemimpin untuk semua, hasilnya untuk semua. Bayangkan kalau saya tunjuk perangkaan berapa ramai masyarakat Melayu akan dapat biasiswa dan hadiah masuk univiersiti. Berapa ramai Tionghua dan India yang dapat, bila kita kira orang Melayu mendapat melebihi 60 peratus.

"Jadi gunakan akal, kita bersama masyarakat Melayu akan menjadi teguh bila kita berjaya dan masyarakat lain akan percaya dengan (kewibawaan) kita," katanya dalam perjumpaan bersama pengerusi dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) .

Menurut beliau lagi, hasil pendapatan kerajaan negeri mampu menampung peruntukan dan kos pendadbiran dengan hanya melibatkan peruntukan RM700 juta berbanding kerajaan terdahulu yang melakukan begitu banyak pembaziran dan ketirisan.

"Itu lah konsep merakyatkan ekonomi, ketua kampung melihat bagaimana pembangunan disalurkan kepada rakyat. Kita bukan tunggu pilihan raya kerana itu hak rakyat negeri Selangor," tambah beliau.

Khalid turut menyentuh mengenai pengurusan air di Selangor yang diswastakan sejak 2004 sebelum diambil alih kerajaan negeri.

"Tak ada suara dari Umno dan BN untuk menentang penjualan kepada syarikat air. Duitnya tidak sebanyak mana, masyarakat kena bayar. Itu bezanya Pakatan yang baru dua tahun berbanding Umno yang sudah 50 tahun, perjuangan kita adalah perjuangan rakyat. Saya tidak ambil harta rakyat, saya membela rakyat," tegas beliau.

Di dalam program MES yang dilancarkan pada 2008, pelbagai program kebajikan ditawarkan kepada rakyat negeri itu.

Antaranya Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Pusat Khidmat Sehenti, bekalan air percuma 20 meter padu, hadiah anak masuk universiti, tabung pendidikan anak pekerja ladang serta program peningkatan hasil bahan mineral dan galian.

SUMBER http://suara-keadilan.com/

0 comments: