THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, December 5, 2009

NAJIB PEMBOHONG BESAR

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pembohong besar di Dewan Rakyat (lihat hansard di sini dan rakaman di sini dan di sini), macam cacing kepanasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop nak mengelak diri dari memberikan jawapan yang akhirnya akan mengesahkan pembohongan Najib.

Lihatlah sendiri hansard Dewan Rakyat 9/11/09 lalu. Tengok sendiri betapa tergelejat-gelejatnya Nor Mohamed berhadapan dengan soalan demi soalan ahli-ahli Parlimen yang nak mendedahkan pembohongan Najib. Sat kata tak dak jawapan, sat kata ada, meraban-raban.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, saya menunggu sebenarnya jawapan Menteri mengenai isu minyak di Kelantan. Saya bangkitkan di bawah portfolio Yang Berhormat Menteri. Takkan satu ayat pun tak ada ulasan tentangnya Yang Berhormat Menteri?

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang datang ke Dewan yang mulia ini dan memberi satu jawapan yang begitu jelas. Saya tidak ada perkara yang akan ditambah. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, tak adillah macam ini Tuan Yang di-Pertua. Kami berucap begitu panjang tapi takkanlah Menteri langsung tidak menyentuh tentang royalti minyak. Ini saya rasa ada ruang untuk Menteri menjawab dan kita boleh berbahas dalam isu ini.

Tuan Yang di-Pertua: Dia sudah jawab Yang Berhormat. Dia kata Perdana Menteri sudah jawab dan saya rasa itu memadai. Itu juga jawapan.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab sebelum daripada perkara dibangkitkan dalam perbahasan. Jadi perkara yang dibangkit dalam perbahasan ini ialah perkara lanjutan daripada penjelasan yang tidak jelas yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Menteri sudah menjawab. Saya dengar dia menjawab. Sama ada Yang Berhormat Pokok Sena ...

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ya, ya. Kita bangkit ialah perkara berkaitan daripada penjelasan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jawapan PM hari itu cukup jelas.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Yang saya punya belum jawab.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kita beri arguments baru.

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, kita tak dibenarkan membangkitkan perkara baru ketika Menteri sedang menggulung.

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Hantar Negeri Sembilan sajalah duit itu. Kelantan ini banyak benar halnya.

Tuan Yang di-Pertua: Duduk dulu Yang Berhormat, duduk dulu. Saya bercakap dulu Yang Berhormat, sedikit. Boleh? Seharusnya pada hari ini setidak-tidak dalam jangkaan saya sudah empat kementerian habis menggulung. Kita ada cuma berapa hari lagi. Ini baru Menteri yang ketiga menjawab bagi pihak Perdana Menteri, ‘lagging’ behind. Lepas itu yang kita sekarang ini minta Menteri pula menjawab pasal soal royalti yang telah pun sama ada ihsan kah, royalti kah. Semua media massa kira dah. So we are back again to square one. Jadi, dalam hal ini apabila saya strict oleh kerana masa maka itulah saya strict dibenci di sini tapi tak apa.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit ruang.

Tuan Yang di-Pertua: Menteri, yang tadi jawapan itu, itulah jawapan daripada Menteri kah ataupun tiada lagi baru?

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Tiada lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Tiada lagi. Saya tak nak paksa dia macam mana cara menjawab.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta ...

Tuan Yang di-Pertua: Okey, soal lain. Bukan isu minyak, boleh?

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tidak. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir begini. Kita akur ruling yang Tuan Yang di-Pertua buat bahawa Ahli-ahli Dewan tatkala Yang Berhormat Menteri menggulung, sebaiknya kita tak bangkitkan perkara baru supaya berlaku adil kepada Yang Berhormat Menteri. Itu kita terima. Pada masa yang sama juga Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri juga harus menghormati floor memberi jawapan untuk tidak memberi satu syarahan ekonomi yang tak ada kena mengena dengan perkara dibangkitkan masa perbahasan. Jadi masa diambil terlalu panjang untuk perkara yang tak ada kaitan, sedangkan perkara yang kita timbulkan ialah perkara khusus. Pendirian kerajaan yang diberi oleh Perdana Menteri kita akur tapi di sana ada banyak perkara yang berbangkit tentang isu ini, tentang perjanjian 74, tentang Petroleum Development Act, tentang Join Development Authority, tentang Malaysian-Thai Join Authority, tentang continental shelf yang kesemuanya itu tidak langsung disinggung dalam jawapan Perdana Menteri. Untuk itu, kita mengharap platform beginilah supaya perbahasan itu dapat kitalaksanakan dengan tertib dan sopan. Itu sebenarnya Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya fikir itu harus diberikan sedikit pertimbangan.

Tuan Yang di-Pertua: Saya faham, saya faham. Terima kasih Yang Berhormat. Saya berulang kepada Menteri. Itulah jawapan Menteri yang tadi itu?

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Ya.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, sikit saja.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, penghabisan berkenaan soal minyak ya.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta Tuan Yang di-Pertua, mana lagi ada ruang, di mana lagi ada ruang untuk kami mendapatkan penjelasan?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Esok masih ada.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Jawatankuasa debate tapi maknanya mana lagi ada ruang untuk kami berbahas untuk nak mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri melainkan kami berbahas peringkat dasar dan Menteri datang menggulung. Ini langsung Menteri tidak menjawab sepatah pun, sehuruf pun daripada perbahasan kami. Kalau macam itu Tuan Yang di-Pertua, kalau tadi kata media dah dapat banyak liputan, lebih baik kami berbahas luar Dewan.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih. Saya faham, saya faham Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Sekarang ini sepatah pun Menteri tak jawab. Mengapa? Why?

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut peraturan mesyuarat kita dan mana-mana convention pun kerusi di sini tidak boleh mengajar macam mana Menteri menjawab. Sama ada jawapan itu menepati aspirasi setiap yang bertanya, itu juga bukan di bawah bidang kuasa Speaker.

Bagi saya yang duduk ini, apabila Menteri mengatakan bahawa “Saya tidak menambah apa yang telah dihujah oleh Perdana Menteri dan juga saya tidak mengurang”. Itulah, bagi saya itu adalah jawapan. Itu jawapan dia tetapi apa Yang Berhormat dari Kubang Kerian dan Machang ini mahu ialah persoalan secara spesifik seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Machang untuk dijawab Menteri tetapi Menteri tidak mahu begitu. Dia kata untuk jawapan daripada kementerian, itulah apa yang dijawab. Maka saya tidak boleh memaksa Menteri kerana apabila saya berbuat demikian seolah-olah saya mengarah mesti juga jawab itu. Itu tidak termasuk di bidang kuasa saya dan peraturan mesyuarat. Jadi apa yang disebut pada sekarang ini juga semua masuk dalam Hansard termasuk kepada apa persepsi masyarakat di luar mengenai dengan soal ini. Ini pun ada jawapan juga tapi jawapan dia silent begitu. Jadi tidak menjawab pun itu jawapan juga. What is your answer? Silent. Jawapan, bagi saya itu jawapan. Begitu.

Jadi itulah makanya apabila dalam perbahasan begini terpaksa saya berpanjang lebar oleh kerana Ahli-ahli Yang Berhormat mesti juga faham dengan tugas kita iaitu peraturan mesyuarat, dalam soal dasar cuma empat hari. Sekarang kita lagging sudah. Perkiraan kita empat hari, empat sudah Menteri harus menjawab dan dua puluh lebih kementerian belum lagi menjawab dan ada juga persoalan-persoalan nanti daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi untuk itu, berkenaan soal royalti, sila beredarlah pergi lain soalan. Tiada lagi soal royalti.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta seminit lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya faham ruling yang Tuan Yang di-Pertua bagi dan bidang kuasa yang Tuan Yang di-Pertua letakkan dan juga perkara yang dibangkitkan oleh kami rakanrakan terutama Ahli-ahli Parlimen daripada Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, selepas daripada kenyataan Perdana Menteri, kita Ahli-ahli Parlimen kita buat kerja rumah, buat homework, pergi perpustakaan, semak balik kenyataan dan kita dapati kita punya asas argument yang sangat kukuh untuk menunjukkan bahawa ada kesilapan yang terang pada jawapan Perdana Menteri mengenai kedudukan tiga nautical miles. Kita memetik kenyataan oleh Perdana Menteri, Allahyarham ayahanda kepada Perdana Menteri yang terang-terang bertentangan dengan jawapan Perdana Menteri. Sebab itu kita tunggu forum ini untuk debate.

Kalau kemudiannya pihak kerajaan boleh menjernihkan keadaan bahawa Hansard oleh Tun Razak pada 24 November 1975 itu salah dan yang betulnya adalah jawapan Yang Berhormat Pekan, kita terimalah tapi platform mana lagi?
Ini peringkat polisi, peringkat dasar Yang Berhormat Menteri. Saya mohon Yang Berhormat Menteri intelektual, punya daya ketajaman hujah, tolonglah. Inilah pentas kita. Saya hormati.

Tuan Yang di-Pertua terpaksa mengawal jawapan Yang Berhormat Menteri. Kita terima tapi kita juga punya tanggungjawab terhadap rakyat dan kita bahaskan secara tertib, tak adamaki hamun, tak ada tuduh menuduh, tak ada sentimen emosi, argue based on the fact. Berdepanlah dengan kita, ini gelanggang kita. Itu sahaja. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih. Saya faham. Yang Berhormat Kubang Kerian tak payah lagi berhujah sambung itu kerana faham, jelas. Menteri, saya ulang balik, tidak ada jawapan lain selain daripada itu apabila mendengar daripada Yang Berhormat Machang? Tak ada apa-apa?

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Tidak ada banyak masa Tuan Yang di-Pertua. Kalau perlu, masih kita mempunyai peluang di Jawatankuasa. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Okey, Yang Berhormat Menteri sila, sila. Move on to a different topic.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Tak ada, habis dah. Saya sudah habis.

Tuan Yang di-Pertua: Yang royalti minyak? Tak ada? Tak adalah?

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Saya ingin mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua sebab habis...

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, beri peluang.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Penjelasan, penjelasan.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Masih boleh guna budi bicara, boleh guna budi bicara.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini soal dasar, soal dasar bukan soal Jawatankuasa.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Saya rasa Tuan Yang di-Pertua telah beri peluang masa kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan di sini.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong Ahli-ahli Yang Berhormat duduk sekejap. Sekejap Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Bagi pihak Kelantan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya saya tahu, saya tahu.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Bagi pihak rakyat Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua: Saya tahu. Kalau Menteri tidak lagi menjawab dengan soal itu ada lagi peringkat Jawatankuasa. Saya boleh beri kelonggaran di peringkat Jawatankuasa untuk bangkitkan biar pun bukan perkara yang spesifik. Begitu. Jadi, dalam keadaan ini biar kita bahas dahulu diperingkat Jawatankuasa boleh, oleh kerana kita mahu catch up time Yang Berhormat. Kalau tidak, tidak perlu.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ya, saya bersetuju dengan Tuan Yang di-Pertua tetapi kita minta satu jaminan daripada pihak kerajaan jangan bila kita bahas di peringkat Jawatankuasa mereka datang sini jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah cukup jelas. Kita tidak mahu buang masa begitu. Jadi Tuan Yang di-Pertua juga tidak boleh memaksa mereka melayani apa yang kita bangkitkan di peringkat Jawatankuasa nanti.

Tuan Yang di-Pertua: Okey.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Satu jaminan Tuan Yang di-Pertua. Boleh? Maknanya Menteri akan menjawab isu royalti minyak 5% kepada rakyat Kelantan dalam sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, jelas ya? Jelas. Begini Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahliahli Yang Berhormat, kalau sudah minta jaminan Menteri sudah kata okey. Selepas itu pula kalau masa begitu banyak dengan itu saya juga minta jaminan bahawa dalam hal-hal lain jangan dipanjangkan lagi. Ambil satu ini sebagai spesifik, okey tetapi jangan pula nanti Kementerian Pelajaran, nanti datang lagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, datang lagi pula Kementerian Dalam Negeri semua begitu mustahak. Boleh? Boleh beri jaminan juga? Ada jaminan? Yang Berhormat Pokok Sena boleh jamin?

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Boleh, boleh.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Machang boleh jamin?

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Kita juga minta...

Tuan Yang di-Pertua: Cuba berdiri dahulu beri jaminan kepada saya jangan ganggu yang lain-lain. [Ketawa]

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kita tidak boleh kerana kita bangkit perkara-perkara lain juga. Perkara-perkara yang berkaitan dengan...

Tuan Yang di-Pertua: Ya, saya tahu mengenai sekarang kita berbahas dengan masa.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidak, perkara-perkara yang juga berkaitan dengan spesifik.

Tuan Yang di-Pertua: Masa Yang Berhormat. Jadi dalam Dewan tiada jaminmenjamin.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: No.

Tuan Yang di-Pertua: Ikut mood masing-masing. Kadang-kadang yang sudah menjamin kalau mood tidak ngam tidak dapat juga.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ini kita minta...

Tuan Yang di-Pertua: Beliau akan jawab. Beliau angguk. Beliau akan jawab.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam sudah Yang Berhormat.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, kita ada...

Tuan Yang di-Pertua: Menteri sudah mengangguk. Ya, saya tahu. Okey, sila berhubung dengan isu.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih. Sudah jawab.

Tuan Yang di-Pertua: Tolong Ahli-ahli Yang Berhormat. Waktu tadi Timbalan Yang di- Pertua duduk di sini tiada Ahli Yang Berhormat bising begini. [Ketawa] Ini saya tengok dendam ini.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidak. Kami bukan berdendam dengan Tuan Yang di-Pertua. Ini kesilapan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Machang. Sila, sila sudah.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ini kesilapan pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila Menteri. Move on.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Ya, terima kasih. Saya ingin mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah jawab semua soalan dan saya akan jawab soalan mengenai isu minyak semasa Jawatankuasa. Bukan kerana saya tiada jawapan tetapi kerana tadi saya sudah janji dengan Tuan Yang di-Pertua saya akan habiskan penggulungan dalam masa 15 minit.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Maknanya jawapan beliau ada.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Ada tetapi tiada masa.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Jawapannya ada. [Dewan riuh] [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tadi Yang Berhormat Menteri kata penjelasan sudah jelas.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, tidak patut pihak pembangkang hendak memaksa Menteri.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Sekarang beliau ada jawapan.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tadi kata...

Tuan Yang di-Pertua: Kalau sudah berdiri serentak begitu tekan mikrofon siapa yang saya mahu dengar?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jangan tekan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading atau Yang Berhormat Pokok Sena?

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, ini jelas Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri kata jawapan beliau ialah penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah jelas. Beliau tiada jawapan yang lain tetapi sekarang Yang Berhormat Menteri...

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Saya tiada jawapan yang lain. Itu sahaja.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: ...kata saya ada jawapan tetapi oleh kerana masa saya telah berjanji dengan Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Jawapan yang sama. Yang Berhormat-Yang Berhormat...

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kami kena main sahaja hari ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena. Isu seperti begitu waktu nanti minum teh tarik di luar nanti bincang.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Jawapannya memang jawapan yang sama tetapi kalau ada soalan tambahan kita boleh jawab tetapi ini akan memakan masa yang panjang.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah setelah tersedia jawapan beliau boleh bagi komitmen jawapan bertulis sekurang-kurangnya. Yang kita hendak bahas peringkat Jawatankuasa itu tidak mengapa tetapi yang kita bangkitkan sedemikian banyak dalam senarai semak isu-isu kita tentang isu minyak ini...

Tuan Yang di-Pertua: Menteri sudah beri pengakuan jadi sudah lima minit mengenai soal ini. Sudah Yang Berhormat Machang. Sila, sila Menteri. Soal minyak di peringkat Jawatankuasa tetapi yang itu pun jangan terlampau bermilion barrel. Susah kita terlampau panjang lebar. [Ketawa]

0 comments: