THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, December 1, 2009

UMNO B-END GIAN DEMO

UMNO/BN akhirnya mengakui bahawa demonstrasi akan membuahkan sesuatu hasil. Dahulu mereka mengeji Pakatan Rakyat (PR) yang memilih demonstrasi untuk menyelesaikan masalah. Kata mereka ada banyak cara lain lagi untuk menyelesaikan masalah. Apa sudah jadi? Mana dia cara lain tu?

Mula-mula mereka berdemo kerana mendakwa Kerajaan PR Pulau Pinang tidak menunaikan janji pilihan raya dan tidak berupaya memerintah. Mengapa mereka memalukan diri sendiri dengan kenyataan itu? Lupakah mereka bahawa UMNO/BN yang berkuasa lebih 50 tahun di Pulau Pinang tidak berupaya mengubah nasib orang Melayu? Lupakah mereka bahawa PR baru memerintah PP setahun lebih? Lupakah mereka bahawa Guan Eng dan kerajaannya dipuji oleh banyak pihak kerana telus, bersungguh-sungguh membanteras rasuah, dan menjalankan urus tadbir negeri dengan baik?

Maka yang tersiratlah dapat dilihat oleh rakyat bila mereka berdemo. Tindakan itu tidak lebih daripada cubaan menutup kelemahan diri. UMNO yang telah busuk hingga ke akar umbi seperti yang dikatakan oleh ahli mereka sendiri dalam blognya manakan dapat ditutup. Bangkai gajah tidak mampu ditutup dengan nyiru. Alangkah tidak cerdiknya ahli-ahli UMNO/BN. Rakyat sedang mentertawakan kebodohan kamu semua.

Begitu jugalah dengan ahli-ahli UMNO yang marahkan cadangan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) hendak berdoa laknat ke atas Najib kerana enggan bagi royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Tindakan terburu-buru itu menampakkan betapa tidak cerdiknya ahli-ahli UMNO. TGNA hanya hendak mendoakan agar Allah melembutkan hati Najib sehingga memberi royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Itu sahaja.

Mengapa ahli-ahli UMNO pada masa ini terlalu emosional? Adakah kerana mereka sudah terlalu terdesak kerana semakin kehilangan sokongan? Adakah mereka mula meracau kerana tidak dapat habuan seperti dahulu kerana krisis ekonomi terus berlarutan? Adakah mereka sudah hilang keyakinan akan berkuasa lagi selepas PRU Ke-13 nanti?

Jika semua telahan di atas benar, mereka tidak perlu melaung dan berteriak. Tidak perlu menjadi anjing menyalak bukit. Buang masa dan tenaga sahaja. Lebih baiklah bekerja keras mengubah imej diri. Lebih baiklah tutup saja pusat propaganda yang bersifat perkauman itu. Janganlah salahkan orang lain bila ditolak rakyat. Salahkanlah diri sendiri.

SUMBER http://bilahrotan.blogspot.com/

0 comments: