THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, April 24, 2010

JANGAN MAKAN JANJI UMNO-BN

Pelbagai janji manis ditabur Barisan Nasional (BN) sejak bermulanya kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 17 April lalu tetapi belum tentu dapat dinikmati rakyat terutama pengundi di Hulu Selangor selepas mereka membuang undi esok.

Semuanya ibarat ‘menanam tebu di bibir mulut’ yang hanya bertujuan meraih undi dan memenangkan calon mereka.

Memang itulah sikap BN yang menjijik dan memuakkan rakyat seperti yang dilakukan pada setiap kali pilihan raya kecil.

BN dengan pelbagai jentera daripada agensi kerajaan menjanjikan beberapa projek termasuk pembinaan sekolah baru, tembatan banjir, perumahan kepada peneroka, bantuan baiki rumah, baik pulih masjid, bantuan kepada peneroka Felda yang ingin jadi usahawan dan peruntukan tambahan untuk baiki bumbung rumah pangsa.

Pakatan Rakyat hanya menawarkan apa yang mampu dilaksanakan seperti memberi bantuan pelajaran kepada anak keluarga miskin, hak milik tanah, pengecualian cukai pintu serta air percuma kepada penduduk.

Dalam masa dua tahun memrintah, rakyat Selangor sudah menikmati kemudahan dan bantuan disediakan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, termasuk elektrik percuma, air percuma dan bantuan khairat kematian RM2,500 kepada semua kaum dan lain-lain.

Ketika inilah kalau nak lihat muka bapak menteri dan pemimpin bertemu rakyat, selepas mereka menang atau kalah pilihan raya nanti, bayang mereka pun tidak nampak sampai ke pilihan raya akan datang.

Sekarang ini mereka ambil kesempatan buat sibuk meninjau pelbagai masalah rakyat dan melawat setiap ceruk rumah penduduk untuk menggambar mereka prihatin dengan masalah rakyat.

Kalaulah mereka benar-benar jujur untuk membela nasib rakyat, dalam masa berpuluh tahun memerintah takkan sampai sekarang nasib rakyat masih tidak terbela.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri sudah mengakui kesilapan BN sehingga parti itu dihukum rakyat pada pilihan raya umum lalu menyebabkan mereka negeri dikuasai Pakatan Rakyat.

Hishammuddin sekarang ini merayu kepada pengundi Hulu Selangor supaya sekali lagi memberi peluang kepada BN membaiki kesilapan lalu.

Takkanlah begitu mudah rakyat di Hulu Selangor boleh melupakan kesilapan lalu yang dilakukan BN.

Ada baiknya pengundi di Hulu Selangor memberi peluang kepada calon PKR yang mewakili Pakatan rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membela nasib mereka daripada mengharap BN seperti ‘menunggu buah tidak luruh’.

BN ini boleh dikatakan ‘cakap tidak serupa bikin’. Mereka sebenarnya menzalimi rakyat apabila menafikan hak royalti minyak kepada Kelantan dan sebelum ini Terengganu ketika diperintah PAS.

Bagi meyakinkan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kononnya menugaskan Datuk Seri Noh Omar mengawasi semua janji itu ditunaikan.

SUMBER http://www.harakahdaily.net/

0 comments: